Petang Ni Boleh Cuba RESEPI KERABU Untuk Buka Puasa, Nampak Menyelerakan&Berkhasiat!

undefined

Kali ini kami kongsikan pelbagai resepi kerabu untuk anda cuba di rumah. Walaupun simple, ia nampak menyelerakan dan membuka selera!

Kerabu antara makanan paling simple  dan mudah disediakan. Malah ada yang kata kerabu ini sebagai pembuka selera. Jadi kali ini kami kongsikan resepi kerabu yang anda boleh cuba di rumah untuk menu buka puasa nanti!

Selalunya bahan-bahan yang digunakan dan cara nak buat kerabu tu lebih kurang sama je. Cuma beza dekat isi utama tu je. Ada orang suka buat kerabu yang ada sumber protein seperti daging, ayam.

Ada pula yang suka kerabu yang banyak menggunakan sayuran dan buah-buahan sebab tinggi sumber probiotik. Terpulang pada selera masing-masing. Yang pasti setiap satu tu ada khasiatnya yang tersendiri.

Resepi kerabu pelbagaikan menu buka puasa

Jom cuba resepi pembuka selera ini!

#1. Kerabu taugeh

Resepi kerabu

Kredit: cikwankitchen

Bahan-bahan:

  • Taugeh – 350 gram
  • Bawang merah – 4 biji **
  • Kerisik – 1 sudu makan
  • Jus limau nipis – 2 biji
  • Serai – 2 batang **
  • Bunga kantan – 1 kuntum **
  • Cili padi – 2 biji **
  • Udang kering – 100g (direndam dan ditumbuk halus)
  • Garam

** dihiris

Cara menyediakannya:

  1. Bersihkan taugeh kemudian celur sehingga setengah masak. Ketepikan.
  2. Tumbuk kesemua bahan kecuali taugeh. Kemudian gaul bersama taugeh sehingga sebati.
  3. Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan sedia dihidang.

#2. Kerabu kerang

Bahan-bahan: 

  • Kerang – 1kg (Bersaiz besar)
  • Pucuk paku hijau – 1 ikat (dipotong kasar)
  • Kerisik – 1 sudu makan
  • Santan pekat – 1/2 cawan
  • Jus limau kasturi – 3 biji
  • Bawang besar – 1 biji (dihiris)
  • Cili api – 10 biji **
  • Cili merah – 3 biji **
  • Belacan **
  • Garam

** dikisar bersama

Cara menyediakannya:

  1. Rebus kerang dengan sedikit ait dan garam selama 5 minit. Kemudian tus dan amik isi kerang.
  2. Petik bahagian daun hijau pucuk paku, basuh dan rebus dengan garam sehingga lembut. Kemudian tuskan.
  3. Masukkan semua bahan dan gaul rata. Sedia dihidang.

#3. Kerabu ikan bilis

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis – digoreng
  • Jus lemon – 1 biji
  • Jus limau kasturi – 6 biji
  • Sos ikan – 3 sudu besar
  • Garam dan gula secukupnya
  • Bawang besar – 1 biji **
  • Daun limau purut – 5 helai **
  • Kacang panjang – 5 batang **
  • Bunga kantan – 1 batang **
  • Cili padi – 6 biji **
  • Serai – 3 batang **

** dihiris

Cara menyediakannya:

  1. Satukan jus lemon, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
  2. Masukkan ikan bilis dan bahan-bahan yang dihiris. Kacau rata.

#4. Kerabu kerang ala thai

Resepi kerabu

Kredit: vocket

Bahan-bahan:

  • Kerang
  • Asam jawa
  • Thai palm sugar
  • Limau nipis
  • Garam
  • Daun ketumbar
  • Sos ikan
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Cili api

Cara menyediakannya:

  1. Rebus kerang sehingga masak.
  2. Tumbuk bawang putih dan cili.
  3. Campur kesemua bahan dan gaul sebati. Siap untuk dihidang.

#5. Kerabu sotong ala Taiwan

Resepi kerabu

Kredit: resepimasakanmalaysia

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (ditumbuk kasar)
  • Cili api (ditumbuk kasar)
  • Sos ikan
  • Sos tiram
  • Garam dan gula
  • Perahan air limau kasturi
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Sotong
  • Udang

Cara menyediakannya:

  1. Satu kan kesemua bahan kecuali sotong dan udang. Ketepikan.
  2. Kemudian sotong dan udang digolek-golekkan di atas kuali yg telah dipanaskan.
  3. Masukkan sotong udan udang tadi ke dalam bekas. Tuang kesemua bahan yang telah disatukan tadi ke atas sotong dan udang. Gaul sebati dan siap untuk dihidang.

#6. Kerabu telur masin ala thai

Bahan-bahan:

  • Telur masin – 3 biji (direbus dahulu)
  • Tomato – 1 biji
  • Bawang besar – 1 biji (dihiris nipis)
  • Limau kasturi – 10 biji (boleh guna cuka)
  • Cili api – 5 biji (ikut kepedasan masing-masing)
  • Daun ketumbar (dihiris halus)
  • Gula & garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

  1. Rebus telur masin sehingga masak.
  2. Kemudian gaul dengan semua bahan sampai sebati. Perasakan secukupnya.

#7. Kerabu suhun dan udang pangggang

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Sotong
  • Suhun
  • Limau nipis
  • Bawang merah (dimayang halus)
  • Cili padi (dihiris halus)
  • Kacang panjang (dipotong halus)
  • Asam jawa (ambil airnya sahaja)
  • Belacan (dibakar)
  • Garam dan gula

Cara menyediakannya:

  1. Rebus suhun sehingga masak. Angkat dan ketepikan bila sudah masak dan toskan di dalam air sejuk.
  2. Ambil jus limau nipis dan gaulkan dengan bawang merah, cili padi dan belacan.
  3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Rebuskan sotong.
  5. Gaulkan kesemua bahan iaitu sotong, suhun dan kacang panjang dengan air asam limau nipis yang sudah dibuat tadi. Kemudian ketepikan.
  6. Perapkan udang dengan garam, lada sulah dengan sedikit belacan.
  7. Panggangkan udang yang sudah diperap.
  8. Campurkan air asam jawa dengan belacan, bawang merah, air limau nipis, cili padi dan garam dan gula. Kacau hingga sebati. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba resepi kerabu untuk buka puasa petang nanti!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: anasuhana

Baca juga: Resepi Berbuka Puasa Untuk Ibu Hamil Cuba, Mudah & Cepat Disediakan, Tak Perlu Berdiri Lama

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!