Nak Elak Sakit Terlalu Lama Dalam Bilik Bersalin? Ini 6 Makanan Yang Boleh Anda Ambil Semasa Kontraksi

undefined

Tiada siapa yang dapat lari daripada merasai rasa sakit semasa bersalin. Namun, selain dari berjalan, ini beberapa makanan untuk bantu proses kelahiran.

Sakit semasa bersalin merupakan saat yang paling sukar dilupakan bagi sesetengah wanita yang melahirkan bayi, sama ada secara normal mahupun pembedahan czer. Namun, wanita tidak pernah berasa takut dengan hal tersebut dan sanggup melahirkan lagi zuriat yang seterusnya buat suami. 

   

Biasanya sakit semasa bersalin yang teruk dialami bagi mereka yang baru pertama kali mengandung tapi untuk yang sudah berpengalaman mungkin perkara ini tidak menjadi masalah kerana bukaan pintu rahim sudah ada dan terbiasa dengan hal tersebut.

Sakit beranak ini terpaksa anda jalani hampir berjam-jam lamanya dan ada juga yang menanggung berhari-hari sehingga bayi selamat dilahirkan.

Bahkan, jika jalan langsung tak buka atau terlalu perlahan maka doktor akan mempertimbangkan untuk memberi suntikan induce bagi merancakkan lagi pembukaan pintu serviks.

Menurut Dr. Hafiz Sulaiman yang pernah mendapat latihan praktikal dalam wad bersalin mengatakan dia pernah menjaga seorang pesakit yang mengalami kontraksi teruk terutama selepas ubat cepatkan bersalin diberikan. Apa yang dilakukan pesakitnya itu serba tak kena. Duduk rasa sakit, baring rasa tak selesa dan sebagainya.

Atas sebab itu, beliau kongsikan beberapa makanan yang dapat membantu proses bersalin jadi lebih cepat.

Walaubagaimanapun, ambil ia sewaktu bukaan semakin besar dan atas nasihat doktor.

6 makanan yang bantu cepatkan sakit semasa bersalin

#1. Minyak kelapa

makanan cepat bersalin

Minyak kelapa dara (VCO) ini diperkaya dengan lemak MCT iaitu yang memberi tambahan tenaga segera manakala lemak LCT pula, memberi tenaga berpanjangan.

Apabila ibu yang hendak bersalin amalkan VCO ini pastinya anda dapat menambah tenaga tanpa perlu ambil minuman manis.

#2. Buah kurma

Dalam Al-Quran ada mengisahkan tentang Maryam A.S iaitu ibu kepada Nabi Isa A.S yang mengalami sakit kuat semasa ingin melahirkannya sehingga Allah perintahkan Maryam mengoncang pokok kurma.

Apatah lagi dalam kajian juga menunjukkan pesakit yang makan kurma dalam masa empat minggu sebelum tarikh kelahiran akan mengalami:

  • 96 peratus kelahiran spontan tanpa induce atau pembedahan berbanding 79 peratus yang tidak makan kurma.
  • 28 peratus memerlukan penggalak kelahiran (oxytocin/pitocin) berbanding 47 peratus yang tidak makan kurma.
  • Manakala purata kelahiran juga lebih singkat berbanding mereka yang tidak makan kurma.

#3. Evening primerose Oil (EPO)

makanan cepatkan bukaan

EPO yang mempunyai omega 6 dapat meningkatkan keradangan yang bermaksud melembutkan bukaan serviks dan kajian juga menunjukkan tiada kesan yang ketara boleh berlaku. Apapun, ambil ia semasa kontraksi sudah mula terjadi. 

#4. Bahagian tengah nenas 

Empulur nenas ini adalah bahagian tengah yang mengandungi bromelain yang dikatakan boleh menyebabkan cervical ripening akan tetapi tiada bukti saintifik yang boleh mengesahkannya. Boleh jadi nenas juga tinggi kandungan histamin yang boleh mengakibatkan pergerakan rahim.

#5. Daun parsley

Daun parsley ini mudah nak dapat di pasar tani dan ia dipercayai mempunyai kesan uterotonik jika diambil secara berlebihan yang boleh menyebabkan pergerakan otot rahim.

#6. Daun teh raspberry merah 

proses bersalin

Meskipun banyak bukti yang mengatakan ia tidak menunjukkan kesan namun tidak salahnya untuk anda mencuba semasa proses bersalin dan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Semoga tips pemakanan ini bantu percepatkan proses kelahiran bayi anda. Harap ia bermanfaat.

Nak Elak Sakit Terlalu Lama Dalam Bilik Bersalin? Ini 6 Makanan Yang Boleh Anda Ambil Semasa Kontraksi

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Hafiz Sulaiman

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga

https://my.theasianparent.comcara-cepatkan-bukaan-rahim

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!