Benarkah Seks Bantu Cepatkan Penyembuhan Luka Bersalin, Sejauh Mana Kebenarannya?

undefined

Betul ke hubungan seks yang kerap dapat bantu penyembuhan luka bersalin dengan lebih cepat? Berikut penjelasan lanjut berkaitannya.

Seperti yang kita tahu, seks menyimpan banyak manfaat bagi kesihatan tubuh. Namun benarkah seks juga salah satu cara cepat sembuhkan luka bersalin?

Sebelum itu, ada banyak faktor yang mempengaruhi proses penyembuhan luka bersalin menjadi lancar dan cepat. Hubungan seksual sememangnya dinilai sebagai faktor yang membantu pemulihan penyembuhan luka tapi bukan kerana aktivitinya sahaja, tapi dia dipengaruhi oleh kadar hormon seks.

Wanita dipengaruhi oleh hormon estrogen manakala lelaki dari hormon androgen. Apabila ghairah seks meningkat, ia sekaligus meningkatkan produksi hormon tersebut juga. 

Secara tak langsung, kedua-dua hormon tersebut mempunyai kesan pada proses sembuhkan luka bersalin. Selain itu, hormon itu juga berperanan menghasilkan matriks dan gen yang berkait dengan keadaan luka pada tubuh. 

Luka sembuh cepat bergantung kepada jenis jantina 

cara cepat sembuhkan luka bersalin

Sama ada lelaki atau wanita, hubungan seks ternyata mampu memberi kesembuhan terhadap luka di tubuh dengan cepat. Namun berapa cepat proses penyembuhan itu berbeza mengikut jantina masing-masing.

Luka yang dialami wanita cenderung sembuh dengan lebih lama. Malah penelitian yang dijalankan juga menunjukkan keputusan yang sama kerana kadar hormon estrogen pada wanita yang sangat tinggi sekaligus melambatkan proses penyembuhan luka dan mempengaruhi perkembangan rangkaian lipid pelindung. 

Rangkaian lipit itu penting bagi pelindung dalam berbagai penyakit termasuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin dan keradangan pada tubuh. 

Pendek kata, kadar hormon estrogen yang tinggi pada wanita tidak dapat menjalankan proses penyembuhan luka dengan cepat tidak seperti hormon yang dihasilkan oleh lelaki

Faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada cara cepat sembuhkan luka bersalin 

sembuhkan luka bersalin, penyembuhan luka bersalin, luka bersalin, cara sembuhkan luka bersalin, langkah sembuhkan luka bersalin, luka beranak, cara sembuhkan luka beranak, cara-cara sembuhkan luka bersalin

Selain seks, beberapa faktor ini juga membantu sembuhkan luka bersalin dengan lebih cepat seperti berikut:

  • Tidak merokok 
  • Mengambil banyak makanan yang mengandungi sumber Vitamin C dan tembaga dalam makanan seharian supaya penyembuhan luka bersalin jadi lebih cepat. Contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan. 
  • Sentiasa menjaga luka bersalin dalam keadaan bertutup.
  • Menjaga kesihatan tubuh dengan baik terutama jika anda ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Benarkah Seks Bantu Cepatkan Penyembuhan Luka Bersalin, Sejauh Mana Kebenarannya?

  • Usaha membuat senaman ringan secara teratur supaya dapat meningkatkan aliran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. 

Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk penyembuhan luka ini. Namun, sekiranya mengalami gejala seperti gatal-gatal, bernanah, berdarah dan sebagainya segera ke hospital untuk mendapat rawatan yang sewajarnya.

Semoga bermanfaat. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Seorang Ibu Terkejut Lepas 2 Tahun Bersalin, Parut Czer Bengkak & Berdarah Balik!

Baca juga: Takut Untuk Bersama Suami Selepas Habis Pantang? Usah Risau, Ini Ada Tips Mudah!

Baca juga: 20 Posisi Untuk Hangatkan Keintiman Pasangan Suami Isteri – Boleh Cuba Sendiri!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!