Berhenti Melihat Kekurangan Pasangan, Rahsia Untuk Bahagia Ada Pada Diri Sendiri!

undefined

Rahsia hubungan suami isteri bahagia dan harmoni perlulah bermula dari diri anda sendiri. Sama-samalah berusaha mencipta kegembiraan dalam rumah tangga

“Masakan lidah tergigit, lagikan pula pasangan suami isteri.” Pepatah ini sering diungkap untuk pertengkaran kecil diantara pasangan suami isteri. Namun sedarkah anda sebenarnya rahsia hubungan suami isteri bahagia sebenarnya ada pada diri sendiri?

Suami dan isteri harus memainkan peranan untuk menjernihkan keadaan. Ada juga pasangan yang bercerai di usia senja. Alasan yang diberikan ialah sudah bosan hidup bersama dan anak pula sudah pandai menjaga diri. Namun, seringkali perkahwinan yang berakhir dengan penceraian adalah perkara yang paling menyedihkan.

Baca juga: 30 Tahun Hidup Bersama, Pasangan Ini Kekal Mengasingkan Tempat Tidur & Keperluan Harian

Rahsia hubungan suami isteri kekal bahagia dan harmoni

tips suami isteri

Konflik rumahtangga terbahagi kepada

  •  Jelas/ketara

Suami isteri kerap bertengkar,kerap maki hamun dan kerap bergaduh jika ada salah sikit.

  •  Tidak jelas

Perselisihan faham antara suami isteri yang tidak ketara kerana orang luar menganggap mereka bahagia, tetapi hakikatnya kehidupan peribadi mereka tidak mesra dan hambar. Ia selalunya memberi kesan terhadap perkembangan otak anak-anak.

Yang buruk datang dari diri sendiri, yang baik datang daripada Tuhan, itulah perkara yang selalu diungkapkan.

Yang pastinya, lelaki yang mempunyai rasa sayang yang lebih terhadap isterinya dan si isteri, harus bertindak untuk banyak “mengalah.” Rendahkan ego.

Si suami yang baik adalah seoarang suami yang pandai mengawal kemarahan dan ego jika isteri merajuk dan enggan dipujuk. Carilah solusi yang berkesan untuk sepanjang hayat, bukan untuk sementara waktu.

 

Fahamilah isteri, kerana isteri bukan hamba abdi yang perlu membuat semua kerja rumah atau diarah setiap masa. Isteri juga manusia,seorang perempuan dan perlukan perhatian dan kasih sayang suaminya.

Cuba berkomunikasi dengan isteri dan dengarlah luahan hatinya

petua hubungan suami isteri

Jika isteri anda sering tidak berpuas hati kepada anda, tanyalah isteri apa kelemahan kita yang kita boleh ubah dan untuk menjadi lebih baik. Turuti permintaannya dan jangan berjanji, bercakap tetapi tidak menunaikan janji.

Tunjukkan kesungguhan anda untuk berubah menjadi lebih baik. Jika beristiqamah, segala-galanya akan berubah secara perlahan lahan. Yang penting, ego sendiri haruslah direndahkan.

Si suami pula janganlah membuat perkara yang isteri anda tidak suka. Jika si isteri anda seorang yang pengemas, apa salahnya jika anda tolong mengemas dapur rumah setiap hujung minggu, kerana ini sahaja masa yang ada untuk luangkan masa bersama isteri.

Ringankan bebannya. Bantulah isteri untuk jaga anak yang masih kecil, bergilir tukarkan lampin atau buatkan susu, jangan harap semuanya isteri anda yang akan buat kerana mereka penat.

Jika anda tidak larat untuk menguruskan anak, serahkan tugas memasak mengemas rumah kepada anda paling kurang seminggu sekali kerana isteri amat perlukan belaian dan rehat yang cukup.

Hargai isteri anda, jika lupa tarikh perkahwinan, jangan pernah lupa untuk sambut harijdinya bersama – sama.

Hormati pasangan sebagai suami dan ketua keluarga 

Perempuan yang baik mampu menjadikan lelaki penyejuk jiwa. Walaupun, seteruk mana suami anda, syurga masih dibawah suami anda. Redha Tuhan bergantung kepada redha suaminya. Jika suami tidak pernah redha, hidup anda tidak tenang seumur hidup. Cubalah taat kepada suami.

Permintaan suami samada zahir dan batin haruslah dituruti. Jagalah makan minumnya, jangan cepat membantah walaupun apa yang dikatakan suami adalah salah. Sebelum membantah, ingatlah status anda sebagai seorang isteri. Jangan berlagak lebih pandai daripada suami.

rahsia suami isteri bahagia

Kerana si suami mudah tercabar egonya. Jika suami mengalami masalah, isterilah yang menjadi penyejuk hati suami. Jangan membebankan dan menyusahkannya. Jagalah hati pasangan dengan sebaiknya.

Jika ada masalah, berbincanglah dengan baik bersama suami. Jangan tangguhkan kerana ia akan keruhkan keadaan. Seperti yang anda tahu, jika si suami mengamanahkan anda untuk menjaga akaunnya, jangan khianat kepercayaan itu. Peganglah janji dan jika anda mahu berbelanja, jadilah jujur amanah untuk menjaga hartanya.

Yang paling penting, si suami haruslah berubah menjadi lebih baik, begitu juga isteri. Rendahkan ego masing-masing kerana penceraian membawa banyak masalah, terutanya sekali untuk anak kecil.

Mintalah petunjuk terhadap Allah agar mudah berubah. Jika ada usaha, dengan izinNya keadaan boleh berubah sekelip masa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Rumah Tangga Tidak Bahagia, Usahlah Menyalahkan Diri & Belajar Untuk Redha

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!