Seks Selepas Bersalin Caesar, Ambil Masa Selama Yang Anda Mahu, Persedian Emosi & Fizikal Itu Penting

Seks pertama selepas bersalin caesar tidak mudah seperti yang disangka, kadang trauma itu lebih teruk dari bersalin normal, ini yang ibu-ibu perlu tahu.

Sekiranya anda baru sahaja bersalin secara caesarean (C-section), anda mungkin tertanya-tanya bilakah waktu yang selamat untuk melakukan hubungan seks pertama kali selepas melahirkan bayi?

Apa sahaja yang anda perlu tahu mengenai seks selepas bersalin secara caesar, dari berapa lama perlu menunggu untuk melakukan hubungan seks semula, posisi apa yang harus dicuba atau apa yang harus dielakkan, semuanya akan terjawab di sini. 

Ketahui apa ekspektasi seks pertama selepas pembedahan caesar.

Seks pertama selepas bersalin: Masa adalah segalanya

seks pertama, c-sect, caesar

Foto: Popmama

Terdapat beberapa perkara yang perlu diingat semasa memutuskan sama ada anda sudah bersedia untuk kembali melakukan hubungan seks selepas pembedahan C-sect. 

Faktor pertama adalah parut luka C-sect anda, yang kedua adalah pendarahan faraj, dan yang ketiga adalah keadaan emosi anda. 

Sebagai tambahan kepada perkara-perkara tersebut, anda juga harus mempertimbangkan kesihatan secara keseluruhan serta kaedah perancang kehamilan anda. 

Ramai yang menyangka ibu yang melahirkan secara C-sect dapat melakukan hubungan seks lebih cepat selepas bersalin kerana mereka tidak mengalami trauma pada faraj.

Elak dari melakukan persetubuhan sekurang-kurangnya sehingga anda menjalani pemeriksaan selepas 6 minggu bersalin. Terlalu tergesa-gesa melakukan hubungan seks empat minggu selepas menjalani pembedahan C boleh menyebabkan komplikasi seperti jangkitan.

Enam minggu adalah rata-rata waktu yang diperlukan untuk rahim kembali ke ukuran normal, serviks ditutup, dan luka C-sect untuk sembuh. Sebaik sahaja anda mendapat ‘green light’ daripada pakar perubatan atau gynae anda, maka bolehlah lakukan seks pertama selepas bersalin. 

Namun tidak semestinya anda sudah bersedia 100% untuk kembali melakukan persetubuhan macam sebelum bersalin ya. Pertimbangkan kesihatan mental anda juga. Adalah biasa untuk ibu-ibu mengalami kemurungan postpartum setelah melahirkan, yang mana boleh menyebabkan libido rendah.

Berkongsi perkara ini dengan pasangan anda, dan jangan paksa diri anda untuk melakukan sesuatu yang anda rasa tidak bersedia untuk lakukan. Adalah normal untuk anda mempunyai dorongan seks yang rendah setelah melahirkan anak. Baik normal atau secara pembedahan.

Peringatan: penyembuhan adalah satu proses

seks pertama, c-sect, caesar

Foto: SehatQ

Setiap orang adalah berbeza dan punyai pandangan yang berlainan. Seks pertama kali selepas melahirkan anak mungkin tidak selesa atau menyakitkan bagi sesetengah orang dan mungkin juga tidak banyak beza bagi sesetengah wanita.

Proses penyembuhan tidak semestinya konsisten, ada hari anda akan berasa bertenaga dan seakan sudah sembuh sepenuhnya, namun ada hari anda berasa ekstra penat dan tak berdaya. Kadang kala, hubungan seks pertama kali selepas melahirkan akan menyebabkan pendarahan. Ya, darah nifas berkemungkinan masih tidak habis keluar lagi. 

Sekiranya anda mengalami kesakitan pada faraj anda atau di sekitar parut C-sect, pastikan anda berjumpa dengan doktor atau gynae untuk mengelakkan jangkitan atau komplikasi lain.

Posisi seks yang harus dielakkan selepas bersalin C-sect

Agak sukar untuk mencari kedudukan yang sesuai untuk anda. Jangan ragu untuk bereksperimen. Sekiranya anda merasa tidak selesa, berhenti.

Elakkan posisi yang menyebabkan bahagian perut anda menjadi tegang atau memberi tekanan pada parut C-sect. 

Untuk beberapa bulan pertama, anda mungkin mendapati bahawa posisi di mana pasangan anda berada diatas memberi tekanan yang berlebihan pada kawasan parut. 

Elakkan posisi ‘doggy’ sehingga parut anda sembuh sepenuhnya, kerana ia memberi tekanan pada bahagian perut dan pelvik.

Apa-apa pun ia terserah kepada persediaan emosi dan fizikal anda. Jika anda masih tidak bersedia, tentunya pasangan anda mampu memahami. Namun jika anda sudah bersedia moga tips diatas dapat membantu!

Posisi selamat dan memuaskan untuk seks pertama kali selepas bersalin

#1. Posisi duduk

Jika anda duduk di pangkuan suami dengan rapat, ia mampu mencegah perut anda mengalami tekanan berlebihan.

Jadi, posisi duduk adalah posisi hubungan kelamin selepas caesar yang paling selamat untuk anda.

Dengan dada kalian saling bersentuhan, kalian pasti lebih senang meneroka satu sama lain.

#2. Posisi straddle hi saddle

Ini pula posisi woman on top yang telah diubahsuai sedikit. Caranya dengan suami duduk bersila dan meletakkan beratnya pada kedua tangan yang ditampan ke belakang.

Kemudian, isteri boleh duduk di pangkuan suami sambil memegang bahunya.

#3. Reverse cowgirl

seks pertama, c-sect, caesar

Posisi hubungan kelamin selepas caesar yang selamat biasanya melibatkan posisi yang boleh didominasi wanita.

Contohnya seperti posisi reverse cowgirl ini. Ia membolehkan anda belajar apa yang anda suka dan apa yang anda mahukan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Parents

Baca juga: Posisi Seks Selepas Bersalin, Ini Yang Anda Boleh Cuba, Gerenti Tak Sakit

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!