7 Resepi Bubur Nasi Yang Boleh Pikat Selera Bayi Tanpa Menggunakan Gula & Garam

undefined

Bubur nasi menjadi hidangan 'wajib' bagi kebanyakan bayi berusia 6 bulan ke atas. Jika tiada idea, ini beberapa resepi mudah yang perlu para ibu cuba!

Terujanya apabila bayi anda kini sudah memasuki usia 6 bulan ke atas, ini bermakna dia sudah bersedia untuk mengambil makanan pejal seperti bubur nasi atau puri. Namun setiap hari mungkin membuatkan ibu-ibu keliru memikirkan menu hidangan yang berkhasiat buat si manja.

Jika kekurangan idea untuk masak apa buat si manja, apa kata anda cuba beberapa resepi bubur nasi bayi di bawah ini? Kesemuanya enak dan berkhasiat. Janji resepinya mudah untuk disediakan!

Baca juga: Nampak Sedap & Penuh Khasiat, Ini 7 Resepi Dikongsi Hanis Zalikha Untuk Alisa Aisyah

Resepi bubur nasi bayi yang mudah dan sedap

#1. Bubur brokoli dan ikan bilis

bubur nasi bayi

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan beras
  • 50gm brokoli
  • 1/2 sudu kecil serbuk ikan bilis
  • Air secukupnya

Cara memasak

  1. Rebus beras hingga menjadi bubur
  2. Setelah beras jadi bubur masukkan brokoli biar sehingga lembut
  3. Kisar nasi dan brokoli tadi sehingga halus dan didihkan semula selama beberapa minit
  4. Masukkan beberapa sudu bubur tadi dan campurkan dengan  1/2 sudu serbuk ikan bilis

#2. Bubur nasi tim ayam

bubur nasi anak

Bahan-bahan

  • 20g beras
  • 650ml air
  • 25g daging
  • 30g tauhu
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu marjerin/mentega

Cara memasak

  1. Rebus daging ayam, tauhu, beras dan air kacau sehingga kental dan menjadi bubur
  2. Masukkan lobak dan tomato. kacau sehingga masak
  3. Resepi asal menggunakan marjerin tetapi pada pendapat saya mentega adalah pilihan yang lebih sihat. Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati
  4. Hidangkan. Jika perlu, ibu-ibu boleh kisarkan supaya daging tadi senang ditelan oleh si manja

#3. Bubur nasi kurma

resepi bayi

Kalau anak lebih suka bubur manis, cuba pula resepi bubur nasi bayi di bawah ini:

Bahan-bahan

  • 20g beras
  • 650ml air
  • Kurma
  • Lobak

Cara memasak

  1. Rebus beras sehingga jadi bubur
  2. Masukkan kurma dan lobak. Kemudian kacau sehingga sebati
  3. Masak sehingga lembut dan hidangkan

#4. Bubur susu

resepi bubur bayi

Bahan-bahan

  • 3 sudu tepung beras putih/ 20gm beras
  • 200ml susu formula

Cara memasak

  1. Campurkan tepung beras dan susu formula dan kacau sehingga sebati
  2. Setelah adunan sebati kecilkan api dan kacau perlahan-lahan
  3. Tunggu hingga masak
  4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan

** Walaupun resepi original menggunakan tepung beras, sebenarnya lebih sihat menggunakan bubur yang dimasak dari beras biasa. Ini kerana kita tidak mahu memberi makanan yang diproses kepada bayi kita ya, nanti susah untuk dihadam.

Kalau nak juga tepung beras, ibu-ibu bolehlah kisar sendiri beras itu di rumah, sehingga menjadi tepung. 

#5. Bubur ayam dengan sayur campur

bubur bayi sedap

Bahan-bahan

  • Beras
  • Ayam 
  • Baby bayam
  • Lobak merah
  • Minyak zaitun
  • Mirepoix 
  • Stok kaki ayam (chicken feet stock)

Cara memasak

  1. Masak bubur nasi seperti biasa. Apabila sudah mendidih, isi ayam dan lobak merah
  2. Ketika hampir masak, barulah masukkan bayam, mirepoix dan stok kaki ayam
  3. Sejukkan bubur dan kisar mengikut kesesuaian bayi. Sebelum hidangkan, titis sedikit minyak zaitun

#6. Bubur ikan singgang dan sayur sawi

resepi bayi 7 bulan

Bahan-bahan

  • Beras
  • Ikan selar
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Lengkuas
  • Asam keping
  • Sawi
  • Minyak zaitun

Cara memasak

  1. Masak bubur nasi seperti biasa
  2. Untuk ikan singgang, panaskan air dan masukkan bawang merah (dihiris), bawang putih (ketuk), kunyit (hiris), lengkuas (ketuk) dan asam keping
  3. Bila mendidih, masukkan ikan selar. Kemudian tambah sayur sawi masak seketika hingga layu
  4. Campurkan bubur dan ikan singgang mengikut kesesuaian bayi. Bila ingin hidangkan, titis sedikit minyak zaitun

#7. Bubur nasi dan sup ayam

resepi bayi 8 bulan

Bahan-bahan

  • Beras
  • Ayam
  • Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lobak merah
  • Bunga kubis
  • Tomato ceri
  • Daun sup
  • Sedikit minyak masak

Cara memasak

  1. Masak bubur nasi seperti biasa.
  2. Tumiskan empat sekawan bersama minyak masak dan masukkan bawang putih dan bawang merah
  3. Apabila sudah naik bau, masukkan isi ayam dan kacau seketika. Tambahkan sedikit air
  4. Masukkan lobak merah dan bunga kubis. Biarkan ia mendidih dan sayur menjadi lembut.
  5. Kemudian, tambahkan tomato dan daun sup. Campur bubur nasi dan sup ayam dan hidangkan.

Kesimpulannya dalam menyediakan hidangan untuk si manja, para ibu hendaklah mengelakkan dari penggunaan gula, garam atau bahan perasa bagi mengelakkan gangguan kesihatan bayi.

Hal yang paling penting adalah memilih bahan-bahan yang berkhasiat dan segar agar anak-anak memperoleh nutrisi optimum!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Little Kids

Baca juga: Resepi Bekal Makanan Bayi Ke Rumah Pengasuh, Ibu Bekerja Pun Sempat Buat!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!