YouTuber Video Masakan Jadi Ikon, Resepi Kentang Goreng Homemade Sugu Pavithra Wajib Cuba!

undefined

Perkongsian resepi Sugu Pavithra akhirnya berjaya mengangkat dia menjadi Ikon Anak Bandaraya Ipoh Tahun 2020 yang mengiktiraf kejayaan anak jati bandaraya itu.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? Dari rasa suka-suka, kini ia menjadi pendapatan kepadanya. Tak pernah tak seronok menonton perkongsian resepi Sugu Pavithra di laman YouTube!

Video masakan daripada YouTuber terkenal, S Pavithra atau lebih dikenali sebagai Sugu Pavithra berjaya menarik lebih 700,000 pengikut di laman youtube. 

Setiap kali lepas tonton, mesti terasa ingin mencuba resepi yang dikongsikan mungkin aura Sugu Pavithra mahu penontonnya mencuba terlalu kuat, jadi jarang tak cuba kalau dah tengokkan?

Paling tidak pun bila ke kedai membeli barang keperluan rumah, pasti ada masuk dalam list barang-barang keperluan dalam resepi dikongsikan wanita itu.

Wanita itu kini diangkat sebagai Ikon Anak Bandaraya Ipoh Tahun 2020 iaitu sebuah pengiktirafan yang diberikan secara eksklusif kepada individu kelahiran bandaraya berkenaan di atas kejayaan mereka.

Resepi Sugu Pavithra bawa tuah 

resepi sugu pavithra

Kredit foto: Malay Mail

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin kejayaan wanita yang berusia 28 tahun itu patut menjadi teladan kepada orang lain.

Beliau antara 10 individu anak jati Ipoh yang tersenarai sebagai penerima anugerah berkenaan atas kejayaan masing-masing.

Walaupun majlis penganugerahan rasmi tidak dapat dilaksanakan tahun ini atas kekangan penularan wabak Covid-19, ia akan dilaksanakan pada 7 Mei tahun depan. 

Pavithra dan suaminya M Sugu mula mendapat perhatian netizen menerusi saluran YouTube mereka, Sugu Pavithra yang berkongsi pelbagai menu masyarakat India namun menggunakan bahasa Malaysia menambat hati penonton pelbagai kaum.

Sehingga kini, saluran YouTube pasangan itu sudah pun mempunyai 779,000 pengikut. Tahniah Pavithra!

Resepi kentang goreng Sugu Pavithra yang anda patut cuba!

#1. Resepi nasi beriani mamak

beriani

 

Bahan-bahan

  • 2 biji bawang merah – dihiris nipis
  • 20 biji kismis
  • 3 biji tomato – dihiris
  • 3 helai daun salam
  • Kayu manis dan bunga lawang
  • Halia dan bawang putih – ditumbuk halus
  • Sedikit biji gajus
  • Sedikit daun ketumbar
  • Daun pudina
  • Ayam dibersihkan dan dibuang kulit
  • 5 cawan beras basmathi 5 cawan
  • Rempah nasi beriani jenama Babas
  • Minyak masak (jika suka minyak sapi, boleh gunakan)

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis dan bunga lawang. Kemudian biji gajus serta kismis.
  2. Masukkan bawang merah sehingga naik bau, tambah daun salam. Seterusnya masukkan halia dan bawang yang ditumis, letak buah tomato dan masak sampai layu.
  3. Masukkan ayam dan balik-balikkan selama 5 minit dengan api sederhana. Biarkan ia separuh masak
  4. Sementara menunggu ayam masak, bersihkan beras dan toskan. Masukkan ayam dan lima cawan air (menggunakan cawan yang sama dengan beras).
  5. Masukkan tiga sudu besar rempah beriani, masukkan garam secukup rasa. Gaul sebati secara perlahan agar beras tidak hancur.
  6. Masukkan daun pudina, ketumbar dan biarkan ia masak.Siap!

#2. Resepi kari ayam mudah dan pantas

kari

 

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang merah besar
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • Ubi kentang
  • 2 biji tomato
  • Daun kari
  • Halia dan bawang putih – ditumbuk halus
  • Sedikit daun ketumbar
  • 2 helai daun pandan
  • daun kari
  • ayam
  • santan segar
  • serbuk kari ayam babas yang dimasukkan sedikit air

Cara penyediaan

  1. Masukkan minyak tumis kayu manis dan bunga lawang, masukkan bawang merah dan daun pandan
  2. Kemudian letakkan bawang putih dan halia yang ditumbuk. Masukkan daun kari, ubi kentang dan tomato.
  3. Masukkan ayam dan gaul sebati selama 5 minit
  4. Tambahkan serbuk kari cair. Biarkan mendidih dan masukkan santan, garam secukup rasa. Masukkan daun ketumbar. Dah siap!

#3. Resepi sambal udang pedas

resepi sugu pavithra

Bahan-bahan

  • Bersihkan 1/2 kilo udang, buang kulit dan urat
  • 1 biji bawang merah – dihiris nipis
  • 1 biji tomato
  • 3 batangs serai – ditumbuk
  • 2 – kayu manis
  • 2 – bunga lawang
  • Sedikit daun bawang
  • Halia dan bawang putih ditumbuk – 1 sudu
  • 5 sudu cili kering dikisar

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis dan bunga lawang. Kemudian bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan serai, halia, bawang putih yang telah ditumbuk serta tomato.
  3. Tambah 5 sudu cili kering. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan udang biarkan selama dua minit.
  4. Masukkan sedikit air. Masukkan gula dan garam. Biarkan mendidih 1 minit. Kemudian tambah hirisan daun bawang. Siap!

#4. Resepi kentang goreng homemade

resepi sugu pavithra

Bahan-bahan

  • 3 biji ubi kentang (besar) – dikupas kulit
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu serbuk cili kering
  • 1 sudu serbuk kunyit

Cara penyediaan

  1. Potong kentang menjadi bentuk jejari
  2. Rebus kentang dan letakkan sesudu garam dalam air rebusan
  3. Masak kentang hingga separuh masak dan toskan
  4. Bilas kentang yang dimasak dengan air 
  5. Masukkan kentang ke dalam freezer selama 5 minit
  6. Keluarkan kentang dan masukkan dalam mangkuk taburkan sesudu serbuk cili kering, sesudu serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Siap!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: says

Baca juga:

https://my.theasianparent.comresepi-ayam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!