Mengapa Bayi Suka 'Gentel' Puting Ibu Bila Menyusu? Ini Penjelasan Pakar & Bagaimana Nak Atasinya
Puting sakit saat menyusui bayi kerana bayi suka menggentel puting ibu, keadaan ini agak menganggu ibu-ibu, namun ada sebabnya, dan ada cara untuk mengatasi.
Sekiranya anda seorang ibu yang menyusu badan, anda mungkin sudah bersedia untuk mengalami puting sakit saat menyusui akibat digigit, digentel dan dipulas oleh si manja tersayang.
Rasa sakit, jelik, dan geram itu hanya tuhan yang tahu. Disebabkan itulah untuk ibu-ibu yang menyusu badan ini, bukan setakat mereka gigih mengepam susu ketika di pejabat, berjaga malam kerana menyusukan bayi, tapi kerana menyerah puting payudara sebagai mainan bayi! Itu adalah satu pengorbanan besar ya.
Ibu-ibu mungkin sudah bersedia untuk beberapa gigitan yang berpotensi dilakukan ketika si kecil mula tumbuh gigi.
Namun sebenarnya ada lagi satu perkara yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran anda, iaitu kekakuan si kecil anda menjentik dan bermain dengan puting payudara sebelah ketika sedang menyusu.
Anda mungkin berasa lega apabila mengetahui bahawa situasi ini, yang juga dikenali sebagai ‘twiddling’, bukanlah perkara biasa, malah ia boleh dielakkan.
Dan anda patut tahu mengapa ia berlaku? Bilakah ia bermula? Apa yang harus anda lakukan mengenainya? Kami mendapat jawapan anda di bawah.
Puting sakit saat menyusui bayi, mengapa ia berlaku?
Perbuatan memicit atau menggentel payudara ibu semasa menyusu adalah tindakan semula jadi bagi kebanyakan bayi yang sudah besar. Tiada siapa yang mengajar mereka perbuatan ini, jadi mengapa mereka melakukannya?
Walaupun tidak banyak penyelidikan mengenai ‘twiddling’, satu teori adalah bahawa ia membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu dan percepatkan ‘letdown’ (seberapa cepat atau perlahan susu dikeluarkan dari payudara anda).
Semasa bayi anda membesar, mereka memerlukan lebih banyak susu dan mereka mahu susu keluar lebih cepat. Jadi ‘twiddling’ atau dengan memicit puting payudara ia merangsang puting anda, dan membantu pengeluaran susu.
Selain itu, twiddling dapat memberikan keselesaan kepada si manja. Sentuhan fizikal memang memberikan satu keselesaan lagi-lagi untuk bayi.
Ia juga bertujuan untuk menenangkan bayi yang terkejut, marah, cemas atau kecewa. Walaupun tidak menyusu badan, bayi walau bagaimanapun inginkan sentuhan fizikal itu untuk menenangkan mereka.
Bila ia berlaku?
Kerap kali, ‘twiddling’ bermula sekitar 6 bulan, tetapi mungkin bermula lebih awal atau lebih lambat.
Tidak ada usia yang tepat ketika ‘twiddling’ bermula, dan mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor perkembangan dan persekitaran. Ini termasuk bekalan susu yang berkurangan atau anak anda sudah pandai belajar bagaimana untuk memegang barang.
Bayi baru lahir cenderung mengantuk dan perlu menumpukan perhatian pada penyusuan, manakala bayi yang lebih tua cenderung lebih gelisah semasa mereka menyusui, dan sering inginkan distraksi.
Apabila si kecil sudah pandai bergerak, berjalan dan bermain, mereka mungkin menyedari payudara sebelah perlu dipegang dan ada kaitan dengan tangan mereka.
Sekiranya anda mula alihkan tangan si kecil, ada kemungkinan mereka akan marah, merengek dan menangis. Ini kerana ia adalah satu perbuatan untuk menangkan mereka dan sudah tentu bila kita menghalangnya mereka akan berasa marah.
Apa yang anda boleh lakukan mengenainya
Sama seperti tidak ada usia tepat twiddling dimulakan, jadi tidak ada jawapan yang tepat untuk menanganinya. Sebilangan ibu yang menyusu memilih untuk mengabaikannya, hanya jikia ia tidak terlalu mengganggu mereka.
Bagi orang lain, ‘twiddling’ ini boleh jadi menyakitkan, tidak selesa dan kadang-kadang ia sangat mengejutkan. Dalam kes ini, mereka mengambil tindakan untuk menghentikannya.
Cara untuk menghentikannya
Sekiranya anda memutuskan bahawa anda mahu bayi anda berhenti bermain-main, anda boleh mencuba beberapa taktik, termasuk:
- Gunakan sehelai pakaian atau selimut untuk menutupi payudara yang tidak disusui oleh bayi anda.
- Anda juga boleh mencuba menutup puting yang terdedah dengan tangan atau jari anda, jika itu lebih mudah bagi anda.
- Pakai rantai yang boleh mengalih perhatian anak anda atau sesuatu yang menarik minatnya untuk bermain sambil menyusu.
- Anda perlu berinteraksi dengan anak, cuba main geletek yang tidak keterlaluan seperti mengacah. Ia boleh mengalih perhatian mereka.
- Pegang dan urut tangan bayi anda semasa sesi penyusuan.
- Bercakap dengan bayi anda mengenai sentuhan lembut dan bagaimana jenis sentuhan tertentu boleh menyakitkan bagi anda.
- Sekiranya anda berlatih penyusuan sebelah kanan, anda mungkin mempertimbangkan untuk menyusu dari payudara yang lebih tinggi. Ini akan menyukarkan bayi anda untuk menyentuh bayi yang lebih rendah.
Tidak kira apa yang anda lakukan dalam menanganinya anda perlu konsisten dan mulakan lebih awal untuk mengelakkan anak terbiasa. Lebih mudah untuk mengalihkan perhatian dan mengajar tingkah laku baru sebelum twiddling menjadi kebiasaan!
Ingat: Penyusuan susu ibu adalah perjalanan yang sentiasa berkembang. Seiring dengan tumbesaran bayi anda, jadi sebaiknya tunggu waktu bayi benar-benar pandai mengikut arahan untuk anda hindari perkara ini.
Walau bagaimanapun apa yang paling penting adalah penyusuan ini memberi satu ikatan yang cukup penting buat ibu dan bayi. Jangan jadikan situasi ini satu pengalaman yang traumatik.
Puting sakit saat menyusui ini sekejap saja, ia hanya satu fasa yang tidak lama lagi akan dilupakan. Nikmatilah ia sebelum bayi anda membesar dengan berdikari.
Dengan bimbingan yang lembut, bayi anda akan belajar mengikut arahan anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Kredit foto: iStock
Baca juga: Akibat Gigit Puting Ibu, Bayi Ini Ditusuk 90 Kali, Kejam!