Rangkaian Nama Bayi Perempuan Islami Yang Cantik, Sesuai Untuk Si Comel Solehah Anda!

undefined

Rangkaian nama bayi perempuan Islami yang cantik dengan maksud baik menjadi sebuah doa buat si kecil dan akan digunakan sepanjang hayat mereka

Sebaik sahaja mengetahui jantina bayi dalam kandungan, ibu ayah pastinya akan membuat pemilihan nama yang bersesuaian. Jika anda masih tercari-cari, apa kata semak beberapa rangkaian nama bayi perempuan Islami yang cantik buat si kecil anda.

Tidak dinafikan bahawa pemilihan nama adalah proses yang amat penting bagi setiap anak. Sesetengah ibu jenis yang simple, mereka cenderung memilih nama ringkas dan mungkin jarang digunakan.

Namun ada juga yang selesa meletakkan nama panjang hingga tiga atau empat perkataan atas alasan mereka tersendiri.

Rangkaian nama bayi perempuan Islami yang cantik 

Rangkaian nama bayi perempuan islami yang cantik awalan a

Kehadiran cahaya mata perempuan biasanya membuatkan kaum ibu yang akan lebih teruja. Mana tidaknya, ibu dapat geng baru ini akan cenderung mendominasi si ayah dalam segenap perkara seperti pemilihan pakaian, produk dan barangan bayi.

Dalam proses pemilihan nama bayi, adalah penting untuk mendapatkan kata sepakat antara ibu dan ayah. Jangan pula disebabkan nama anak, anda bermasam muka pula! 

Justeru di bawah ini kami kongsikan beberapa rangkaian nama bayi perempuan bagi memudahkan kerja anda dan pasangan:

#1. Rangkaian nama bayi perempuan islami yang cantik awalan A

  • Adlina bermaksud keadilan kita

  • Adriana bermaksud nisbah

  • Afaf bermaksud kesucian, kemurnian, kesopanan

  • Afia bermaksud kekuatan, tenaga

  • Afiah bermaksud kesejahteraan

  • Afifa bermaksud jujur, tulus

  • Afifah bermaksud berbudi bahasa, punya harga diri

  • Afiqah bermaksud sangat pemurah, sangat berpengetahuan

  • Afnan bermaksud pepohonan yang berbuah

  • Afrah bermaksud hiburan, kesenangan

  • ‘Afra’ bermaksud malam 13 purnama

  • Afrina bermaksud putih kemerah-merahan

  • Afruz bermaksud menyenangkan

  • Afza bermaksud membesar

  • Ahidah bermaksud janji

  • Ahlaiah bermaksud impian

  • Ahlam bermaksud paling sempurna, impian

  • Aida bermaksud keberuntungan, hadiah

  • A’idah bermaksud kembali berhari raya

  • A’ilah bermaksud keluarga

  • Aimuni bermaksud keberkatan

  • Aina bermaksud mempunyai mata yang cantik

  • ‘Ainiyah bermaksud pohon rimbun yang bersemi

  • Ainul Hayat bermaksud mata kehidupan

  • Ainun bermaksud mata

  • Aisyah bermaksud hidup bahagia

Nama anak bayi perempuan huruf B 

  • Badilah: mulia, pengganti

  • Badriah: cantik persis bulan purnama

  • Bahia: manis

  • Bahiah: gemilang, berseri

  • Bahirah: cantik, berseri, elok, indah

  • Bahithah: pencari

  • Bahiyah: cemerlang, indah

  • Nama anak bayi perempuan: Bahjah: keindahan, keriangan

  • Bahjan: rupawan

  • Baiduri: permata

  • Bashirah: bijaksana, berakal

  • Basilah: berani

Nama anak perempuan bermula C dan D

  • Cahaya: Sinar terang, cahaya
  • Cala : Kubu, istana
  • Calandra : Kreatif, unik
  • Calestra : Seperti bunga
  • Camilla: Terkenal, beragama
  • Carlissa: Gadis kecil yang suci
  • Nama anak perempuan: Candida: Putih, bersih
  • Celyn: Suci
  • Cerelia: Wanita penyabar (Latin)
  • Dahiyah: Pintar

  • Dahlia: Nama sejenis bunga

  • Dahmani: Nisbah

  • Daimah, Da’imah: Tetap, Langgeng

  • Da’iyah: Juru dakwah

  • Nama anak perempuan: Dhabitah = Cakap, kuat ingatan

  • Dhamanah: Jaminan

  • Dhamirah: Jiwa

  • Dalilah: Petunjuk, bukti

  • Dalilati: Pemimpin

  • Dalili: Pemimpin

  • Daliyah: Pohon anggur

Nama bayi perempuan islam yang jarang dipakai huruf E hingga H

Nama bayi perempuan islam yang jarang dipakai

Bagi ibu ayah yang berhasrat meletakkan nama bayi perempuan islam yang jarang dipakai, kami cadangkan beberapa pilihan di bawah.

  • Eryna = Perempuan cantik

  • Eshal = Bunga syurga

  • Ezzah = Seseorang yang memberikan kehormatan, rasa hormat

  • Eijaz = Keajaiban

  • Eliya = Yang cantik dan membesar dalam ketenangan dan kasih sayang

  • Eliza = Unik, sangat bermakna

  • Faiqa = Terkenal, terkemuka, bangun

  • Faiqah = sebaik-baik

  • Fakhira = Agung, termasyur

  • Fakhirah = Kebanggaan

  • Farah = Kegirangan, kesenangan, kebahagiaan

  • Farha = Bahagia

  • Farhah = Kegirangan

  • Fikriyah = Bijak, pandai, pemikiran

  • Filzah = Belahan jiwa

  • Ghoniyyah = Kaya

  • Ghufrani = Keampunan

  • Ghundurah = Bahagia, muda

  • Ghurrah = Putih berseri

  • Ghina = Kekayaan

  • Ghisyawah = tutupan, akhir

Rangkaian nama bayi perempuan huruf H hingga J

  • Hana = Kebahagiaan

  • Hanan = Kesayangan, kecintaan, rezki, berkah

  • Haifa = Perempuan yang langsing

  • Haimanah = Penguasaan

  • Rangkaian nama bayi perempuan: Hajar = Nama ibu Nabi Ismail, isteri Nabi Ibrahim As

  • Hajidah = Yang rajin sembahyang malam

  • Hakimah = Arif, bijaksana

  • Halili = Nisbah, halal

  • Halimah = Lemah lembut, penyantun, sabar dan berakal

  • Hamra = Kemerah-merahan

Rangkaian nama bayi perempuan islami yang cantik 2 kata

  • Akifa Naila – anak perempuan yang rajin beribadah dan suka memberi
  • Aisyah Farhanah – aisyah yang bahagia dan gembira
  • Atikah Balqis – seorang ratu(pemimpin) yang pemurah
  • Assyfatu Haifa – perempuan yang menjadi penawar saat dahaga
  • Aulia Izzatunnisa – ia yang diutamakan, penuh dengan cinta dan kemuliaan
  • Aza Shakila- wanita yang cantik, dan memberi keselesaan ketika bercakap.
  • Arisha Azzahra- wanita yang kuat dan mempunyai kecerdasan yang luar biasa
  • Amirah Lashira- Seorang yang bijak dan dipercayai ramai lagi
  • Delisha Malikha- Pemimpin yang bijak
  • Dahlia Talita – seorang anak gadis yang lemah lembut
  • Farzana Naina- wanita yang menjadi contoh kerana dia bijak
  • Fitriani Zharifa- kebaikan dan kemasyhuran seorang gadis tulen dan jiwanya
  • Hafla Selina- mempunyai kecerdasan dan pengetahuan yang luas, dan menyinari ramai orang
  • Khairina Mahveen- yaik dan bersinar terang seperti matahari
  • Fadela Dayesha- hakikat kehidupan yang sempurna
  • Leena Jasmine- Lembut dengan personaliti, yang menyebarkan kebaikan
  • Warda Zaara- Gadis secantik bunga mawar
  • Thara Yusra- Seorang wanita yang kaya dan makmur dalam hidupnya
  • Lubna Na’imah- wanita pintar yang mendapat kesenangan.

Rangkaian nama bayi perempuan islami yang cantik 3 kata

Rangkaian nama bayi perempuan islami yang cantik 3 kata

  1. Aurora Alaia Safiya- fajar mulia yang bersih dan jujur
  2. Izz Ayra Kayyisa-  kekuatan, kemulian wanita yang cerdik
  3. Izz Zara Amanda- kekuatan puteri yang disayangi
  4. Izz Naaz Shahmina- kekuatan kebanggaan yang cerdik
  5. Dhiya Layla Allura- sinar kerinduan malam yang cantik
  6. Puteri Aniqah Darwisya- puteri cantik lemah lembut ahli tasawuf
  7. Sarah Attiyah Mahdeya- puteri pemberian yang mendapat hidayah
  8. Iman Arwa Zulfa- iman menyenangkan kedudukan yang dekat
  9. Miqaila Amila Suhayla- pemberian Allah, harapan dan kemudahanku
  10. Rose Hessa Zuleykha- bunga mawar ditakdirkan cantik
  11. Zara Aileen Aishah- puteri bercahaya hidup bahagia
  12. Tiara Azkayra Adeena- mahkota bersih suci dihormati dan mulia
  13. Lily Keisha Annasha- bunga cantik penuh keriangan
  14. Annur Aafiyah Fatma- cahaya kesembuhan pemberian

Kelebihan memiliki anak perempuan dalam Islam

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,“Juga untuk seorang.”– (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”– (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Bukan itu sahaja,  Allah SWT telah menjamin syurga bagi paraibu ayah yang memiliki anak perempuan dan menjaganya dengan baik, penuh kasih sayang, serta tidak membeza-bezakan dengan anak lelaki.

Hal ini disebut dalam hadis “Siapa yang memiliki anak perempuan, dia tidak membunuhnya dengan dikubur hidup hidup, tidak menghinanya, dan tidak lebih mengutamakan anak lelaki, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga”. (HR Abu Daud).

Selain itu ibu ayah yang dikurniakan tiga orang anak perempuan, mereka akan menjadi pelindung anda ketika hari kiamat.

“Sesiapa yang mempunyai 3 orang anak perempuan, lalu dia bersabar, memberinya makan dan minum, dan pakaian dari hasil usahanya, maka mereka semua akan menjadi pelindungnya pada hari kiamat.” (Riwayat Ibnu Majah).

Setiap ibu bapa yang sabar dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak perempuan mereka menjadi anak yang soleh akan dipelihara di hari kiamat kerana kebaikan mereka dalam menjaga anak-anak perempuan mereka.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.

Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nama Bayi Perempuan Huruf M Yang Indah & Begitu Unik, Pilihan Ibu Ayah Untuk Tahun Ini!

Baca juga:  Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

Baca juga: Kumpulan Nama Bayi Perempuan Dengan Maksud Ratu & Puteri, Lengkap Dari Huruf A-Z

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!