X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Foto Intim Pembedahan Caesarean Dan Kisah Luar Biasa Di Sebaliknya

4 min bacaan
10 Foto Intim Pembedahan Caesarean Dan Kisah Luar Biasa Di Sebaliknya

Proses bersalin secara caesarean bukanlah jalan mudah untuk melalui sebuah proses kelahiran. Foto-foto melahirkan secara caesarean dan kisah disebaliknya ini adalah salah satu buktinya.

Melahirkan adalah satu pengalaman yang sangat menyakitkan, tetapi juga paling memuaskan dalam hidup seorang wanita.

Tiada kata yang dapat menggambarkan sepenuhnya tentang keberanian, kesabaran dan perjuangan dalam melahirkan seorang insan ke dunia.

Sebab itu, berbanding kata-kata, kami kongsikan sepuluh foto proses kelahiran secara caesarean yang dapat memberikan gambaran nyata tentang bagaimana luar biasanya proses tersebut yang dilalui oleh seorang ibu.

Koleksi foto-foto ini adalah sebahagian daripada komuniti fotografi kelahiran yang dipanggil Birth Becomes Her.

Ramai orang beranggapan bahawa melahirkan secara normal adalah lebih mencabar berbanding melahirkan secara caesarean.

Nah, lihatlah foto-foto proses melahirkan secara caesarean ini dan kisah menakjubkan disebaliknya, dan lupakan semua kata-kata aneh seperti itu.

1.

gambar pembedahan caesarean-1

Foto: Ker-Fox Photography

Gambar yang satu ini mampu membuatkan kita lupa untuk menarik nafas buat beberapa saat. Dalam satu foto, kita dapat melihat kisah indah dari dua bahagian.

Bahagian bawahnya adalah cabaran yang dialami oleh si ibu, dan bahagian atas menunjukkan kepuasan setelah menatap bayinya buat pertama kali.

Jangan dilupakan juga tangan si ayah yang melengkapi gambar ini secara harmoni dan menenangkan sekali.

2.

gambar pembedahan caesarean-2

Foto: Bree Line

Ini satu foto yang sangat sweet bukan? Ekspresi gembira wajah si ibu saat si kecilnya disuakan kepadanya ini sungguh tidak ternilai harganya. 

Bayi ini dilahirkan melalui proses pembedahan caesarean. Tetapi, secara jujurnya, adakah itu penting!?

3.

gambar pembedahan caesarean-3

Foto: The Sophia Co

Bayi ini enggan dilahirkan secara mudah ke dunia. Ibunya sudah berjuang berjam-jam lamanya, sementara kepala si bayi masih lagi tidak mahu keluar dari pintu rahim.

Saat itulah doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan caesarean. Dan, inilah dia! Si kecil yang menawan!

4.

gambar pembedahan caesarean-4

Foto: Birth Is Beautiful – Captured by Ina

Ketika bayi lahir, rasa gembira itu tidak hanya terbatas kepada kedua ibu bapanya. Para doktor dan jururawat juga akan menunjukkan rasa gembira yang sama.

Dalam foto ini, si ibu baru menyentuh bayinya buat pertama kali. Dalam kata-kata jurugambar itu sendiri, “Ini momen terindah, suci dan emosional yang pernah saya dokumentasikan terakam sewaktu proses melahirkan secara caesarean.”

5.

gambar pembedahan caesarean-5

Foto: Monet Nicole

Si ibu ini berusaha untuk mengintai melalui tirai dan menyaksikan ciptaan-Nya setelah melalui proses kelahiran caesarean yang sukar. Foto yang ringkas ini berjaya merakam kegembiraan yang suci.

Stories Rakan Kongsi
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
How Travelling Makes Kids More Resilient
How Travelling Makes Kids More Resilient
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

6.

gambar pembedahan caesarean-6

Foto: Anya Wait

Pembedahan caesarean ini telah dirancang terlebih awal walaupun bayi ini telah diberitahu tidak akan dapat terus hidup. Si bayi mengalami anencephaly, satu keadaan di mana sebahagian besar otak yang terbentuk semasa perkembangan embrio telah hilang.

Ibu kepada anak syurga ini tetap mahu bayinya dilahirkan pada waktunya supaya organnya dapat didermakan. Sungguh luar biasa keberaniannya.

7.

gambar pembedahan caesarean-7

Foto: Danielle Hobbs

Bayi perempuan cantik ini lahir melalui pembedahan caesarean setelah proses pembukaan terhenti pada tujuh sentimeter selama lebih lima jam. Ketika si kecil itu akhirnya lahir, ayah ibunya tidak dapat menahan kegembiraan mereka.

8.

gambar pembedahan caesarean-8

Foto: Fox Valley Birth and Baby

Si jurugambar telah menamai gambar ini dengan sempurna – “Jika ini tidak dapat dikatakan sebagai menghasilkan kehidupan baru, jadi saya tidak tahu apa lagi yang dapat menyatakannya!”

9.

gambar pembedahan caesarean-9

Foto: Brittany Brooks

Foto ini menunjukkan proses melahirkan secara caesarean yang mesra keluarga, juga dikenali sebagai gentle c-section. Amalan ini semakin popular di kalangan komuniti yang melahirkan.

Proses ini tertumpu kepada memberi si ibu pengalaman melahirkan yang selayaknya secara normal walaupun sedang menjalani pembedahan.

Lihat prosesnya: [Video] Gentle C-Section; Membiarkan Bayi Keluar Sendiri dari Rahim Seperti Persalinan Normal

10.

gambar pembedahan caesarean-10

Foto: Kimberlin Gray Photography

Inilah maksud “Bayi dari syurga yang dihantar ke bumi.” Hasil rakaman yang menakjubkan tentang hubungan kulit-ke-kulit pertama si ibu dengan bayinya ini melambangkan ikatan suci antara kedua-duanya. Foto ini benar-benar mencairkan hati, kan?

***

Para ibu di seluruh dunia, apa yang telah atau akan anda lalui tidaklah mudah. Anda adalah sebab mengapa manusia percaya kepada keajaiban.

Anda adalah lambang kekuatan yang menguasai dunia ini. Anda cantik, dan bekas luka di perut anda itu adalah tanda keberanian. Ia adalah simbol kepada kehidupan generasi di masa hadapan.

Sumber: Asian Parent Indonesia

Baca juga:

10 Perkara Untuk Dijangkakan Sekiranya Anda Melalui C-Seksyen

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Caesarean
  • /
  • 10 Foto Intim Pembedahan Caesarean Dan Kisah Luar Biasa Di Sebaliknya
Kongsikan:
  • 3 Sebab Kenapa Anda Jalani Caesarean Di Hospital, Bukan Suka-Suka Pilih Cara Ini Ya!

    3 Sebab Kenapa Anda Jalani Caesarean Di Hospital, Bukan Suka-Suka Pilih Cara Ini Ya!

  • 10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean

    10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean

  • Makanan Berpantang Czer Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil, Bantu Cepatkan Luka Sembuh

    Makanan Berpantang Czer Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil, Bantu Cepatkan Luka Sembuh

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 3 Sebab Kenapa Anda Jalani Caesarean Di Hospital, Bukan Suka-Suka Pilih Cara Ini Ya!

    3 Sebab Kenapa Anda Jalani Caesarean Di Hospital, Bukan Suka-Suka Pilih Cara Ini Ya!

  • 10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean

    10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean

  • Makanan Berpantang Czer Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil, Bantu Cepatkan Luka Sembuh

    Makanan Berpantang Czer Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil, Bantu Cepatkan Luka Sembuh

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.