Pertolongan Cemas: Apa Perlu Anda Buat Jika Bayi Tak Bergerak, Tapi Masih Bernafas?
Bayangkan, tiba-tiba si manja anda tak bergerak dan beri respon langsung, walaupun bernafas. Apa pertolongan cemas yang perlu anda buat?
Pertolongan cemas bila si manja anda tak bergerak
Kesedaran tentang pentingnya ilmu pertolongan cemas perlu ditingkatkan supaya orang ramai berusaha untuk mempelajarinya.
Penting untuk ibu bapa mempunyai pengetahuan asas tentang langkah-langkah pertolongan cemas, bagi memastikan anak sentiasa selamat.
Dalam kebanyakkan situasi, tindakan awal boleh menyelamatkan nyawa!
Bayangkan situasi ini: Ibu bapa masuk ke bilik untuk menggerakkan anak mereka supaya bangun.
Mereka nampak bayi masih tidur dengan nyenyak. Tapi, apabila dipanggil dan digerakkan, bayi tidak bergerak dan tak responsif, tapi nampaknya dia masih bernafas. Apa perlu dibuat?!!
Cuba bercakap dengan bayi anda dan tepuk tapak kakinya untuk memasti jika bayi sedar ataupun pengsan.
Kemudian gunakan langkah-langkah pertolongan cemas di bawah ini untuk memeriksa bayi yang berusia kurang dari setahun.
Langkah pertolongan cemas 1 – tiada benda asing dalam mulut
Bagi badan bayi anda lurus. Dongakkan kepala mereka, angkat dagu ke atas dan periksa jika bayi anda masih bernafas. Pastikan tiada benda asing di dalam mulut mereka.
Langkah pertolongan cemas 2 – periksa pernafasan
Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda berdekatan dengan mulut dan hidung bayi anda untuk mengesan penafasannya.
Langkah pertolongan cemas 3 – posisi pemulihan untuk bayi
Jika bayi anda masih bernafas, pegang bayi anda dalam posisi pemulihan; iaitu dengan menurunkan kedudukan kepalanya lebih rendah dari badannya sehingga bantuan kecemasan sampai.
Hubungi talian kecemasan dengan segera
Pastikan anda sentiasa tenang supaya tidak bertindak meluru, dan tidak lupa langkah dan teknik yang betul. Apabila teknik yang salah digunakan, ini mungkin boleh memburukkan lagi keadaan.
Minda yang jelas akan membolehkan ibu bapa memberi rawatan dengan lebih berkesan kerana dalam situasi tertentu, ini mungkin soal hidup atau mati.
Jika bayi anda berhenti bernafas, mulakan pertolongan pernafasan CPR.
Jika dada bayi anda tidak naik dan turun semasa CPR, laraskan posisi kepala bayi dan cuba lagi.
Sumber: British Red Cross, Panduan Malaysia dan Kecemasan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: