Rambut Bayi Yang Tumbuh Selepas Dicukur Lebih Lebat? Ya Atau Tidak?

Ramai yang tahu mencukur kepala bayi penting untuk rambut yang lebih sihat dan cantik. Namun adakah kata orang dulu-dulu ini disokong oleh sains?

Sememangnya kepercayaan orang-orang di Asia terutamanya, jika mencukur kepala bayi, rambut yang tumbuh kemudian lebih panjang dan lebat. Benarkah mencukur kepada boleh melebatkan rambut anak?

Ramai yang tahu mencukur kepala bayi penting untuk rambut yang lebih sihat dan cantik. Namun adakah kata orang dulu-dulu ini disokong oleh sains? Malangnya tidak. 

Mencukur Tidak Menjadikan Rambut Lebih Cantik

rambut bayi

Menurut Leonica Kei, seorang pengarah dan trikologis kanan di Philip Kingsley Trichological Centre, Singapura, tekstur rambut anak anda telah diperolehi secara genetik sejak lahir.

Bayi telah dilahirkan bersama semua folikel rambut yang mereka akan ada.

Folikel rambut ialah poket sel di dalam kulit kepala yang akan menghasilkan rambut. Lebih banyak bilangan folikel, lebih banyak rambut yang akan tumbuh.

Mencukur sudah tentu tidak mengubah folikel yang tertanam di dalam kulit kepala bayi anda. Ini bermakna, mencukur tidak menyebabkan rambut anak anda sihat dan cantik, dan terbukti tidak melebatkan rambut anak.

Tetapi, berterima kasihlah kepada genetik. Malah, ramai pakai menasihatkan ibu bapa untuk melambatkan mencukur kepala bayi kerana risau akan kecederaan kerana kulit kepala bayi adalah sangat lembut.

Malah di atas kepala bayi terdapat fontanellla (umbun-umbun) yang sangat lembut kerana tulang otak belum bersambung sepenuhnya.

Mengapa Rambut Bayi Kelihatan Berlainan Dari Rambut Asal?

Sebenarnya terdapat jawapan yang baik untuk persoalan ini.

Bayi dilahirkan dengan rambut vellus, iaitu pendek, halus dan pigmen tidak cantik.

Apabila bayi berusia dua bulan, rambut asal ini akan digantikan oleh lush, iaitu rambut matang.

bayi rambut lebat

Satu lagi kerisauan yang dialami ibu-ibu ialah rambut anak yang tidak sekata atau bertompok. Rambut gugur adalah punca utama untuk kes sebegini.

Dan ianya adalah semula jadi untuk perkembangan bayi, mereka boleh botak disebabkan perubahan hormon serta boleh kekal terjadi hingga bayi berusia 6 bulan.

Jika bayi anda mempunyai botak setempat, ia mungkin disebabkan oleh posisi tidur atau duduk.

Menurut pakar, bayi yang gemar menggosok belakang kepala dengan tempat duduk bayi selalunya akan keguguran rambut di kawasan tersebut.

Bagi mengurangkan keguguran rambut, anda dinasihatkan untuk membiarkan bayi meniarap.

Atau menukar posisi bayi ketika sedang tidur. Namun jika anda sangat risau dengan keadaan rambut si manja anda, anda bolehlah mendapatkan nasihat pegawai perubatan. 

Baca juga:

Ini Bukan Anak Patung – Dia Bayi 8-Bulan Dengan Rambut Ala Rapunzel!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!