12 Gambar Proses Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Dari 1 Bulan Sampai Lahir)
Dalam tidak sabar untuk berjumpa bayi dalam kandungan, ibu-ibu mesti nak tahu tentang perkembangan janin dalam proses kehamilan, kan?
Ketika tengah hamil, pasti ibu-ibu berasa tidak sabar untuk berjumpa dan ketahui perkembangan bayi dalam perut kan? Sebab itu kita tak pernah lambat buat check-up untuk tahu proses kehamilan anda.
Untuk ibu yang tertanya-tanya tentang proses hamil secara lebih terperinci, seperti bagaimana perkembangan bayi dalam perut, hari ini kami sediakan maklumat itu untuk anda.
Berikut 12 gambar yang mengungkap tentang perkembangan janin dari satu tahap ke tahap yang lain:
Proses kehamilan dan perkembangan bayi dalam kandungan 1 bulan
Proses perkembangan janin 2 bulan
Proses perkembangan janin 3 bulan
Proses perkembangan janin 4 bulan
Proses perkembangan janin 5 bulan
Proses perkembangan janin 6 bulan
Proses perkembangan janin 7 bulan
Proses perkembangan bayi dalam perut 8 bulan
Proses perkembangan janin 9 bulan
Selamat datang ke dunia, sayangku….
Selepas beberapa bulan…
Satu tahun kemudian!
Indah bukan proses ini?
Ini apa yang dilakukan sepanjang perkembangan bayi dalam perut
1. Mereka lebih “sibuk” dari yang dijangka
Dr Bill Fifer, pakar dalam pembelajaran bayi dalam kandungan dan bayi baru lahir mendedahkan – semua benda yang bayi baru lahir buat, telah dibelajar oleh mereka sejak dalam kandungan.
“Mereka mendapat maklumat deria dari seluruh tubuh badan. Ada sesetengah deria akan lebih sensitif daripada yang lain,” jelasnya lagi.
2. Mula melakukan pergerakan
Bayi mula melakukan pergerakan dalam minggu ke-9. Ibu mungkin belum dapat merasa pertumbuhan janin ini, tapi ia boleh dilihat dari ultrasound.
3. Pergerakan semakin bebas
Pergerakan seperti menendang adalah reaksi apabila ibu makan atau mengubah kedudukan. Kadang-kadang, mereka saja ingin bergerak!
Mereka kini juga boleh mengembang dan berpusing. Ketika masuk minggu ke-16, mereka boleh bergerak hingga 50 kali atau lebih dalam masa satu jam. Masuk minggu ke-25, bayi anda boleh mengembangkan paru-paru.
4. Mula buat pergerakan pelik
Ketika kandungan memasuki minggu ke-29, bayi anda semakin bijak dan boleh bergerak dengan lebih bebas.
Mereka akan membuat lenturan, menggerakkan kepala dan muka, menggerakkan anggota badan, cuba untuk pegang persekitaran yang panas dan pegang tangan sendiri. Mereka juga akan cuba mencapai tali pusat!
Pergerakan pelik yang bayi anda boleh buat — jilat dinding rahim dan tolak kakinya masuk ke ruang terkurung. Ya Allah, buasnya anak aku!
5. Pergerakan bayi bergantung pada emosi ibu
Kajian dari Universiti Durham dan Lancaster mendapati bayi dalam kandungan akan cenderung menyentuh mukanya dengan tangan kiri, jika ibu mereka tertekan.
Hal ini bermaksud, emosi ibu mampu mempengaruhi pergerakan bayi. Lebih-lebih lagi emosi marah. Emosi marah tidak bagus untuk kandungan!
6. Aktif pada waktu pagi
Tahap perkembangan janin juga boleh dilihat melalui aktiviti bayi. Mereka akan lebih aktif pada waktu pagi selepas ibu mengambil sarapan. Bayi juga akan cuba mencari tempat atau kedudukan “yang selesa” buat mereka.
7. Kuat tidur
Kadang, tak rasa langsung mereka bergerak! Ini sebab mereka tidur. Waktu anda dan bayi dalam kandungan tidur mungkin tak sama.
Pada usia kandungan minggu ke-32, bayi anda akan tidur hampir 90-95% dalam sehari. Sesetengah sainstis kata bayi dalam kandungan boleh bermimpi!
Selepas minggu ke-36, mereka akan mengalami tidur nyenyak dan tidur sekejap antara 70-90 minit. Mereka akan tidur sambil hisap ibu jari!
8. Dunia luar mampu jejas dunia bayi
Ultrasound menunjukkan bayi dalam kandungan melantun ke atas dan ke bawah bila ibu ketawa. Mereka kenal bunyi dodoian (nursery rhyme) sebelum mereka lahir. Malah mereka kenal suara ibu mereka!
9. Apa anda makan, semua mereka makan!
Sistem deria rasa bayi akan berkembang sekitar minggu ke-20. Ketiika ini, bayi akan makan dan peroleh semua nutrien dari makanan yang anda teringin.
Kajian juga mendapati — ibu yang kerap makan lobak merah ketika hamil akan memiliki anak yang gemar makan lobak merah, juga!
10. Gelap atau cerah dalam kandungan
Kajian mendapati mereka dapat membezakan keadaan gelap atau cerah ketika dalam kandungan. Pelik-pelik aktiviti mereka ketika dalam kandungan, kan? Tapi, tak kisahlah apa pun, janji mereka selamat.
Sekarang anda sudah tahu betapa “sibuk” rupa-rupanya bayi dalam kandungan ini, apa kata cuba ajar mereka sesuatu pula. Contohnya… muzik.
Semoga perkongsian ini menghiburkan!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ketika Dalam Kandungan, Ini Perkara Yang Bayi Suka Buat!
Baca juga: 7 Cara Meneka Kedudukan Bayi Dalam Kandungan
Baca juga: Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!