Resipi Makanan Bayi 1 Tahun Yang Sedap & Berkhasiat, Confirm Si Manja Berselera Makan Banyak!

Resepi makanan bayi 1 tahun yang mudah dan tinggi nutrisi dapat membantu menaikkan berat anak dengan berkesan

Resepi makanan bayi 1 tahun sebenarnya tak sukar pun untuk dibuat oleh para ibu. Semakin anak membesar, semakin banyak jenis makanan yang mereka boleh cuba.

Jadi mulalah ibu-ibu akan mencari resepi untuk menu makanan bayi 1 tahun yang penuh menyelerakan kan? Masa inilah nak beri mereka rasa itu ini. Nak hias-hias sikit supaya mereka lebih seronok dan ‘excited’ untuk makan.

Resepi Makanan Bayi 1 Tahun

1. Sup Pasta Telur Bayi 1 Tahun

Bahan-bahan:

  • Pasta yang siap direbus
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • 1 mangkuk air
  • Sayur sawi
  • Telur
  • Serbuk bilis

Cara Penyediaan:

1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau

2. Masukkan air dan sayur sawi, kemudian pecahkan telur dan kacau sehingga masak

3. Perasakan dgn serbuk bilis dan masukkan pasta, siap! 

2. Cheezy Wedges Versi Anak 1 Tahun

Bahan-bahan Cheezy Wedges 

  • 2 biji kentang
  • 1 sudu tepung beras
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu serbuk ayam

Cara penyediaan:

  1. Kentang rebus separuh masak. Tos dan ketepikan dulu.
  2. Untuk salutan, campurkan tepung beras dan tepung jagung, serbuk ayam and sedikit air. Kacau sebati.
  3. Celup kentang atas coating tadi and goreng dalam minyak yang panas hingga garing.

Bahan-bahan sos keju jagung

  • Puree jagung
  • Cream Cheese
  • Susu fullcream

Cara penyediaan:

  1. Panaskan susu atas pan. Seterusnya masukkan cream cheese. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan purIjagung and kacau Sehingga pekat dan letakkan atas wedges tadi. Siap!

3. Nasi Goreng Telur Hancur

Makanan bayi 1 tahun ini juga sesuai sekali untuk ibu-ibu yang semakin kekeringan idea untuk mencari hidangan yang dapat membekalkan nutrisi baik untuk si kecil mereka.

Bahan-bahan untuk makanan bayi 1 tahun:

  • 1 sudu kecil mentega tanpa garam
  • Seulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji telur
  • Sedikit sayur bayam atau sawi yang dicincang halus
  • Nasi yang secukupnya

Langkah-langkah:

  1. Tumis bawang putih dengan mentega.
  2. Masukkan telur, sayur yang dicincang halus dan nasi, kemudian kacaukan sehingga masak.
  3. Apabila disuap, berikan nasi bersama kuah/sup daging.

4. Bubur Oat 

Bahan-bahan:

  • Segenggan rolled oat
  • Bawang merah / holland
  • Bawang putih satu ulas
  • Halia
  • Brokoli & carrot dicincang (sayur ni ikut kesukaan baby)
  • Isi ayam dicincang
  • Serbuk bilis
  • Minyak
  • Air 1 mangkuk kecil

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih & halia sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan ayam dan biarkan separa masak. Bila ayam dah separa masak, masukkan rolled oat yg telah dibasuh bersih dan gaul kan sekali sehingga sebati.
  3. Masukkan air dan biarkan rolled oat kembang, bila dh kembang, masukkan sayur yag dicincang. Bila dh mendidik, masukkan serbuk bilis sebagai penambah rasa semulajadi masakan baby. Biarkan sehingga sedikit pekat
  4. Agak-agak sudah pekat, ibu boleh tumis darat ( tumis bawang merah sehingga naik bau dan masukkan dalam bubur), kemudian hiaskan dengan daun bawang. Siap!

5. Bihun Sup Ayam

Bahan-bahan:

  • Bihun beras perang 
  • Stok ayam
  • Daun sup
  • Bawang goreng yang dibuat di rumah

Langkah-langkah:

  1. Celur bihun beras perang sehingga lembut. 
  2. Renehkan stok ayam kemudian masukkan bihun selama 2 minit.
  3. Akhirnya taburkan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidang
  4. Kalau nak, ibu boleh tambahkan lobak merah dan kentang ketika merenehkan stok ayam.

6. Bubur Nasi Ayam Mudah Bayi 1 Tahun

Bubur nasi menjadi salah satu menu makanan sihat untuk bayi 1 tahun. Hal ini kerana ia sesuai dihidangkan ketika si manja kurang sihat dan mampu membekalkan tenaga buat mereka.

Bahan-bahan menu makanan sihat:

  • Bawang putih yang dicincang halus
  • Halia yang dicincang halus
  • Minyak zaitun
  • Isi ayam yang dicincang 
  • Beras 
  • Stok ayam
  • Lobak yang telah disagat
  • Bunga kobis yang telah disagat

Langkah-langkah:

  1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan sedikit minyak zaitun sehingga naik bau. 
  2. Masukkan isi ayam dan gaulkan.
  3. Masukkan stok ayam ataupun air kalau tak ada stok ayam, kemudian masukkan beras, lobak dan bunga kobis.
  4. Masak sehingga semuanya lembut dan senang dimakan.

#7. Sup Telur Anak 1 Tahun

Bahan-bahan:

  • Bawang putih yang dicincang halus
  • Minyak zaitun
  • Stok ayam / air
  • Lobak yang telah di potong kecil/hiris
  • Sebji telur
  • Daun sup

Langkah-langkah:

  1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak zaitun sehingga naik bau. 
  2. Masukkan stok ayam ataupun air kalau tak ada stok ayam, kemudian masukkan lobak dan masak sehingga lembut.
  3. Pecahkan sebiji telur dan didihkan sehingga masak kemudian taburkan daun sup sebelum dihidangkan.

8. Nasi Jagung Ikan Tenggiri Bakar

Bahan-bahan:

  • 1 keping ikan tenggiri
  • Kunyit hidup
  • Bawang putih yang dicincang halus
  • Minyak zaitun
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih)
  • Sedikit mentega
  • Air secukupnya untuk memasak nasi
  • Beras
  • Jagung

Langkah-langkah:

  1. Perapkan ikan tenggiri dengan kunyit hidup dan minyak zaitun kemudian bakar dalam ketuhar ataupun air fryer sehingga masak. 
  2. Tumiskan 4 sekawan dan bawang putih dengan sedikit mentega, kemudian masukkan air, beras dan jagung. Buat seperti masak nasi biasa. Kalau nak senang, tumis terus dalam periuk nasi.

9. Nasi Lobak Merah Dan Sup Ayam Bayi 1 Tahun

Nasi lobak merah dan sup ayam juga menjadi antara cadangan makanan bayi 1 tahun biar gemuk. Hal ini kerana hidangan sebegini mengandungi khasiat yang baik buat si manja.

Bahan-bahan:

  • Bawang putih yang dicincang halus
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih)
  • Mentega
  • Lobak yang telah disagat
  • Kismis
  • Air secukupnya untuk memasak nasi
  • Beras
  • Dada ayam dan air 

Langkah-langkah:

  1. Tumiskan 4 sekawan dan bawang putih dengan sedikit mentega, kemudian masukkan air, beras dan lobak. Masak seperti masak nasi biasa. 
  2. Apabila hampir masak, taburkan kismis
  3. Sup ayam masak seperti biasa, kemudian racikkan isi daging ayam yang sudah masak.

10. Pasta Dengan Sos Tomato

Pasta dengan sos tomato sering menjadi kegemaran ramai kanak-kanak. Menu hidangan barat ini memiliki rasa yang unik dan boleh memikat selera si manja anda.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 ulas bawang putih, dihiris
  • 200g (1 cawan) sos tomato atau passata
  • 100g (2 cawan) pasta pilihan

Langkah-langkah:

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dengan api sederhana.
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tomato atau passata dan masak sehingga merenih.
  4. Kurangkan api dan masak sos tomato selama 5 minit lagi, apabila sos menjadi pekat.
  5. Masak pasta mengikut arahan paket.
  6. Tuangkan sos ke atas pasta dan hidangkan.

11. Garlic Bread With Mushroom Soup

Bahan-bahan untuk garlic bread:

  • Roti putih
  • Unsalted butter
  • Daun parsley
  • Bawang putih

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih sehingga hancur, dan gaul bersama unsalted butter dan daun parsley
  2. Kemudian sapu atas roti putih dan bakar

Cara buat mushroom soup

  • 1 cup susu full cream
  • 1/2 cup air
  • 2 sudu tepung gandum
  • Cendawan butang yang dipotong
  • Bawang holland dicincang
  • Bawang putih dicincang
  • Daun parsley
  • Serbuk ayam
  • Unsalted butter

Cara penyediaan:

  1. Tumiskan bebawang bersama unsalted butter sehingga naik bau, kemudian masukkan cendawan dan biarkan masak seketika
  2. Masukkan susu full cream , air dan tepung gandum, kacau sehingga tepung tidak berketul. Api sederhana. Apabila dh sebati, masukkan serbuk ayam dan kacau seketika sehingga mendidih. Siap!

12. Kueytiaw Kungfu

Bahan-bahan:

  • Kueyteow
  • Telur
  • Stok daging
  • Carrot
  • Sawi
  • Udang
  • Bawang putih
  • Air
  • Serbuk ayam

Cara memasak:

  1. Salutkan kueyteow bersama telur dan goreng

Bahan-bahan untuk kuah

  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan air, beef stock, udang dan sayur
  2. Apabila sudah mendidih, kecilkan api dan perasakan dengan serbuk ayam,biarkan sehingga pekat, taburkan kuah ke atas kueyteow yang digoreng tadi. Siap!

13. Makaroni Goreng Bayi 1 Tahun

Bahan-bahan:

  • Isi ayam hiris nipis-nipis
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sayur kegemaran anak
  • Cili Yitu Pes
  • Serbuk ayam & serbuk sayuran

Cara penyediaan:

  1. Tumis dulu bebawang nya hingga kekuningan
  2. Masukkan cili yitu dan juga isi ayam tumis lagi hingga garing
  3. Masukkan sayur kegemaran anak seperti carrot, kacang peas,jagung dan brokoli
  4. Akhir sekali baru masukkan macaroni yg dah di rebus lembut dan perasakan dengan serbuk ayam dan sayur sebagai perasa semula jadi. Siap!

Semua resepi makanan bayi 1 tahun di atas sangat berkhasiat kerana tidak ditambah dengan garam, gula ataupun perisa tiruan.

Selamat mencuba, ibu-ibu! 🙂

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resipi Lauk Ayam Mudah Untuk Anak-Anak Memilih Makan, Sedap Tak Terkata!

Baca juga: Doktor Kongsi Cara Naikkan Berat Badan Anak Dengan Mudah, Ibu Kena Beri Makanan Ini!

Baca juga: Bila Anak Batuk Elakkan Beri 5 Jenis Makanan Ini, Boleh Buat Jadi Lebih Berkahak & Batuk Lambat Pulih

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!