X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bilalah Berat Badan Anak Nak Naik? Ibu-Ibu Cuba Resepi Makanan Untuk Anak Susah Makan Ini!

7 min bacaan
Bilalah Berat Badan Anak Nak Naik? Ibu-Ibu Cuba Resepi Makanan Untuk Anak Susah Makan Ini!

Masalah anak tidak naik berat badan mungkin akan ada solusinya jika anda rujuk kepada resepi makanan untuk anak susah makan di sini!

Bagi ibu ayah yang mempunyai anak-anak yang kurang berat badan akibat memilih makanan mesti hari-hari dibelengu rasa risau bukan. Memikirkan cukup ke nutrien dalam badan anak dan sebagainya. Tapi masalah anda itu mungkin akan ada solusinya jika anda rujuk kepada resepi makanan untuk anak susah makan ini!

Menurut perkongsian daripada seorang ibu yang bernama Yatie Eimra di Facebook beliau, dia ada membuat senarai resepi makanan untuk anak susah makan yang berpandukan saranan pakar pemakanan juga berdasarkan ilmu yang didapatinya dalam membantu masalah kurang berat yang dihadapi anaknya sendiri. 

Antara menu dari perkongsiannya adalah dari bahan-bahan yang tinggi lemak, karbo dan padat nutrisi, dan dipercayai sumber makanan ini dapat menambahkan berat badan anak-anak. 

Contoh makanan yang tinggi lemak:

  • buah avocado (kaya dengan lemak tak tepu)
  • ikan yang kaya fatty acid (salmon, makeral, dll)
  • keju
  • kekacang legume (kacang hijau, kacang merah, dll)
  • mentega
  • minyak kelapa dara/minyak zaitun (masukkan ke dalam masakan)
  • santan
  • serbuk coklat (masukkan ke dalam masakan/dessert jika anak dah setahun ke atas. ELAKKAN jika anak alami masalah sembelit atau ada family history alahan terhadap coklat)
  • telur
  • yogurt

 

makanan untuk anak susah makan

Makanan tinggi karbo

  • beras
  • pisang
  • ubi (kentang, keledek, ubi bit, dll)

 

Saya kerap masak berasaskan makanan² ni dalam menu utama & menu snek (almaklum ler anak memang cerewet bab makan). Alhamdulillah, masalah anak kurang berat badan tak lama sangat pun & naik sikit-sikit. Syukur gak sebab sekarang ni anak dah banyak perubahan & dah tak susah makan macam dulu.

Advertisement

Dah agak lama baru hari ni sempat nak update resipi.. Ada beberapa menu utama & menu snek/kudapan gak. Mak² yang ada anak kurang berat badan atau cerewet/susah nak makan, boleh la cuba ye.. Semoga bermanfaat 

Nasi Goreng Butter (dari 1 tahun++)

Bahan-bahan:

1 cawan nasi

1 biji telur – dikacau sedikit

Sedikit isi ayam – didadu

1½ camca besar butter

1 biji bawang merah – hiris

1 ulas bawang putih – hiris

Sayur-sayuran pilihan (saya guna cendawan enoki, carrot & kobis)

Serbuk lada sulah/hitam

Garam secukupnya*

Cara-cara:

  1. Buat telur hancur (scramble egg). Angkat & ketepikan.*
  2. Panaskan marjerin hingga cair. Tumis bawang besar & bawang putih tumis hingga layu. (*Boleh juga masukkan telur & buat telur hancur masa ni)
  3. Masukkan isi ayam & sayur²an jenis keras (seperti carrot, kobis, cendawan*, dll). Biarkan air/jusnya merenih & kering sedikit.
  4. Tambahkan sedikit lada sulah/lada hitam & garam. Gaul rata dan masukkan nasi.

✳Elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah

✳Tip dari chef – cendawan perlu di masak lama sedikit supaya aroma & jusnya keluar.

Bubur Kacang Hijau Versi Bayi (dari 8 bulan++)

Puan Yatie juga berkongsi ketika anaknya mengalami masalah kurang berat badan dahulu, pakar pemakanan ada menyatakan bahawa kekacang jenis legume seperti kacang hijau, kacang merah, dhall dan sebagainya boleh diambil seawal usia 7 hingga 8 bulan. Tai sebaiknya eloklah diperkenalkan pada usia 8 bulan keatas kerana bimbang perut bayi masih sensitif dan boleh menyebabkan angin walaupun kacang sudah direndam 24 jam. Apa pun anda patut cuba bubur kacang hijau ini kerana ia antara makanan untuk anak susah makan yang berupaya menaikkan berat badan anak. 

Bubur kacang hijau untuk bayi ni diajar oleh seorang makcik tukang urut warga Indonesia. Katanya di seberang, bubur kacang ni memang diberikan kepada bayi untuk tambah berat badan. Saya ni memang suka bertanya tip/petua, tak kiralah doktor ke, orang² tua ke.. jadiknya macam² info saya boleh dapat. Ekeke..

Bahan-bahan:

½ cawan kacang hijau – direndam 12-24 jam dengan sesudu kecil cuka & sedikit baking soda (hujung sudu kecil jer)

1 cawan air (gunakan cawan yang sama)

½ cawan santan pekat

1 sudu kecil butter

Cara-cara:

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
  1. Kacang hijau yang telah direndam diramas hingga tertanggal kulitnya. Tambah sesudu-2 tepung untuk mudahkan proses meramas (supaya tak licin).
  2. Basuh kacang hijau yang telah direndam beberapa kali.
  3. Masak kacang hijau dalam air. Tapis & buangkan buih² yang terhasil.
  4. Masak kacang hijau sehingga benar² lembut.
  5. Masukkan santan pekat & butter. Kacau & lenyek²kan kacang hijau tadi dengan sudu.
  6. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.

 BAYI 8 BULAN++

Bubur kacang hijau ni biasanya untuk 2-3 kali makan

Ambil sedikit bubur yang pekat (untuk portion sekali makan) & campurkan dengan ebm/susu formula (yang suam). Cairkan bubur mengikut kesesuaian umur anak.

Masukkan lebihan bubur dalam bekas bertutup & simpan dalam peti. Boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Boleh juga frozenkan (sila habiskan dalam masa seminggu).

ANAK 1 TAHUN++

Sebenarnya ni saya olah ikut cara saya sendiri. Sebabnya bila anak dah setahun++, dia memang tak berapa gemar makan bubur camni. Jadinya saya sapukan bubur (pekat) ni atas roti & bakar dalam pan. Buat macam ni bukan setakat anak, 1 famili pun boleh makan (jika buat untuk 1 famili makan – pastikan asingkan sikit untuk anak, selebihnya bolehlah tambahkan secubit garam & sedikit gula)

Cara-cara:

  1. Lenyekkan roti
  2. Sapukan kacang hijau
  3. Gulung & potongkan roti kecil²
  4. Panaskan sedikit butter dalam pan (supaya inti tak melekat)
  5. Bakar & balik²kan roti hingga garing sedikit.

✳fungsi cuka tu nak kurangkan bahan oligosakarida dalam kacang (penyebab angin). Boleh juga gunakan jus lemon

✳fungsi soda nak mudah tanggalkan kulit kacang hijau.

Ayam Masak Merah Bersantan versi kanak-kanak (dari 1tahun++)

makanan untuk anak susah makan

Untuk resipi ayam masak merah bersantan versi anak-anak ni saya gunakan capsicum ganti penggunaan cili kisar. Capsicum merah diblend untuk pekatkan kuah & sebagai penyedap rasa gak.. Takde lah rasa sos tomato semata.. Capsicum pun rasa macam cili jugak, cuma tak pedas (almaklum ler cili sebenarnya anak beranak/genus capsicum jugak). Boleh je kalau tak nak letak pun. Yang masak ni pun ikut bahan yang ade je.

Bahan-bahan:

¼ ekor ayam – lumur garam & kunyit

½ biji bawang holland –dipotong bulat

1 kuntum bunga lawang

1 inci kulit kayu manis

3 sudu besar sos tomato

1 batang serai (diketuk)

Air secukupnya

Sedikit santan pekat

4-5 biji tomato ceri untuk hiasan (saya guna carrot & capsicum je)

Garam/gula secukup rasa*

Bahan-bahan kisar halus:

2 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

¼ – ½ biji capsicum (saya blend ¼, untuk hiasan ¼)* optional

Cara-cara:

  1. Ayam digoreng separuh masak. Angkat & ketepikan.
  2. Tumis bahan hirisan hingga layu. Masukkan bahan kisar, bunga lawang, kayu manis. Tumis hingga garing.
  3. Kemudian masukkan sos tomato. Tumis sampai pecah minyak.
  4. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata dan biarkan seketika.
  5. Tambah sedikit air untuk kuah. Masukkan santan.
  6. Masukkan buah tomato. Perasakan garam gulanya. Masak hingga pecah minyak.

✳Elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah

✳Boleh juga gantikan sos tomato dengan puri tomato atau buah tomato yang diblend bersama bawang (tapi effect sikit warna & rasa masakan)

Agar-agar Santan & Keju (dari 8 bulan++)

Bahan-bahan:

1 cawan agar² tali (dipotong pendek & disukat dalam cawan)

2 cawan air

1 cawan susu formula/susu segar

1½ cawan santan

2-3 keping keju cheddar (saya guna 3 keping, dah masuk 1 dalam periuk baru teringat nak ambil gambar😂)

Cara-cara:

  1. Renihkan agar² dalam air hingga larut
  2. Masukkan susu, santan & keju.
  3. Kacau hingga keju cair & air mendidih.
  4. Masukkan ke dalam bekas & sejukkan.

Pastikan guna cawan yang sama untuk menyukat agar² tali & air/susu/santan

Agar-agar ni rasanya lemak-lemak masin (dari santan & keju), boleh juga dimakan bersama sirap/manisan kurma.

Sirap/manisan kurma

makanan untuk anak susah makan

Puri kurma/beberapa biji buah kurma

Sedikit air

Cara-cara:

  1. Buah kurma dibuang biji/kulit (elak anak tersedak) & diblend halus
  2. Campurkan sedikit air ke dalam puri kurma (untuk cairkan & agar tak terlalu manis)
  3. Masak di atas dapur hingga mendidih.

✳bila anak dah 2 tahun++, saya gunakan sirap gula merah gantikan manisan kurma.

✳makan bersama sirap gula merah memang lebih sedap & kami 1 family pun suka.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Sumber: Yatie Eimra

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Bimbang Berat Anak Tak Naik-Naik, Ini 7 Makanan Yang Bantu Anak Jadi Bam-Bam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Bilalah Berat Badan Anak Nak Naik? Ibu-Ibu Cuba Resepi Makanan Untuk Anak Susah Makan Ini!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham