Tips Rumah Bersih & Berkilat Menjelang Aidilfitri Menggunakan Vakum Dyson Digital Slim
Review Dyson Digital Slim dilengkapi dengan teknologi canggih dan terkini. Ia direka untuk ibu-ibu di Asia untuk membersihkan rumah dengan begitu mudah
Tugas mengurus dan membersihkan rumah bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika anda memiliki anak kecil. Justeru seiring dengan perubahan teknologi pada hari ini, kami kongsikan review Dyson Digital Slim yang menjadi idaman setiap suri rumah dan memudahkan urusan persiapan Aidilfitri.
Jika sebelum ini penggunaan penyapu untuk membersihkan ruang dalam rumah mungkin tidak begitu efisien dan ia memerlukan lebih banyak tenaga bagi menghilangkan habuk, kotoran serta debu pada permukaan.
Review Dyson Digital Slim, direka khas untuk ibu-ibu di Asia
Memandangkan kini kita sudah berada di bulan Ramadhan, persiapan Aidilfitri juga mungkin telah awal-awal anda fikirkan. Bagi mengelakkan tekanan akibat persediaan pada waktu akhir, apa kata lakukan sedikit demi sedikit mulai sekarang.
Selain baju raya, rumah juga perlu kelihatan kemas dan bersih. Justeru tidak hairanlah ada sesetengah golongan suri rumah sanggup menukar sofa atau langsir baru setiap tahun bagi menyambut hari raya. Namun bagaimana untuk mengatasi masalah rumah senang berhabuk dan selalu bersepah kerana anak kecil makan tumpah?
Dyson amat memahami keperluan suri rumah yang ingin memastikan rumah sentiasa bersih dalam masa singkat.
Oleh hal demikian Dyson Digital Slim vakum telah dihasilkan dengan rekaan baharu tanpa wayar, bersaiz ringan dan kuat bagi memudahkan urusan membersih rumah, sesuai untuk persiapan anda menjelang Aidilfitri ini.
”Penyedut debu yang hebat hendaklah mampu menangkap kotoran halus secara efektif, memiliki daya sedutan kuat dan konsisten. Kini kami berusaha meningkatkan teknologi pembersihan eksklusif dan menjadikan rekaan ini paling ringan tanpa perlu menghabiskan banyak tenaga,” jelas Pengasas dan Ketua Jurutera, James Dyson.
Tambahnya lagi, Dyson telah sepenuhnya meningkatkan semula rekaan dengan kepala pembersih berbulu halus, batang sikat baru ringan dan kuat, kepala pembersih yang sesuai untuk ruang sempit.
Selain itu, penyedut debu dan kotoran ini dilengkapi dengan motor ringan Dyson Hyperdymium dan 11 siklon yang tepat bagi memastikan setiap sedutan adalah efektif.
Review Dyson Digital Slim vacuum memudahkan kerja suri rumah
Rekaan khas dengan mengambil kira pengguna di negara Asia, Dyson mengutamakan tabiat pembersihan dan ergonomi melalui alat penyedut debu tanpa wayar.
Bukan itu sahaja, para jurutera Dyson turut mendapati pembersihan lebih kerap berlaku di rumah-rumah Asia dan pengguna amat memerlukan alat yang mampu menangkap habuk dan debu secara optimum.
Dalam mengembangkan Dyson Vakum Digital Slim ini, jurutera telah memfokuskan kepada ciptaan mesin yang lebih ringan, sesuai dengan rutin pembersihan kerap. Tongkat lebih pendek amat sesuai untuk pengguna berbadan kecil dan kuasa sedutan kuat mampu membersihkan permukaan.
Antara ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada vakum Dyson Digital Slim ini ialah:
#1. Dilengkapi dengan teknologi terkini
Vakuum Dyson Digital Slim mempunyai ciri teknologi berprestasi tinggi dari vakum tanpa wayar Dyson V11, namun 20% lebih kecil dan 30% lebih ringan. Ia turut memiliki kepala pembersih roller lembut serta motor Dyson Hyperdymium menghasilkan aliran udara kuat.
Keunikan mesin ini adalah ia memiliki kecekapan dalam mengurangkan tenaga dan memastikan penangkapan zarah halus sekecil 0.3 mirkonvi secara efisien.
#2. Kepala pembersih roller lembut yang lebih ringan
Jurutera Dyson juga menyediakan filamen serat karbon di bahagian kepala pembersih berbanding menggunakan pelekat dan sekaligus menjadikan ia sangat ringan. Vakum Dyson Digital Slim ini turut memiliki capaian yang serupa dengan V11 iaitu bebas tali, mampu menyedut serpihan besar dan habuk halus secara serentak.
Jalur aliran udara melalui batang pembersih juga direka semula bagi mewujudkan laluan lebih langsung dari permukaan ke leher kepala pembersih.
#3. Badan ringan dan tongkat lebih kecil
Batang pemegang vakum Dyson Digital Slim lebih pendek 15 peratus dan nipis 6.3mm berbanding siri Dyson V11. Motornya boleh berputar sehingga 120,000 rpm dan menghasilkan sedutan yang kuat.
#4. Memiliki 11 siklon
Pada 100,000g, 11 siklon yang digulung telah dirancang semula agar sesuai dengan mesin dan memastikan ia mengeluarkan lebih banyak habuk serta kotoran dari aliran udara.
Sebagai siklon yang sempit, udara dipercepat bagi menghasilkan daya sentrifugal untuk menangkap zarah halus. Siklon yang berfungsi dengan baik adalah kunci agar tidak kehilangan sedutan. Ini bermakna debu yang kurang halus akan ditolak ke penapis motor pra/pasca.
Ia adalah rekaan yang pintar dengan layar LCD yang menunjukkan mod pembersihan dengan menawarkan peringatan penyelenggaraan penapis dan laporan jika tersumbat. Lingkaran pemegang yang dibuat lebih kecil membuatkan cengkaman lebih mudah serta selesa bagi pengguna bertangan kecil.
Bagi info lanjut dan tujuan pembelian, anda boleh terus layari www.dyson.my/ atau terus ke Dyson Demo stores di The Gardens Mall and Mid Valley Southkey.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Sebab Kenapa Mak-Mak Perlu Ada Vakum Dyson V11, Mudah Kerja Nak Kemas Satu Rumah!