7 Resepi Aiskrim Buah Homemade Yang Mudah & Sedap, Anak-Anak Pasti Sukakannya!
Resepi aiskrim homemade untuk anak adalah lebih berkhasiat daripada dijual di kedai kerana ibu boleh guna bahan-bahan yang selamat dan segar
Aiskrim antara makanan kegemaran kanak-kanak mungkin kerana rasanya yang sejuk dan menyegarkan. Kali ini kami kongsikan resepi aiskrim berkhasiat untuk si manja! Bolehlah anda buat di rumah bersama anak-anak.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Resepi aiskrim homemade yang selamat dinikmati oleh si manja
- Khasiat aiskrim untuk kesihatan tubuh badan
Ada juga ibu bapa yang takut untuk memberikan aiskrim kepada anak mereka kerana dikhuatiri anak batuk dan boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.
Resepi aiskrim homemade yang selamat dinikmati oleh si manja
Tetapi jika diberi dalam kuantiti yang sederhana dan bukan kerap, tiada masalah sebenarnya. Mereka juga ingin rasakan kelainan dalam menu harian mereka kan?
#1. Aiskrim blueberi yogurt
Bahan-bahan:
- 100 gram bluebrry
- 75 gram granola
- 225 gram plain yogurt
- 2 sudu madu
Cara-cara:
- Masukkan blueberry dalam mangkuk oven. Masukkan ke dalam oven kira-kira 30-40 saat
- Potong granola kecil-kecil
- Campurkan blueberry, yogurt dan gaulkan. Masukkan granola.
- Masukkan campuran tadi dalam bekas aiskrim dan bekukan!
#2. Aiskrim coklat
Bahan-bahan:
- 300ml plain yogurt atau greek yogurt
- 4 sudu serbuk koko
- madu atau stevia secukup rasa
Cara-cara:
- Campurkan serbuk koko ke dalam yogurt
- Tambahkan madu atau stevia untuk rasa manis
- Bekukan dalam bekas aiskrim
#3. Aiskrim tembikai
Bahan-bahan:
- 500 gram tembikai (dipotong dadu kecil, 3/4 dikisar)
- 300 gram tembikai susu
- 1 biji lemon
- jus epal
Cara-cara:
- Kisar buah tembikai
- Masukkan ke dalam bekas aiskrim dan bekukan selama 1 jam.
- Blender tembikai susu bersama jus lemon dan epal
- Tuang dalam bekas aiskrim yang sudah dibekukan tadi
- Bekukan semula
#4. Aiskrim dragon fruit smoothies
Bahan-bahan:
- 100 mg buah naga/dragon fruit
- 250 g plain yogurt
- madu atau stevia
Cara-cara:
- Kisar buah naga
- Masukkan yogurt
- Masukkan madu atau stevia hingga timbul rasa manis
- Masukkan dalam bekas aiskrim dan bekukan
#5. Aiskrim strawberi pelangi
Bahan-bahan:
- 50 gram buah strawberi
- Gula halus
- 1 sudu vanila
- 500 g yogurt
- 100 g coklat putih
- 50 g hiasan berwarna
Cara-cara:
- Campurkan strawberi dengan gula halus dan lenyekkan sehingga gula cair
- Campurkan yogurt dan bekukan
- Setelah beku, dip kan aiskrim ke dalam coklat putih dan hiasan gula berwarna
#6. Aiskrim milky strawberi
Bahan-bahan:
- 450 g yogurt strawberi
- 9 biji strawberi
Cara-cara:
- Potong strawberi kepada saiz kecil
- Gaul dengan yogurt
- Masukkan dalam bekas aiskrim dan bekukan
#7. Aiskrim epal + kurma
Bahan-bahan:
- 1 biji epal
- 5 biji kurma
- Susu formula/susu segar
Cara-cara:
- Potong buah kecil-kecil dan stim kan.
- Kisar buah seperti untuk buat puri
- Campurkan susu dan masukkan ke dalam bekas aiskrim, kemudian bekukan.
Khasiat aiskrim untuk kesihatan tubuh badan
#1. Membantu pertumbuhan tulang dan gigi
Sekiranya anak anda membuat kerenah tidak mahu makan,anda bolehlah melakukan alternatif ini dengan memberikan anak anda makan ais krim.
Ini kerana ais krim mengandungi khasiat yang baik untuk pertumbuhan si kecil iaitu kalsium yang berperanan dalam pertumbuhan tulang dan gigi.
Malah kandungan kalsium di dalam ais krim juga boleh menjaga kepadatan jisim tulang, mencegah osteoporesis, kanser dan hipertensi daripada berlaku.
Dengan mengigit aiskrim yang pelbagai tekstur, ia akan stimulate mulut anak anda untuk melakukan pergerakan otot mulut yang sangat penting untuk perkembangan pertuturannya.
#2. Lemak tidak tepu yang tidak menggemukkan
Ais krim mengandungi lemak tidak tepu yang tidak mengemukkan jika diambil dalam kuantiti yang sedikit dan tidak berlebihan.
Berilah anak anda aiskrim seminggu tiga kali atau sebagai ganjaran jika dia melakukan sesuatu yang baik.
#3. Kuatkan antibodi
Pastinya anda tidak tahu bahawa ais krim dapat bertindak sebagai antibodi kepada sistem pertahanan badan.
Ini kerana ais krim mengandungi kandungan susu sebanyak 20-30% yang berperanan sebagai zat pertahanan tubuh terhadap pathogen iaitu agen penyebab penyakit.
#4. Mengubati tonsil
Ais krim berperisa Vanilla sememangnya terkenal untuk mengubati tonsil kerana khasiat Vanila ialah menenangkan saraf, mengurangkan berat badan dan menaikkan mood seseorang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Anak Sakit Tonsil, Adakah Berkesan Jika Beri Makan Aiskrim Vanila? Ini Jawapan Doktor!
Baca juga: Resepi Biskut Homemade Untuk Bayi Gatal Gusi & Baru Tumbuh Gigi Tanpa Gula, Garam
Baca juga: Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Penuh Khasiat, Bantu Anak Menjadi Bijak!