Ibu Dan Bayi Maut Apabila Doktor Yang Membedah Dikatakan Mabuk!

undefined

Seorang ibu dan anak dalam kandungan meninggal dunia kerana dikatakan doktor yang melakukan pembedahan sedang dalam keadaaan mabuk.

Apa-apa pembedahan pun, semua ada risikonya. Ini termasuk risiko bersalin secara pembedahan, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan dua nyawa.

Kerana itu, ia perlu dilakukan oleh doktor berpengalaman. Lain pula yang berlaku pada bakal ibu dan bayinya yang mati selepas melakukan pembedahan czer ini. Doktor yang melakukan pembedahan dikatakan mabuk!

Risiko bersalin secara pembedahan: Ibu mati bersalin czer kerana doktor mabuk

Kamini Chachi yang ketika ini sedang sakit bersalin telah dimasukkan ke hospital kerajaan di Gujarat, India pada hari Isnin, 26 November lalu.

Doktor Paresh Lakhani yang telah bekerja di hospital tersebut selama 15 tahun melakukan pembedahan caesarian pada ibu muda ini. Tapi bayi yang dilahirkan telah meninggal dan Kamini mengalami pendarahan yang banyak.

Keluarganya kemudian mengambil keputusan untuk memindahkan Kamini ke hospital swasta, tapi dia telah meninggal dalam perjalanan ke sana.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/Caesarean section operation  cutting the umbilical cord 8Feb2011.jpg Bayi maut selepas doktor tak sengaja terpotong kepalanya ketika C section

Kredit: Wikimedia Commons

Saudara-mara Kamini menuduh Paresh mabuk semasa menjalankan pembedahan hingga menyebabkan kematian ibu dan bayi ini. Mereka telah memberitahu pihak polis yang mereka percaya doktor tersebut mabuk.

Ujian pernafasan alkohol telah dilakukan oleh pihak polis, dan ternyata polis mengesahkan yang doktor ini mabuk!

Pegawai polis Botad, Harshad Mehta memberitahu India Today,

“Polis menemui yang doktor ini mabuk semasa bertugas. Dia telah ditahan di bawah Akta Larangan dan sampel darahnya telah dihantar untuk diperiksa.”

Sementara itu, bedah siasat ke atas ibu dan anak ini telah diminta untuk mengetahui punca kematian mereka – sama ada kerana kecuaian perubatan atau faktor lain.
 
risiko bersalin secara pembedahan, risiko bersalin caesar, risiko bersalin secara czer, risiko bersalin bedah, risiko bersalin pembedahan,

Apa risiko bersalin secara pembedahan?

Anda mungkin sedang mengandung dan merancang untuk melakukan pembedahan. Dah tentu berita sebegini akan buat anda cemas.

Jangan risau kerana pembedahan Caesarean adalah pembedahan yang paling biasa dilakukan di seluruh dunia, setiap hari. Tapi, anda perlu persiapkan diri anda dengan mengetahui potensi risiko bersalin secara pembedahan ini.

1. Masalah pernafasan pada bayi

Dalam pembedahan ceasar, lebih-lebih lagi pembedahan yang dirancang, isu seperti pernafasan yang cepat boleh berlaku bila paru-paru bayi masih belum berkembang sepenuhnya.

2. Radang dan jangkitan pada rahim

Juga dikenali sebagai endometritis, radang dan jangkitan pada rahim boleh menyebabkan demam panas, sakit uterus dan keputihan vagina yang busuk.

3. Pendarahan teruk

Semasa bersalin secara pembedahan, ibu lebih berisiko untuk hilang darah dari bersalin secara normal.

4. Reaksi buruk terhadap anestasia

Walapun jarang, beberapa ibu mengalami reaksi buruk terhadap anestasia biasa seperti epidural.

5. Darah tersumbat

Darah boleh tersumbat di dalam urat, kaki atau organ pelvik. Ia boleh menjadi bahaya dan  mengancam nyawa bila ia merebak ke paru-paru, dikenali sebagai embolisme pulmonari.

Ini adalah sebab kenapa doktor galakkan berjalan dan ambulasi selepas pembedahan.

6. Jangkitan luka

Jangkitan luka biasanta terjadi pada bahagian insisi atau dalam rahim.

7. Luka pembedahan

Selain dari luka dan calar pada badan bayi, ada juga risiko merosakkan organ dalaman yang berdekatan seperti punci kencing.

Selain itu juga, risiko bersalin secara pembedahan boleh membuatkan kandungan seterusya menjadi lebih berisiko. Selepas czer, ibu boleh mendapat masalah seperti uri pecah,

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel asal diurlis oleh Nalika Unantenne dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga:

Semua Yang Anda Patut Tahu Tentang Penjagaan Lepas C-Section

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!