Bayi Sudah Berusia 6 Bulan? Cuba Hidangkan Buah-Buahan Untuk Pemakanan Seimbang

Sama seperti kita, bayi yang kecil juga sudah ada pilihan makanan kesukaannya yang tersendiri. Ia menjadi tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk memastikan bayi dapat makan makanan yang seimbang dan penuh nutrien. Tetapi, apa ibu bapa boleh lakukan jika bayi hanya hendak makan buah dan sayur? Di sini kami kongsikan resepi yang kaya sayur dan buah untuk bayi 6 bulan!

Seronoknya apabila melihat si manja berselera makan. Apatah lagi jika si kecil ini seorang yang tidak cerewet dengan makanan, semuanya dia makan! Ikan, ayam, sayuran serta buah untuk bayi antara pemakanan yang harus diperkenalkan sebaik sahaja mereka menginjak usia 6 bulan.

Sebagai ibu bapa yang penyayang, kita berasa sangat senang hati apabila bayi kita sihat, cergas dan meninggalkan pinggan yang licin selepas makan. Tetapi, adakah kita pasti bahawa walaupun bayi kita itu sihat dari segi selera makan, dia juga cukup pemakanan zat dan nutrien?

Bagaimana pula jika bayi kita sangat sukakan buah-buahan dan sayur-sayuran, tetapi tak suka makan nasi atau biji-bijian?

Jika begitu, kita harus lah menjadi kreatif!

Resipi-resipi Buah Untuk Bayi Yang Boleh Anda Cuba

Bayi Sudah Berusia 6 Bulan? Cuba Hidangkan Buah-Buahan Untuk Pemakanan Seimbang Kredit: Unsplash

Bayi berusia 6 bulan bukan mudah dipujuk, sebab mereka masih terlalu kecil untuk faham apa yang kita cuba sampaikan. Namun begitu, mereka juga tidak boleh dipaksa. Sebab apa? Bayi anda mungkin akan menangis dan menjerit pula! 

Habis lah didengar pula oleh seluruh jiran tetangga.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan adalah memasak hidangan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang disukai bayi anda kemudian gabungkan sekali dengan nasi dan biji-bijian untuk membantu menaikkan selera makan si manja. 

Jom tengok contoh-contoh resipi kaya sayur dan buah untuk bayi 6 bulan yang boleh kita cuba.

1# Nasi Perang Berkeju

buah untuk bayi Sumber gambar dan resepi: Happy Veggie Kitchen

Cara untuk memasak hidangan ini mudah sahaja. 

Mula-mula, tumiskan sayur-sayuran dan herba di dalam periuk. Kemudian, campurkan beras perang untuk ditanak ke dalam periuk yang sama. Tanakkan nasi sehingga menjadi lembik seakan-akan bubur. Sebab kita menanak nasi dan sayur-sayuran di dalam periuk yang sama adalah untuk membolehkan perisa dan rasa sayur-sayuran tadi meresap ke dalam nasi. 

Selepas nasi siap ditanak dan sayur-sayuran pun menjadi lembut, gaulkan kesemua semasa masih panas bersama dengan sedikit keju. 

Oleh kerana bayi anda baru berumur kurang dari 6 bulan, berhati-hati dengan kadar keju yang diberikan ya!

Baca juga: Bila Waktu Sesuai Untuk Beri Bayi Makan Keju? Ini 3 Resepi Berasaskan Keju Yang Sangat Enak!

2# Resepi buah untuk bayi: Bijirin Nasi Berbuah 

buah untuk bayi Sumber gambar: My Little Moppet 

Resipi ini menggunakan serbuk beras yang sedia ada di pasaran. 

Mula-mula, rebuskan air sehingga mendidih. Selepas itu, campurkan serbuk beras sebanyak mana yang anda rasa sesuai, dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Mengikut cita rasa anda, anda juga boleh campurkan susu badan atau susu formula untuk mencairkan sebatian ini. 

Akhir sekali, jangan lupa masukkan puri buah-buahan yang telah dikisar halus untuk menangkap selera si manja!

3# Bubur Kacang Kuda Bersayur

Bayi Sudah Berusia 6 Bulan? Cuba Hidangkan Buah-Buahan Untuk Pemakanan Seimbang Sumber gambar: My Little Moppet

Bayi tidak suka makan bijirin? Tiada masalah! Kacang kuda mengandungi serat yang tinggi bagi mengatasi masalah kekurangan bijirin dalam pemakanan si kecil. 

Mula-mula, basuh beras perang sehingga bersih dan jermurkan sehingga betul betul kering. Setelah itu, masukkan ke dalam kuali dan panggang kering sehingga berubah warna. 

Asingkan ke dalam mangkuk yang lain dan tumiskan kacang kuda pula di dalam kuali tadi. Kisarkan beras dan kacang kuda tadi bersama sedikit serbuk halia sehingga halus. 

Untuk menjadikan bubur, ambil lah serbuk tadi dan masukkan ke dalam air mendidih. Kemudian, tambahkan sayur-sayuran yang dipotong halus bersama puri buah-buahan untuk menambahkan perisa buat si manja!

Lebihan serbuk itu boleh disimpan untuk digunakan lagi pada masa akan datang. 

4# Resepi buah untuk bayi: Bubur Keledek Berbuah 

buah untuk bayi Sumber gambar: Cookidoo

Resepi ini mungkin akan mengambil sedikit masa untuk memastikan keledek betul-betul menjadi cukup lembut. Jadi, pastikan anda ada masa terluang sebelum anda mencuba resipi ini!

Mula-mula, panggangkan keledek di dalam ketuhar selama sejam pada suhu 400 darjah celsius sehingga lembut. Selepas dikeluarkan, biarkan dahulu sehingga ia tidak terlalu panas untuk dipegang. Kupaskan kulit keledek tersebut dan kisarkan dengan sedikit susu. Begitu juga dengan buah pisang dan pear. Kupas dahulu kulit buah-buahan tersebut sebelum mengisar sehingga halus. 

Setelah selesai semua, maka boleh lah anda mencampurkan adunan-adunan tersebut untuk dihidangkan kepada si manja!

Oleh kerana bayi berumur kurang daripada 6 bulan masih boleh memproses makanan pejal, pastikan makanan yang disuapkan kepadanya lembut dan mudah dihadam. 

Jadi, macam mana resepi kaya sayur dan buah untuk bayi 6 bulan yang kami senaraikan? Adakah anda sendiri terliur dengan resipi-resipi yang dikongsikan di atas?

Nanti jangan lupa kongsikan pengalaman anda bersama kami.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Happy Veggie Kitchen, My Little Moppet, My Little Moppet (Facebook), Cookidoo

Baca juga: Jadual pemakanan untuk bayi 6 bulan - ibu, jom tengok panduan makanan pejal ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!