X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Suntikan Epidural TAK PATUT DIAMBIL sebab 9 perkara ini

4 min bacaan
Suntikan Epidural TAK PATUT DIAMBIL sebab 9 perkara ini

Suntikan epidural adalah bius yang diberi untuk mengurangkan rasa sakit bersalin. Tapi, kajian membuktikan epidural memberi 9 kesan ini pada anda dan bayi!

Suntikan epidural untuk ibu hamil

Suntikan epidural adalah kaedah paling biasa dan pilihan kebanyakan wanita hamil untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin.

Ubat bius yang dimasukkan ke dalam ruang kecil di belakang badan ini akan mengebaskan bahagian bawah badan ibu supaya berasa lebih selesa. 

Namun, di sini saya ingin menjelaskan bahawa saya sebenarnya bukan anti suntikan epidural.

Sebaliknya, saya cuma ingin berkongsi ilmu supaya ibu-ibu boleh melakukan pilihan yang paling sesuai untuk mereka.

Berikut adalah 9 sebab mengapa ibu hamil TAK PATUT mengambil suntikan epidural, seperti yang dijelaskan Metropolitan Mum:

#1 Epidural akan menyekat pergerakan anda 

Ibu akan dilekatkan dengan cecair IV, kateter pundi kencing, dan mesin untuk memantau janin sepenuh masa.

Ibu hamil juga tidak akan dapat mengawal kontraksi perut semulajadi.

“Apabila ibu terlantar atas katil sepanjang masa, ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi termasuk: tekanan pada janin, kadar denyutan jantung janin rendah, dan kesukaran janin untuk menukarkan posisi ke kedudukan anterior untuk kelahiran, kata Deena Blumenfeld, Guru Yoga Pranatal Berdaftar di Pittsburgh.

#2 Boleh menurunkan tekanan darah ibu

Suntikan Epidural TAK PATUT DIAMBIL sebab 9 perkara ini

Memeriksa tekanan darah ibu apabila suntikan epidural diberi. Sumber gambar: healthywomen.org

Penurunan tekanan darah yang mendadak adalah kesan sampingan yang paling biasa apabila menggunakan epidural. 

Sebab itu tekanan darah ibu perlu dipantau sepanjang ubat bius ini diberi untuk memastikan janin tidak kekurangan oksigen.

#3 Suntikan epidural boleh menaikkan risiko demam

Satu kajian baru-baru ini mendapati lebih daripada 19% wanita telah demam selepas menerima epidural semasa melahirkan anak.

Apabila ibu demam, kadar denyutan jantung untuk kedua-dua ibu dan janin akan menjadi lebih cepat.

Kadang-kadang ini boleh dianggap sebagai tanda tekanan pada janin dan menyebabkan doktor akan mencadangkan ibu hamil untuk melalui pembedahan.

#4 Boleh menyebabkan sakit kepala

Ramai wanita juga mengadu mereka mengalami sakit kepala yang teruk dan berterusan selepas diberi suntikan epidural.

Blumenfield mengatakan ini boleh berlaku apabila suntikan dimasukkan terlalu jauh ke dalam.

“Ini menyebabkan cecair spinal (tulang belakang) naik hingga ke otak dan menyebabkan sakit kepala spinal. Kesakitan yang dialami agak teruk, boleh menghindar kegiatan harian dan boleh bertahan berjam-jam atau selama beberapa hari.”

#5 Melambatkan kelahiran

suntikan epidural

Sumber gambar: Wikimedia

Epidural adalah satu punca mengapa ibu hamil mengambil masa yang lama apabila tiba masa untuk melahirkan anak. 

Ini kerana ubat tahan sakit ini memberi kesan kepada hormon oksitosin yang membantu kelahiran, serta menghalang ibu daripada menolak dengan efektif. 

Apabila bahagian bawah ibu kebas, ibu hamil tak akan tahu bila masa untuk mula menolak.

#6 Meningkatkan risiko wanita bersalin dengan bantuan alat

Bayi epidural mempunyai risiko lebih tinggi untuk dilahirkan secara forsep, vakum, atau alat lain yang boleh meningkatkan ketidakselesaan bagi ibu dan bayi, kata kajian ini. 

Penggunaan alat bantuan semasa melahirkan anak juga boleh meningkatkan kemungkinan vagina koyak.

#7 Masa pemulihan yang lebih panjang

“Wanita yang melahirkan anak tanpa ubat bius boleh pulih lebih cepat berbanding dengan wanita yang memakai ubat bius.

Saya tak koyak dengan teruk kerana saya dapat merasakan semuanya dan mengawal cara untuk menolak semasa melahirkan anak saya,” kata Elizabeth Chabner Thompson, MD, ibu kepada 4 orang anak.

Apabila badan anda lebih cepat pulih, adalah lebih senang untuk jaga anak yang lain dan anak yang baru lahir. 

#8 Suntikan epidural boleh menghalang penyusuan awal

Suntikan Epidural TAK PATUT DIAMBIL sebab 9 perkara ini

Gambar bayi baru lahir yang sedang menyusu. Gambar milik Natalie Carstens

Kajian mendapati epidural mungkin boleh menghalang penyusuan pada peringkat awal disebabkan hormon oksitosin yang terjejas.

Hormon ini tidak hanya membantu semasa kelahiran anak, malah ia juga boleh merangsangkan susu ibu dan menggalakkan ikatan yang sihat antara ibu dan anak.

#9 Kesan sampingan lain yang memudaratkan

Ibu-ibu pernah mengadu rasa loya, gatal-gatal, sakit belakang, dan kesukaran untuk mengawal rasa kencing selepas pemberian epidural.

Kesan epidural pada bayi juga tidak diketahui, tetapi kita tahu bahawa ubat ini akan masuk ke dalam aliran darah bayi.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu hamil yang bakal bersalin di luar sana untuk membuat keputusan yang tepat.

Selamat berjaya, ibu semua! Semoga semuanya selamat saja untuk anda dan anak-anak.

Sumber: Metropolitan Mama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Epidural boleh mengurangkan kemungkinan kemurungan selepas bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Sebelum & Proses Bersalin
  • /
  • Suntikan Epidural TAK PATUT DIAMBIL sebab 9 perkara ini
Kongsikan:
  • 10 Kesan Epidural Selepas Bersalin, Rujuk Doktor Jika Berlanjutan & Makin Teruk

    10 Kesan Epidural Selepas Bersalin, Rujuk Doktor Jika Berlanjutan & Makin Teruk

  • Jarum epidural 14 tahun lalu ditemui pada tulang belakang, ibu ini alami kerosakan saraf!

    Jarum epidural 14 tahun lalu ditemui pada tulang belakang, ibu ini alami kerosakan saraf!

  • Sakit Bawah Perut Ketika Hamil Normal Atau Tidak? Ini Cara Para Wanita Boleh Atasinya

    Sakit Bawah Perut Ketika Hamil Normal Atau Tidak? Ini Cara Para Wanita Boleh Atasinya

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 10 Kesan Epidural Selepas Bersalin, Rujuk Doktor Jika Berlanjutan & Makin Teruk

    10 Kesan Epidural Selepas Bersalin, Rujuk Doktor Jika Berlanjutan & Makin Teruk

  • Jarum epidural 14 tahun lalu ditemui pada tulang belakang, ibu ini alami kerosakan saraf!

    Jarum epidural 14 tahun lalu ditemui pada tulang belakang, ibu ini alami kerosakan saraf!

  • Sakit Bawah Perut Ketika Hamil Normal Atau Tidak? Ini Cara Para Wanita Boleh Atasinya

    Sakit Bawah Perut Ketika Hamil Normal Atau Tidak? Ini Cara Para Wanita Boleh Atasinya

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.