Cuaca Bahang Sekarang Ini Paling Nikmat Kalau Dapat Pemanis Mulut Dingin. Ini 8 Resepi Ais Krim Malaysia Yang Pasti Menyegarkan!
Siapa yang tak suka aiskrim Malaysia yang dibuat dengan pelbagai perisa yang menarik. Semua ibu perlu mencubanya di rumah!
Teringat masa kecil dulu, pulang dari kelas mengaji memang wajib beli aiskrim Malaysia yang dijual di kedai Makcik Milah. Kini, viral pula resepi aiskrim Malaysia dengan perisa yang lebih enak. Salute dengan rakyat Malaysia, kreativiti bab makan memang nombor satu!
Wah mesti lagi sedap dengan pelbagai pilihan perisa! Dulu-dulu, aiskrim ini dijual dengan harga serendah 20 sen. Mujur dalam poket seluar ada 40 sen. Bolehlah beli dua batang aiskrim. Indahnya dunia saat itu!
Tapi, apa kata anda cuba sendiri resepi aiskrim Malaysia ini. Sebab kos nak buat pun murah saja. Anggaran dalam RM10 ke RM20. Malah, bila buat sendiri, terjaminlah kebersihannya untuk diberikan pada anak-anak. Mesti ramai yang nak tahu bagaimana cara buat aiskrim malaysia yang menjadi pilihan anak-anak ini bukan?
Jadi, hari ini kami akan kongsikan lapan resepi aiskrim Malaysia daripada pelbagai maklumat untuk anda mencubanya. Apa tunggu lagi, ayuh ke dapur sekarang!
8 resepi aiskrim Malaysia yang anda patut cuba di rumah
1. Resepi aiskrim Malaysia: Choki-choki
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat
- 4 tin air
- secubit garam
- 2 sudu setengah tepung jagung
- Choki-choki
Cara-cara membuat:
- Kacau semua bahan dengan api perlahan.
- Tambah tepung jagung untuk lembutkannya
- Masukkan sedikit garam.
- Setelah itu, potong choki-choki saiz kecil.
- Kemudian masukkan choki-choki ke dalam pastik. Selepas itu tuang semua bancuhan tadi ke dalam plastik. ikat kemas dan siap!
Baca juga: Sedapnya Milo Ais Kepal Meleleh & Penuh Topping, Ini Resepi Mudah Untuk Dicuba!
2. Resepi aiskrim Malaysia: Sumi
Bahan-bahan:
- 3 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 1 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
- perisa dan warna yang anda suka
- 3 packet jelly sumi – dibelah 4 setiap satu
Cara-cara membuat:
- Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
- Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Matikan api.
- Masukkan perasa dan pewarna, kacau rata.
- Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yg sesuai.
- Kemudian masukkan jelly bersama-sama.
3. Resepi aiskrim Malaysia: Kacang hijau
Bahan-bahan:
- Kacang hijau (rendam semalaman)
- 1 liter santan
- 2 ke 3 cawan gula (boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis)
- Gula merah
- Satu ke tiga cubit garam
Cara-caranya:
- Rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk.
- Masak air gula merah secara berasingan dan tapis.
- Bila kacang sudah empuk masukkan air gula merah, gula, garam dan santan.
- Masak macam buat bubur kacang.
- Kemudian tutup api dan tunggu sejuk sedikit baru masuk dalam plastik.
4. Resepi aiskrim Malaysia: Asam Boi
Bahan-bahan:
- Air panas
- Gula
- Perisa asam masin
- Asam boi
- Plastik aiskrim
Cara-cara membuat:
- Larutkan gula dengan air panas.
- Masukkan perisa asam masin. (nak guna perisa oren pun boleh)
- Biarkan sejuk.
- Masukkan asam boi ke dalam plastik.
- Kemudian masukkan air bancuhan air asam yang sudah sejuk ke dalam plastik. Ikat ketat-ketat.
- Simpan dalam peti ais hingga beku.
5. Resepi aiskrim Malaysia: Nutella
Bahan-bahan:
- Nutella
- 1 tin susu manis
- 1 tin susu cair
- 7 tin air masak
- 2 1/2 sudu tepung jagung
- 1 sudu kecik esen vanilla
- Sedikit garam
Cara-cara membuat:
- Masak air, susu manis, susu cair, tepung jagung sehingga mendidih.
- Masukkan esen vanilla dan garam.
- Sejukkan
- Masukkan nutella dalam plastik aiskrim.
6. Aiskrim strawberi
Bahan-bahan:
- 1 packet buah strawberi
- Perisa strawberi
- 3 cawan air
- Gula
Cara-cara membuat:
- Kisar buah strawberi dengan air.
- Didihkan atas api dan masukkan gula sehingga rasai manis buah.
- Selepas itu, masukkan perisa strawberi.
- Masukkan kedalam plastik aiskrim.
7. Aiskrim perisa pisang dan madu yogurt
Bahan-bahan:
- 280gm yogurt tanpa lemak
- 90gm pisang
- 1 1/2 sudu teh Madu
Cara-cara membuat:
- Kisar yogurt, pisang, madu.
- Masukkan dalam plastik aiskrim.
- Bekukan
8. Aiskrim mango dan strawberi yogurt
Bahan-bahan:
- 280gm yogurt tanpa lemak
- 30gm strawberi segar
- 30gm mangga segar
- 1 1/2 sudu teh madu
Cara-cara membuat:
- Kisarkan strawberi, mangga & madu.
- Masukkan dalam plastik aiskrim.
Selamat mencuba!
Cubalah resipi healthy strawberry frozen yogurt yang senang ini, cuma mengambil masa 5 minit anda untuk menyediakannya! Untuk ibu-ibu yang masih menyusu, anda boleh cuba membuat breast milk ice cream jika ada kelebihan susu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Awas, Bayi Bawah 1 Tahun DILARANG Makan Ais Krim Kerana Ia Punca Kolik & Masalah Pencernaan!
Baca juga: Resepi Aiskrim Untuk Bayi, Guna Dua Bahan Je! Sesuai Untuk Anak Yang Baru Tumbuh Gigi
Baca juga: Nak Cuba Resipi Aiskrim Dari Susu Ibu Untuk Kanak-Kanak Sihat Ini?