Morning Seks Dikatakan Dapat Meningkatkan Lagi Peluang Kehamilan Buat Suami Isteri, Benarkah? Ini Yang Anda Patut Tahu

undefined

Betulkah seks waktu pagi meningkatkan peluang kehamilan buat pasangan suami isteri? Kami ada jawapannya dalam artikel ini! Jom semak sekarang.

Kami pasti, ada sesetengah pasangan di luar sana yang gemarkan melakukan morning seks bersama pasangan bukan? Malah, kebanyakan lelaki dikatakan lebih memilih untuk melakukan seks apabila mereka bangun dari tidur di waktu pagi kerana minda dan badan mereka pada waktu ini masih rileks.

Malah, pengaliran darah yang lancar menyebabkan zakar mereka senang untuk tegang dan pada waktu ini, mereka lebih yakin pada diri sendiri.

Sememangnya, melakukan seks bersama pasangan  waktu pagi adalah pilihan peribadi individu.

Tapi, betulkah morning seks bersama pasangan dapat tingkatkan potensi kehamilan?

seks bersama pasangan

Zuriat itu adalah kurniaan Tuhan. Sains dan teknologi hanyalah alatan, dicipta untuk membantu manusia mencapai apa sahaja mengikut lumrah alam. Kalau anda dan pasangan menghadapi masalah kehamilan, ia adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu.

Terdapat banyak rawatan yang boleh didapati di hospital kerajaan serta hospital swasta untuk membantu proses kehamilan buat pasangan yang menghadapi masalah kesuburan.

Sekarang, jom lihat jawapan sebenar buat persoalan di atas.

Soalan: Saya sedang mempersiapkan diri untuk hamil. Apa yang saya tahu, mengadakan hubungan seks pada waktu pagi akan meningkatkan peluang untuk kehamilan. Adakah itu benar?

Jawapan: Saya belum menjumpai fakta yang mengatakan morning seks dapat meningkatkan kebarangkalian untuk hamil.

Kebiasaannya, manusia melakukan hubungan seks bersama pasangan pada waktu malam dan diakhiri dengan tidur.

Cara ini meningkatkan peluang untuk hamil kerana ia memberi peluang kepada sperma untuk memenuhi ruang rahim selama mungkin sewaktu kita tidur.

Pada waktu ini, sperma mempunyai masa yang cukup untuk sampai ke tiub fallopio kerana kita cenderung untuk kekal berbaring selepas melakukan aktiviti tersebut.

Jika pasangan suami isteri melakukan hubungan seks pada waktu pagi, mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk berehat, kerana sibuk dengan aktiviti seharian. Ia lebih kepada aktiviti ‘quickie’.

Kebaikan morning sex untuk kesihatan

morning seks

Morning seks sebenarnya mempunyai banyak kebaikan, tak kira dari segi fizikal mahupun emosional, untuk individu dan hubungan mereka dengan pasangan. Berikut adalah antara kebaikan morning seks yang anda perlu tahu:

1. Membaik pulih intimasi

Melakukan morning seks boleh memberikan impak mendalam dari segi emosional di dalam sesebuah hubungan dan tahap intimasi dengan pasangan. Memulakan hari dengan keintiman boleh membawa kepada merapakan hubungan dan kasih sayang.

2. Mencipta mood yang positif

Aktiviti seksual mencetus pengeluaran endorfin dan oxytoksin, hormon yang mempromosikan perasaan gembira, relaks, dan mengurangkan stress. Ia boleh menjadikan satu set tona positif untuk seharian itu.

3. Meningkatkan sistem imun

Sesetengah kajian mencadangkan yang aktiviti seksual secara kerap boleh meningkat sistem imun, membantu tubuh untuk melawan penyakit dan jangkitan.

4. Memperbaiki kesihatan kardiovaskular

Kerap melakukan aktiviti seksual bersama pasangan juga boleh dikatakan workout untuk tubuh, meningkatkan kadar denyutan jantung dan mempromosikan pergerakan aliran darah, yang mana boleh menyumbang kepada kesihatan kardiovaskular.

5. Mengurangkan stress

Seks boleh melegakan tension dan stres, membantu ramai individu untuk memulakan hari anda dengan perasaan yang lebih relaks dan kurang gemuruh.

6. Tidur lebih baik

Aktiviti seksual dapat mencetuskan penghasilan hormon yang mempromosikan rasa relaks dan boleh membawa kepada kualiti tidur yang lebih baik, yang mana kemudiannya menyokong kesihatan menyeluruh.

7. Kecergasan fizikal

Morning seks boleh jadi satu bentuk aktiviti fizikal, membakar kalori dan menyumbang kepada kecergasan fizikal.

8. Merapatkan hubungan

Berkongsi satu momen intimasi dengan pasangan pada waktu pagi boleh menguatkan ikatan emosional di antara pasangan dan memperbaiki kepuasan dalam perhubungan.

Namun, harus diingatkan yang mana pengalaman individu dan pilihan masing-masing berbeza, jadi sementara morning seks boleh menawarkan kelebihan yang baik, tetapi apa yang paling penting adalah apa yang kalian rasa betul dan selesa untuk anda dan pasangan.

Apakah yang mempengaruhi faktor kehamilan?

Morning Seks Dikatakan Dapat Meningkatkan Lagi Peluang Kehamilan Buat Suami Isteri, Benarkah? Ini Yang Anda Patut Tahu

Yang menentukan kehamilan bukanlah sesuatu waktu pada hari tertentu, tetapi yang dapat membantu meningkatkan potensi untuk mengandung ialah jika kita melakukannya pada waktu ovulasi yang tepat. 

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Perkara Ini Penyebab Utama Susah Hamil Anak Kedua! Adakah Anda Alaminya?

Baca juga:  10 Titik Sensitif Wanita Untuk Hangatkan Lagi Rumah Tangga!

Baca juga:  4 Cara Menggoda Dan Buat Isteri ‘Turn On’ Yang Suami Sering Salah Buat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!