Pikat Selera Si Kecil Dengan 5 Resepi JELLY Buah Ini, Kaya Nutrisi, Rasa Pun Sedap!
Ibu perlu cuba pelbagai resepi untuk pikat selera anak. Kali ini kami kongsikan resepi jelly buah yang ibu boleh cuba untuk bayi!
Seperti orang dewasa, si kecil juga tahu rasa muak. Jadi ibu perlulah rajin mencuba pelbagai resepi untuk memikat selera mereka. Kali ini kami kongsikan resepi jelly buah untuk bayi yang pasti boleh memikat hati mereka!
Bila dah jadi mak-mak, perkara paling runsing dalam tumbesaran anak-anak adalah selera makan tambahan itu sering jatuh sakit.
Kanak-kanak yang tidak mendapat nutrisi yang secukupnya lebih mudah diserang penyakit berjangkit seperti demam, selsema dan batuk. Jadi sebagai ibu bapa sudah semestinya mahukan yang terbaik.
Baca juga: 4 Makanan Terbaik Untuk Otak, Boleh Beri Anak Makan!
Resepi jelly buah untuk bayi, berkhasiat, penuh nutrisi
Resepi jelly buah ini pelbagai dan ia dikongsikan oleh ibu-ibu yang sudah mencubanya pada anak mereka dan anak mereka menyukainya. Jadi ibu-ibu di luar sana bolehlah cuba untuk anak anda!
#1. Dragon fruit jelly + full cream milk
Bahan-bahan:
- 8 urat jelly tali
- 4 cawan air
- Susu full cream
- Puri buah naga (dragon fruit)
Cara-cara:
- Masak agar-agar hingga tiada kesan tali
- Jika pekat tambahkan air
- Masukkan puri buah naga
- Tambah susu full cream dalam kira-kira 70 ml dan masak sebentar
- Masuk kan dalam bekas kecil atau acuan. Sejuk dalam peti sejuk tetapi bukan di bahagian sejuk beku.
#2. Jelly mangga susu
Bahan-bahan:
- Puri mangga
- Susu segar
- Serbuk agar-agar
- Gula
- Air
Sukatan air dan gula bergantung kepada kuantiti yang anda mahukan
Cara-cara:
- Masukkan susu, serbuk agar-agar, air dan gula ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kemudian tuang ke dalam bekas kaca dan masukkan puri mangga
- Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
#3. Jelly buah peach
Bahan-bahan:
- Serbuk agar-agar
- Hirisan buah peach (dalam tin) atau buah peach segar
- Susu cair/susu segar
- Air
- Gula
Cara-cara:
- Jadikan buah peach sebagai puri
- Masukkan susu, air dan gula ke dalam periuk dan masak hingga mendidih
- Masukkan ke dalam bekas dan masukkan puri buah peach
- Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan
#4. Jelly tembikai susu
Bahan-bahan:
- Agar-agar tali (dalam 8 urat)
- Air
- Daun pandan
- Puri tembikai susu (sepotong)
- Susu segar
Cara-cara:
- Jadikan daun pandan sebagai pati
- Masukkan susu, air, gula dan pati daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih
- Masukkan ke dalam bekas dan masukkan puri tembikai susu
- Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan
Cara pikat selera anak susah makan
Ada anak yang memang susah makan. Runsing kadang kala dibuatnya bagaimana mahu memikat selera mereka ini. Kami kongsikan di sini bagaimana anda boleh memikat selera mereka. Boleh cuba, mana tahu menjadi kan?
#1. Persembahan makanan yang kreatif
Kreatif dalam persembahan makan boleh merangsang minat anak-anak untuk mencuba sesuatu makanan. Mereka seperti orang dewasa juga, ibarat makan di hotel lima bintang dan gerai biasa, walaupun rasa makanan hampir sama tetapi selera di hotel lima bintang sudah tentu lebih!
#2. Kurangkan dos susu formula
Pemberian susu formula yang kerap membuatkan anak berada dalam keadaan kenyang dan tidak bernafsu untuk makanan lain. Ini tidak baik untuk tumbersaran seorang kanak-kanak kerana dalam sesetengah susu formula terdapat kandungan gula yang tinggi.
Ia boleh menyebabkan anak menjadi gemuk atau obesiti. Selain itu perkembangan otak kanak-kanak memerlukan mineral tambahan yang tidak terdapat dalam nutrisi susu formula, mineral lain terkandung dalam makanan segar seperti sayuran, ikan, ayam dan karbohidrat.
#3. Jauhi makanan ringan atau makanan segera
Makanan ringan dan makanan segera rata-rat mengandungi kandungan msg yang tinggi dan bahan pengawet. Pengambilan makanan ringan dengan banyak membuatkan anak berasa kenyang sedangkan makanan yang dimakan tidang mengandungi apa-apa nutrisi yang sepatutnya diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak.
#4. Kenal pasti makanan kegemaran anak
Selera kanak-kanak tidak sama. Ada anak gemar makan nasi ayam, pasta, bubur nasi atau sup cendawan. Jadi setiap hari menunya berubah-ubah.
Jadi perlu peka selera anak anda dia lebih suka yang mana. Seperto orang dewasa, kanak-kanak juga ada makanan kegemaran yang memang kena dengan selera mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: maisarahsidi, tipskesuburan
Baca juga: Bilalah Berat Badan Anak Nak Naik? Ibu-Ibu Cuba Resepi Makanan Untuk Anak Susah Makan Ini!