Ibu, Pastikan Anda Tidur Secara Mengiring Agar Kandungan Sentiasa Kekal Selamat & Sihat

undefined

Melalui perjalanan sebagai ibu hamil memerlukan anda menekankan penjagaan rapi dalam semua aspek termasuklah mengamalkan posisi tidur yang betul.

Waktu tidur seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk anda melepaskan segala penat akibat rasa kurang selesa ketika mengandung. Namun, apakah posisi tidur yang betul agar anda memperoleh tidur yang berkualiti?

Posisi tidur yang betul amat penting memandangkan anda mengalami perubahan bentuk fizikal terutamanya perut, gangguan pencernaan dan merasai pedih ulu hati.

Posisi tidur yang betul elak kematian bayi

posisi tidur yang betul ketika hamil

Tidur adalah aspek asas kehidupan dan aktiviti sehari-hari anda dapat lakukan tanpa perlu berfikir banyak.

Bagi anda yang sedang mengandung, mungkin pernah terdengar bahawa posisi yang terbaik ketika tidur adalah secara mengiring.

Meskipun ia amat mudah untuk dilakukan, bagi segelintir ibu masih tidak mengetahui akan risiko yang bakal terjadi kepada diri anda dan bayi dalam kandungan.

Justeru, untuk mengelakkan terjadinya pelbagai masalah, anda perlu mendalami mengapa posisi tidur yang betul semasa kehamilan adalah sangat penting.

Posisi tidur secara mengiring (Sleep on the side)

SOS adalah singkatan bagi sleep on the side atau tidur secara mengiring dikatakan sangat popular dan mampu menyelamatkan nyawa.

Hal ini kerana ia dapat memastikan tubuh anda berasa lebih selesa meskipun perut semakin membesar setiap bulan.

Bukan itu sahaja, posisi tidur secara mengiring dapat menyelamatkan bayi serta mengurangkan risiko kehilangan nyawa.

Menurut kajian mengenai kedudukan tidur ibu dan risiko kelahiran mati yang diterbitkan di BJOG: Sebuah Jurnal Antarabangsa Obstetrik dan Ginekologi, wanita berisiko mengalami kematian bayi ketika tidur sehingga 2.3 kali sewaktu usia kandungan memasuki 28 minggu.

Hal ini terjadi bahagian punggung dan badan akan memberi tekanan terhadap kandungan ketika anda sedang nyenyak tidur.

Kajian juga telah mencatatkan sebanyak 291 kes kehamilan yang berakhir dengan kematian dan hampir 735 wanita berjaya melahirkan bayi mengakui tidur secara berbaring lebih cenderung kehilangan bayi dalam kandungan.

posisi tidur yang betul ketika mengandung

foto: thejournal

Dalam satu lagi kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS One, kedudukan tidur secara terlentang atau sleep on back pula memberi risiko kematian kelahiran sebanyak 3.7 kali lebih tinggi.

Ia disokong oleh beberapa teori yang dikeluarkan oleh para pengkaji.

Mereka mengatakan ketika janin semakin membesar, ibu berbaring secara terlentang ketika berada dalam trimester ketiga, berat badan dan rahim akan memberi tekanan terhadap saluran darah yang membekalkan oksigen kepada bayi.

Bukan itu sahaja, kehilangan nyawa kandungan juga disebabkan oleh masalah kesukaran bernafas ketika waktu malam atau asma. Keadaan ini menganggu bekalan oksigen optimum yang diperlukan oleh bayi.

Bagi ibu yang bakal memasuki kandungan trimester ketiga, adalah penting untuk anda mengamalkan posisi tidur yang betul dengan:

  • gaya permulaan memasuki waktu tidur- kedudukan tidur akan kekal lebih lama pada waktu malam. Jadi, mulakan tidur secara mengiring.
  • sambung tidur selepas terjaga.
  • berehat di siang hari.

Masalah kekurangan berat bayi

posisi tidur yang betul untuk ibu hamil

credit to sources

Kajian yang dilakukan mendapati terdapat hubungan antara berat bayi dengan amalan tidur secara terlentang semasa trimester ketiga.

Hal ini kerana ia memampatkan aliran darah di sekeliling tubuh, mengurangkan bekalan oksigen dan nutrisi pada janin yang sedang membesar.

Perkembangan kehamilan yang terganggu boleh memberi kesan terhadap berat badan bayi dan sekaligus mendatangkan masalah kesihatan atau komplikasi ketika hamil atau selepas anda melahirkan anak.

Menghadap ke kiri: perkara yang betul untuk dilakukan

Berdasarkan segala pertimbangan, posisi tidur yang betul dan terbaik ketika kehamilan adalah tidur secara mengiring (sleep on side).

Ia akan meletakkan tubuh anda sebelah kiri dengan kedudukan optimum membantu meningkatkan pengaliran darah dan nutrisi yang disampaikan kepada bayi.

Walaupun secara umumnya doktor menyarankan untuk para ibu tidur hanya pada sebelah kiri, kajian terbaru menunjukkan bahawa kedua-dua bahagian adalah selamat.

Elakkan berbaring secara terlentang

Tidur menghadap ke kiri masih sering disebut sebagai senario ideal semasa kehamilan.

Ia bagi membolehkan aliran darah yang optimum dari vena cava (IVC) agar selari dengan tulang belakang anda di sebelah kanan. Saluran ini akan membawa darah ke jantung ibu dan bayi.

Bukan itu sahaja, posisi ini mampu mengurangkan tekanan dari hati dan buah pinggang anda, membolehkannya berfungsi dengan baik serta meringankan edema (bengkak) di tangan, buku lali dan kaki anda.

Justeru, sekiranya anda mendapati kehamilan berjalan dengan baik dan kesulitan tidur mengiring di sebelah kiri, cuba pula untuk berguling ke kanan.

Sumber: Penulis asal Shabnam Muzammil. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah.

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Ibu, Pastikan Anda Tidur Secara Mengiring Agar Kandungan Sentiasa Kekal Selamat & Sihat

Baca juga:

Susah Untuk Tidur Malam Semasa Hamil? Cuba Cara Ini Untuk Atasi Masalah Agar Rehat Lebih Cukup

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!