Pembedahan c-section
Kira-kira 3 daripada 10 kehamilan berakhir dengan pembedahan c-section.
Jom lengkapkan diri anda dengan ilmu untuk menjadikan proses pemulihan c-section lebih mudah dan lebih cepat.
Proses pemulihan c-section bukanlah sesuatu yang ramai bersedia tempuhi. Selalunya, anda tidak jangka ia pun!
Anda rasa sakit, seperti kontraksi. Anda siapkan beg hospital, teruja untuk masuk bilik bersalin. Segala pelan bersalin berjalan lancar dan anda tidak sabar untuk berjumpa si kecil.
Dalam bilik bersalin, satu jam bertukar menjadi 15 jam. Tiba-tiba sudah ada topeng gas oksigen dan anda ditolak ke dewan bedah untuk pembedahan c-section.
Ia bukan sebahagian dari rancangan anda. Anda tidak tahu apa yang akan dilalui selepas pembedahan, apatah lagi proses pemulihan c-section. Percayalah, anda tidak keseorangan.
Pembedahan c-section sedang dijalankan. Foto ehsan flickr
Menurut Kementerian Kesihatan, lebih kurang 30.5% wanita bersalin melalui pembedahan c-section. Dan angka itu semakin meningkat.
Sebelum kita pergi lebih jauh mengenai proses pemulihan c-section, berikut adalah sedikit penerangan tentang apa yang terjadi semasa pembedahan c-section.
Apa yang terjadi waktu pembedahan c-section?
Pembedahan caesarean, juga dikenali sebagai c-section, adalah pembedahan major yang membelah bahagian bawah abdomen dan uterus.
Belah dibuat di bahagian dinding abdomen dan otot perut ditarik untuk mencapai uterus. Selepas bayi dan plasenta dikeluarkan, uterus dan belahan tadi akan dijahit secara berlapis-lapis.
Pemulihan c-section sudah tentu tidak sepantas pembedahan itu sendiri.
Jangan risau ibu-ibu. Proses pemulihan c-section memang penting untuk anda, tapi ia tidaklah menakutkan seperti yang disangka.
Dr. Ann Tan, dari Pusat Kesuburan Wanita dan Janin, Pusat Perubatan Mount Elizabeth telah menjawab beberapa soalan yang kerap ditanya oleh para ibu tentang proses pemulihan pembedahan dan berkongsi beberapa tip penjagaan seperti di bawah ini:
1. Pergerakan selepas pembedahan
Kredit: The Bump
Jangan sangka anda boleh terus berjalan dalam beberapa jam selepas pembedahan. Berehat penting untuk memastikan luka anda sembuh.
Pesakit perlu berehat di katil selama 12 hingga 24 jam selepas pembedahan.
Hari pertama proses pemulihan c-section adalah hari yang anda paling kurang bergerak, dengan ubat tahan sakit yang masih kuat dalam sistem anda.
Namun, bagi sesetengah ibu, mereka akan tetap berasa sakit yang juga bergantung kepada saiz belahan.
Anda akan dimasukkan air supaya kekal hidrat dan saluran kencing dipasang supaya pundi kencing kekal kosong. Bayangkan anda terpaksa bangun untuk ke tandas di kala sedang sakit?
Dr. Tan menyarankan pesakit untuk berjalan sehari selepas pembedahan. Pergerakan amat penting untuk menghalang deep venous thrombosis (DVT).
DVT ialah di mana darah terkumpul di urat dalam di kaki anda.
Walaupun anda tidak boleh berjalan pada 24 jam yang pertama, anda boleh bergerak. Lebih cepat anda bergerak, lebih cepat badan anda kembali normal.
2. Duduk, berdiri atau berjalan?
Cara bangun selepas pembedahan c-section. Foto ehsan balancing birth to baby
Proses pemulihan c-section adalah secara berperingkat.
Anda boleh duduk beberapa jam selepas pembedahan, tapi hati-hati untuk tidak menggunakan kekuatan abdomen.
Jangan letakkan beban pada bahagian abdomen.
Para jururawat menunjukkan cara untuk berpusing mengiring sebelum anda mula mengangkat badan secara perlahan-lahan.
Bermula dengan menurunkan kaki untuk menampung anda mengangkat badan anda tanpa menggunakan otot perut.
Perkara yang sama juga ketika anda ingin bangun dari katil dan mula berjalan. Dan jangan terkejut apabila berdiri di atas lantai, anda rasa pening.
Ini kerana anda telah baring selama 24jam dengan ubat-ubatan, sudah tentu badan anda memerlukan masa.
Kunci utama untuk pulih dari c-section ialah dengan mengambil masa. Pegang pada sesuatu, bergantung pada seseorang, dapatkan sokongan.
3. Makan dan minum?
Antara benda pertama sekali selepas sedar dari pembedahan ialah kelaparan. Tetapi, bersedialah wahai para ibu, makanan adalah benda yang anda terpaksa tahan untuk sementara.
Bergantung pada keadaan seseorang, anda akan dilarang untuk makan beberapa jam hingga keesokkan harinya.
Kemudian, anda akan disarankan untuk mula dengan makanan lembut. Ini untuk mengelakkan anda muntah. Muntah akan menyebabkan luka terbuka dan luka semakin teruk.
Jadi, walaupun anda sangat lapar, tolong bertahan demi proses pemulihan yang lancar!
4. Memandu
Kredit: New Health Advisor
Ya, tugas seorang ibu memang banyak dan tak akan habis. Hantar anak ke sekolah, ke kelas berenang, kelas muzik, kemudian ambil mereka semula.
Tapi, untuk beberapa minggu, elakkan memandu. Ia boleh menyebabkan anda mengguna otot perut untuk menekan pedal atau brek mengejut yang boleh membahayakan.
5. Boleh saya bersenam?
Dengan badan yang naik akibat hamil, tentu saja anda terpanggil untuk mula bersenam. Kami faham, sangat faham. Tapi, anda perlu memberi badan anda masa untuk pulih.
Beri badan anda 6 minggu sebelum mula bersenam.
Para ibu selalunya fokus untuk menurunkan berat badan. Sedangkan menurut Dr Tan, mereka perlu fokus kepada kekuatan badan dan senaman pelvik.
Perlu diingat, tidak semua badan adalah sama. Ada yang memerlukan seminggu dua untuk kembali ke badan sebelum hamil. Tetapi ada yang memerlukan lebih dari itu.
Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Jangan risau, jangan rasa tidak yakin dengan badan anda. Terdapat pelbagai fesyen sekarang yang boleh membantu.
6. Bagaimana dengan seks?
Kredit: topclassactions.com
Sabar… proses pemulihan c-section sedang berjalan. Menurut Dr Tan, seks sama seperti bersenam.
Tergesa-gesa melakukan hubungan seks boleh menyebabkan risiko jangkitan, cedera atau pendarahan.
Juga, risiko untuk hamil sekali lagi sebelum berakhirnya tempoh berpantang anda!
7. Hamil lagi?
Berikan badan sekurang-kurangnya 18 bulan untuk rehat.
Bukan mudah badan untuk betul-betul pulih, jadi sebelum beri badan anda bekerja dengan kondisi hamil semula, pulihkan badan sebetulnya dahulu.
8. Urut selepas bersalin
Memang para ibu yang melalui c-section perlu lebih berhati-hati. Namun ini tidak menjadi batu penghalang untuk mereka mendapatkan urutan selepas bersalin.
Namun begitu, periksa dengan doktor terlebih dahulu sama ada badan anda sudah bersedia untuk di urut. Selalunya, doktor akan menasihatkan untuk menunggu beberapa minggu selepas bersalin sebelum mendapatkan urutan.
Jika ibu mencari khidmat pakej pantang selepas bersalin, kami ada senaraikan yang terbaik di sini.
Tip berada dalam proses pemulihan c-section
1.Diet
Dr. Tan sangat menyarankan pemakanan tinggi protein dan lemak baik untuk sembuh.
Zink dan Vitamin C adalah mikronutriet yang akan membantu pemulihan tisu. Sesetengah doktor juga akan menyarankan Vitamin E untuk membantu luka sembuh.
2. Penjagaan jahitan
Plaster khas untuk luka jahitan c-section. Foto ehsan babycenter
Semasa di hospital, jururawat akan membersihkan luka anda dengan antiseptik setiap hari. Dan sebelum diberi pulang, anda akan dibekalkan dengan ubatan untuk memastikan luka anda kering.
Selalunya, ia akan ditutup dengan plaster yang boleh menghalang air dari terkena luka.
Elak luka terkena sabun. Dalam masa 7 hingga 10 hari, doktor akan membuka jahitan dan memberikan krim kolagen atau krim lain untuk membantu menghalang keloids dari terjadi.
3. Bengkung bedah
Sesetengah doktor akan memberi bengkung khas untuk mereka yang menjalani pembedahan.
Bengkung ini sangat membantu mereka yang telah menjalani pembedahan c-section. Kerana ia akan membantu mengurangkan kesan pergerakan
Apabila anda batuk atau bersin, bengkung ini adalah penyelamat.
Dr. Tan telah memesan untuk mereka yang menjalani pembedahan c-section:
Parut c-section. Foto ehsan medical news today
Bersabarlah. Bayi anda mengambil masa 9 bulan untuk terbentuk dan membesar dalam anda.
Perut anda merenggang secara semula jadi. Walaupun c-section membuatkan bayi anda kelihatan seperti mereka keluar dari bag, otot perut anda tidak akan mengecut seperti spring.
Masa diperlukan untuk kesan c-section pulih perlahan-lahan. Jadi, jangan terlalu memaksa badan anda dan ambil masa untuk pulih.
Kami ada senaraikan produk untuk bantu percepatkan pemulihan luka jahitan czer untuk ibu yang baru bersalin dengan kaedah czer di sini.
Sumber: theAsianParent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Soalan Yang Kerap Ditanya Tentang Pembedahan C-Section Dan Wajib Diketahui Ibu Hamil
6 Mitos Tentang Pembedahan Caesarean Yang Terbukti Salah Dan Tak Patut Dipercayai!
10 Foto Intim Pembedahan Caesarean Dan Kisah Luar Biasa Di Sebaliknya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!