Anak Sakit Tonsil, Adakah Berkesan Jika Beri Makan Aiskrim Vanila? Ini Jawapan Doktor!

Anak Sakit Tonsil, Adakah Berkesan Jika Beri Makan Aiskrim Vanila? Ini Jawapan Doktor!

Penyakit tonsil boleh menyerang sesiapa sahaja termasuklah kanak-kanak yang sedang membesar. Namun benarkah dengan makan aiskrim vanila dapat merawatnya?

Penyakit tonsil sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Sekiranya si manja jatuh sakit atau demam, hal yang ibu ayah risaukan adalah berlakunya bengkak tonsil.

Dalam hal ini, tonsil anak terletak pada bahagian belakang kerongkongnya. Ia bertindak sebagai turas bagi menghalang kuman dari memasuki tubuh dan mengakibatkan jangkitan. Masalah tonsil ini jika dibiarkan beterusan akan menjadi bengkak atau radang yang dikenali sebagai tonsilitis.

Anak mengalami masalah penyakit tonsil, bagaimana cara merawatnya?

sakit tonsil credit to sources

Penyakit tonsil boleh terjadi mungkin sekali-sekala atau acap kali pada kanak-kanak yang sedang membesar. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis bakteria atau virus boleh membuatkannya lebih serius jika dirawat awal.

Antara tanda-tanda utama ialah:

  • Anak mula sakit tekak dan demam
  • Sukar menelan atau bernafas
  • Hilang suara atau suara serak
  • Sakit kepala
  • Nafas berbau busuk
  • Tonsil menjadi merah dan diselaputi warna putih atau kuning
  • Lepuh atau ulser yang sakit dalam kerongkong

Menurut pakar klinikal, Abdul Rahim, sebenarnya tonsil dicipta oleh Allah di bahagian tepi kerongkong (kanan dan kiri) sebagai pelindung semulajadi. Ia memiliki sistem pertahanan tubuh agar manusia selamat dari serangan jangkitan kuman yang masuk melalui mulut.

Sekiranya berlaku infeksi virus, sistem limphatik tonsil akan menjadi aktif, membengkak dan radang untuk melawan serangan berkenaan. Kanak-kanak yang berusia antara 2 hingga 15 tahun adalah paling kerap kena tonsilitis ini.

Sekiranya infeksi di tonsil berlaku disebabkan virus seperti Epstein Barr, Adenovirus atau Measles, ia hanya akan mengalami bengkak dan sakit sahaja. Namun jika disebabkan bakteria, tonsil akan jadi bengkak, sakit dan disertai dengan nanah.

Kesan pengambilan aiskrim sebagai rawatan tonsil

aiskrim vanila rawat tonsil foto: shutterstock

Mesti anda pernah terdengar cadangan orang sekeliling untuk memberikan anak makan aiskrim vanila sekiranya mengalami masalah tonsil, kan? 

Sebenarnya, ais krim tidak boleh menyembuhkan Tonsilitis ini. Ia hanya berupaya meredakan sedikit kesakitan kerongkong dan sesuai untuk diberikan kepada si manja yang mengalami hilang selera makan agar lebih bertenaga.

Tidak kisahlah ia adalah aiskrim perisa vanila, coklat mahupun apa sahaja. Malah ada juga kandungan dalam aiskrim memburukkan lagi tonsilitis kerana mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

Bukan itu sahaja, ais krim turut diberikan kepada pesakit selepas tonsil dikeluarkan melalui proses pembedahan Tonsilectomy. Ia adalah untuk membantu menghentikan pendarahan akibat luka yang disebabkan pembedahan tersebut.

Rawatan awal perlu dilakukan sekiranya tidak mahu masalah menjadi lebih serius

Sekiranya anda mendapati tahap kesihatan anak mula menurun akibat serangan tonsil, jangan tangguhkan masa untuk membawanya ke klinik berdekatan.

Hal ini kerana jika dibiarkan, komplikasinya amat membahayakan diri pesakit seperti:

#1. Kuman tonsil boleh memasuki saluran darah iaitu Septecemia ke bahagian otak

#2. Tonsil boleh menyebabkan penyakit buah pinggang (Acute Glomerulonphritis), Rheumaik Fever dan gangguan jantung.

#3. Sleep apnea berlaku apabila pesakit berhenti bernafas secara tiba-tiba disebabkan oleh bengkakkan tonsil. 

bahaya penyakit tonsil credit to sources

Sekiranya anak kerap sakit tonsil, pastikan anda berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan rawatan bersesuaian. Doktor akan menentukan punca, tindakan yang sewajarnya akan diambil bagi merawat masalah si manja.

Kebiasaannya jika tonsilitis ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik mungkin akan diberikan. Namun jika virus, tubuh anak akan melawannya secara semula jadi jangkitan tersebut.

Tindakan yang boleh ibu ayah lakukan

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan bagi memastikan si manja selesa, iaitu:

  • Mengekalkan kelembapan dalam bilik (boleh guna pengewap wap sejuk atau alat pelembap)
  • Memastikan si manja memperoleh rehat yang cukup
  • Memberikan minuman suam atau sangat sejuk untuk mengurangkan kesakitan dalam kerongkong
  • Sediakan ubat demam yang bersesuaian untuk mengurangkan kesakitan

Ketika ibu ayah berdepan dengan masalah anak tonsil, perhatikan tanda-tanda kronik seperti keluar nanah, tidur berdengkur atau mulut berbau. Biasanya tonsilitis akan sembuh dalam masa 7 hingga 10 hari.

Anda juga dinasihatkan untuk memastikan kebersihan persekitaran si manja dalam keadaan baik bagi mengurangkan sebarang jangkitan. Pastikan anak tidak berkongsi bekas makanan dan kerap mencuci tangan sebelum makan.

Sumber: Rahim, Mypositiveparenting

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner