Bagi kebanyakkan pasangan, kehadiran cahaya mata merupakan satu rahmat dalam perkahwinan mereka. Setelah menerima kehadiran bayi banyak perkara akan berubah dalam hidup pasangan suami isteri termasuklah perubahan dalam perhubungan seks.
Ini kerana ibu baru mungkin akan mengalami banyak perubahan dari aspek tubuh dan fizikalnya. Ibu mungkin akan mengalami isu seperti kekeringan faraj, tisu faraj yang menipis, koyakan perineal atau episiotomi, pendarahan, kurang nafsu syahwat dan sebagainya. Selain itu faktor tubuh badan ibu yang mungkin tidak lagi kurus dan seksi mungkin akan menyebabkan ibu merasa tidak selesa, kurang keyakinan, sedih dan murung.
Perubahan dari segi emosi juga boleh mempengaruhi hubungan seks setelah berpantang. Ibu dan ayah berasa letih dan kurang tidur mungkin menyebabkan aktiviti seks tidak lagi menjadi keutamaan.
Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Kelamin Suami Isteri

1. Sesetengah Wanita Mungkin Merasa Trauma Dengan Proses Bersalin Itu Sendiri
Satu kajian yang telah dilakukan oleh Cheryl Beck, Profesor Kejururawatan di University of Connecticut pada 2008 mendapati seramai 34% wanita mengalami semacam trauma semasa proses bersalin. Selepas bersalin mereka mungkin mengalami masalah seperti Posttraumatic Stress (PTSD) atau dikenali sebagai gangguan tekanan selepas trauma yang menyebabkan masalah seperti kebimbangan, panik atau insomnia.
Perasaan trauma ini akan menyebabkan wanita berasa bimbang mengenai vagina/faraj mereka secara umumnya dan adalah tidak normal sekiranya wanita merasa bimbang mengenai penembusan/penetration. Jenis kebimbangan ini selalunya akan hilang dengan sendirinya setelah mereka melakukan hubungan seks selepas bersalin, tetapi sekiranya ia tidak hilang, berjumpa dengan pakar terapi yang mempunyai kepakaran dalam merawat PTSD mungkin boleh membantu anda mengatasi masalah ini.
2.Ibu Yang Baru Melahirkan Selalu Merasa Keletihan dan Kurang Tidur
Oleh kerana bayi yang baru lahir kerap bangun tidur untuk menyusu kira-kira setiap dua atau tiga jam sekali, ia akan menyebabkan ibu dan ayah tidak mendapat waktu tidur yang mencukupi. Ibu dan ayah yang keletihan akan merasa tertekan dan mengalami konflik dalam perhubungan. Kekurangan tidur boleh menyebabkan pergaduhan atau perasaan mudah marah.
Masalah dalam perhubungan ini boleh menyebabkan pasangan kurang melakukan hubungan seks selepas bersalin. Selepas beberapa ketika, ibu dan ayah sudah pandai menyesuaikan diri dengan bayi dan seterusnya jumlah tidur mereka akan meningkat. Jumpa dengan kaunselor jika mempunyai masalah dalam perhubungan dengan pasangan.
3.Keletihan Setelah Seharian Menguruskan Bayi
Kebanyakkan wanita akan berusaha menjadi ibu yang terbaik kepada anak mereka dengan meluangkan banyak masa dan tenaga dalam menguruskan keperluan bayi. Setelah seharian bermain, menyusu dan menjaga bayi, ibu akan merasa letih dan agak sukar untuk bertukar peranan semula untuk meluangkan masa pula dengan pasangan.
Tetapkan satu matlamat untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama pasangan tanpa melibatkan kehadiran bayi mungkin boleh membantu mengatasi masalah ini.
Lakukan hobi atau aktiviti yang anda berdua sukai, tinggalkan bayi anda sebentar kepada pengasuh atau kepada datuk dan nenek semasa mereka datang melawat. Mengekalkan kehangatan hubungan perkahwinan adalah penting untuk anda dan pasangan.
4.Kemurangan Selepas Bersalin Juga Boleh Menganggu Hubungan Seks Selepas Bersalin
Kira-kira 15% wanita mengalami kemurungan selepas bersalin. Antara simptom kemurangan ini termasuklah kekurangan tenaga, sering merasa letih, insomnia, hilang selera makan, rasa ingin bunuh diri atau merasa/keinginan untuk mencederakan bayi. Kemurungan juga boleh menyebabkan penurunan keinginan untuk berhubungan intim dengan pasangan. Jika anda mengalami simptom ini segeralah berjumpa dengan doktor. Ubat-ubatan atau terapi mungkin boleh membantu anda.
5.Selepas Bersalin, Wanita Mungkin Merasa Tidak Suka Disentuh
Bersama dengan bayi yang baru lahir sepanjang hari mungkin menyebabkan ibu berasa tenang dan memuaskan. Kadang kala wanita mungkin tidak suka disentuh lagi terutamanya di bahagian payudara (jika menyusu), selepas bayi tertidur di malam hari. Sebaliknya, wanita mungkin lebih menyukai untuk mandi atau meluangkan masa untuk diri mereka sendiri.
Tambahan pula, wanita menerima oxytocin semasa memeluk bayi jadi mereka kurang berminat untuk memeluk dan bemesra dengan pasangan. Persaan tidak mahu disentuh ini akan berkurangan setelah beberapa bulan apabila bayi sudah mula kurang kerap menyusu, tidur sepanjang malam jadi ibu akan mula kembali ke jadual yang lebih teratur.
6.Penurunan Keinginan Seksual Selepas Bersalin Adalah Perkara Biasa
Tidak kira apa cara anda melahirkan sama ada melalui faraj atau pembedahan, kebanyakkan wanita dilaporkan mengalami masalah ini. Semasa proses kehamilan kadar estrogen akan berada pada paras yang tertinggi manakala selepas proses bersalin kadar estrogen akan menurun dengan cepat sehingga ke tahap sebelum hamil. Estrogen adalah hormon yang penting dalam mempengaruhi keinginan seksual dan rangsangan, jadi penurunan dalam keinginan seksual adalah kesan daripada penurunan estrogen yang berlaku secara mendadak ini.
Selain itu, semasa proses penyusuan bayi kadar hormon prolaktin akan meningkat. Peningkatan prolaktin ini akan menyebabkan kadar testosteron dan estrogen menurun yang menyebabkan libido rendah dan kekeringan faraj. Dinding faraj mungkin akan menjadi lemah dan sempit.Pengunaan alat atau ubatan untuk mencegah hamil yang mengunakkan hormon mungkin akan memburukkan lagi masalah kekeringan faraj ini. Berbincang dengan doktor untuk mengunakan alat kawalan kehamilan yang bukan hormon seperti mengunakan alat dalam rahim (IUCD).
7.Kurang Rasa Ghairah Dan Orgasme Selepas Bersalin
Akibat daripada penurunan estrogen, keletihan, kemungkinan mengalami kemurungan dan sentiasa menghabiskan masa menguruskan bayi, ramai wanita dilaporkan kurang merasa ghairah. Cuba melakukan foreplay untuk tempoh yang lama (45 minit hingga satu jam) untuk memberi pasangan berasa ghairah.
Bila Lagi Untuk Bersama?

Proses kehamilan dan bersalin akan menyebabkan banyak perubahan yang berlaku keatas tubuh badan ibu begitu juga akan turut mengubah corak hubungan intim bersama pasangan.
Selepas bersalin perubahan hormon akan mengakibatkan tisu vaginal menipis dan menjadi semakin sensitif. Vagina, rahim dan servik anda akan kembali ke saiz asalnya juga. Sekiranya anda menyusukan bayi, nafsu syahwat anda juga mungkin akan menurun. Jadi, tubuh anda memerlukan masa rehat selepas bersalin.
Tiada garis masa yang pasti untuk mengatakan berapa lama untuk anda perlu tunggu sebelum melakukan semula aktiviti seks selepas bersalin. Walau bagaimanapun, kebanyakkan doktor menyarankan wanita untuk tunggu 4 ke 6 minggu sekiranya anda bersalin melalui vaginal (untuk yang beragama Islam harus tunggu sehingga darah nifas betul-betul kering).
Anda juga mungkin perlu tunggu lebih lama sekiranya anda mengalami koyakan perineum/perinal tear atau episiotomi. Episiotomi adalah pembedahan yang dilakukan untuk melebarkan saluran faraj. Kembali main isteri selepas pantang mungkin mengakibatkan pendarahan selepas bersalin atau jangkitan rahim.
Tips Mengembalikan Keyakinan dan Keintiman

Walaupun fizikal tubuh anda masih tidak bersedia untuk melakukan hubungan seks selepas berpantang, tetapi perasaan dalaman anda mungkin terdorong untuk melakukannya. Tubuh anda mungkin belum kembali kepada bentuk asalnya seperti bentuk sebelum hamil, tetapi anda masih boleh meningkatkan keyakinan diri dan menyalakan percikan dalaman anda. Anda boleh cuaba melakukan petua di bawah ini untuk merasa seksi semula selepas bersalin.
1.Mulakan Hari Cuti Anda Dengan Betul
Sama ada anda ingin menghabiskan cuti anda dengan keluar bersiar-siar atau duduk di rumah bermain dengan si manja sepanjang hari, luangkan sedikit masa pada awal pagi untuk mencantikkan, merapikan dan merawat diri anda.
Mulakan hari anda dengan mandi, scrub tubuh anda , melulur dan memakai losyen badan atau meluangkan masa untuk merias wajah boleh membantu meningkatkan kembali keyakinan anda. Lakukan apa sahaja aktiviti yang membuatkan anda merasa cantik dan yakin semula dengan diri anda.
2.Lakukan Senaman
Setelah anda mendapat kebenaran dari doktor untuk kembali bersenam setelah melahirkan, anda boleh mendekatkan diri dengan pasangan melalui aktiviti bersenam. Ia bukan sahaja membantu anda menurunkan berat badan tetapi ia juga mengepam endorfin yang membuatkan anda merasa lonjakkan keseksian.
3.Pakai Pakaian Baru
Selepas bersalin, anda mungkin terbiasa untuk memakai pakaian mengandung untuk tempoh yang lama. Walaupun selepas bersalin badan anda mungkin agak berisi sedikit berbanding sebelum hamil yang menyebabkan anda selesa memakai pakaian sewaktu mengandung yang agak besar. Melaburkan sedikit wang untuk membeli pakaian baru akan membantu anda untuk rasa seksi semula dan mengingatkan anda supaya tidak perlu sentiasa berada pada mod ibu/mommy mode.
4.Senaraikan Bantuan Yang Diingini
Sama ada bantuan dalam melakukan kerja rumah atau menjaga bayi, atau mengajikan pembantu rumah yang melakukan kerja pada satu hari pada setiap minggu, ia akan membantu mungurangkan tekanan anda dan meningkatkan mood dan nafsu syahwat anda. Bantuan dalam melakukan tugasan ini akan memberikan anda waktu yang lebih untuk berehat dan merawat diri.
5.Fikirkan dan Lakukukan Perkara Yang Seksi
Lakukan beberapa perkara yang baru dan nakal bersama pasangan mungkin membuatkan akan merasa anda seorang ibu yang seksi, hot mama. Perlukan inspirasi? Buka dan menonton filem yang seksi dan dapatkan inspirasi darinya. Anda mungkin memperoleh idea yang erotic daripadanya.
6.Pergi Ke Salon/Spa
Selepas bersalin ramai ibu menghadapi masalah rambut gugur dan rapuh. Jadi luangkan sedikit masa untuk merawat semula rambut anda. Selain itu tukar gaya rambut yang membuatkan anda rasa seksi dan selesa juga mampu meningkatkan semula mood anda. Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih boleh berkunjung ke spa untuk merawat tubuh badan.
Adakah Seks Selepas Bersalin Akan Menyebabkan Rasa Sakit?

Rasa sakit semasa melakukan hubungan seks selepas berpantang adalah biasa dan normal di kalangan ibu. Kira-kira 50% wanita mungkin akan merasakan sakit ini. Ini kerana badan anda telah bekerja keras sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran. Sesetengah wanita mengambarkan mereka akan rasa seperti sengatan, kekeringan atau pedih semasa melakukan hubungan intim selepas bersalin.
Tips untuk kurangkan rasa sakit
1.Ambil Masa
Pada minggu pertama anda dibenarkan melakukan semula hubungan seks selepas berpantang, badan anda mungkin tidak bersedia lagi untuk aktiviti ini. Jadi usah terburu-buru. Setelah anda bersedia dari segi fizikal dan mental anda boleh melakukan semula hubungan intim bersama pasangan.
2. Tingkatkan Foreplay
Suami boleh membantu pasangan untuk mengatasi masalah ini dengan tingkatkan masa foreplay sebelum main dengan isteri selepas pantang. Ini membolehkan faraj wanita untuk menghasilkan pelincirnya sendiri. Memanjangkan masa foreplay, atau cuba melakukan melancap bersama, atau terlibat dengan aktiviti lain sebelum melakukan penembusan ke faraj isteri.
3.Cuba Perkara/Posisi Baru
Cuba memanaskan semula hubungan intim dengan pasangan dengan mencuba perkara yang baru. Lakukan urutan yang menenangkan sebelum melakukan seks. Selain itu anda juga boleh cuba melakukan hubungan intim di tempat lain selain daripada bilik tidur seperti melakukan di sofa di ruang tamu.
4.Gunakan Pelincir
Anda mungkin memerlukan sedikit bantuan daripada pelincir setelah melahirkan kerana perubahan hormon mungkin menyebabkan faraj anda kekeringan. Kekeringan faraj menyebabkan seks selepas bersalin mungkin agak tidak selesa dan menyakitkan. Gunakan pilihan pelincir berasaskan air. Ini kerana pelincir berasaskan minyak boleh merosakkan kondom dan boleh menyebabkan iritasi kepada tisu vagina yang sensitif.
5.Berbincang Dengan Pasangan
Seks selepas berpantang mungkin berbeza dari sebelumnya. Perbezaan boleh menjadi mengujakan dan menyeronokkan, tetapi anda harus berbincang secara terbuka dengan pasangan mengenai apa yang membuatkan anda rasa selesa n seronok dengan apa yang membuatkan anda berasa tidak selesa. Ini akan membantu anda menikmati semula hubungan seks selepas berpantang dan menghindari sebarang kesakitan yang tidak perlu.
6.Lakukan Senaman Kegel
Senaman kegel membantu menguatkan semula otot lantai pelvis anda. Ia dapat membantu masalah yang dihadapi kesan daripada proses hamil dan kelahiran. Senaman ini juga membantu otot anda memperolehi semula kekuatan dan rasa sensasi pada vagina anda.
Adakan Seks Selepas Bersalin Berbeza Dengan Sebelum Ini?
Seks selepas bersalin mungkin berbeza berbanding sebelumnya. Lagipun anda melalui banyak perkara dan perubahan sama ada dari segi fizikal dan juga mental.
1.Aspek Fizikal
Rasa sakit dan ketidakselesaan adalah perkara biasa apabila anda berhubungan intim semula dengan pasangan. Perubahan hormon mungkin menyebabkan faraj anda kering dan menipis.
Selain itu anda juga mungkin merasa ketidakselesaan fizikal dan sakit ketika melakukan seks. Ia mungkin disebabkan oleh faktor komplikasi yang terjadi semasa proses bersalin seperti kelahiran yang mengambil masa yang lama, kerosakkan tisu dalaman vaginal, kerosakkan pada otot lantai pelvis atau saraf pelvis, episiotomi dan pengunaan vakum atau forceps semasa proses kelahiran.
Berapa lama anda merasa sakit semasa melakukan hubungan seks selepas bersalin adalah berbeza mengikut individu. Ada yang masih merasa sakit setelah berbulan menjalani episiotomi. Tetapi sekiranya anda bimbang mengenai berapa lama rasa sakit atau ketidakselesaan ini berlanjutan, anda boleh berjumpa dan berbincang dengan doktor mengenainya.
Sakit dan ketidakselesaan ini bukan satu-satunya perubahan fizikal yang terjadi. Hamil, bersalin dan bersalin melalui vaginal boleh menyebabkan regangan atau mencederakan otot lantai pelvis anda. Ia adalah kumpulan otot yang berada di bawah tubuh anda yang menyokong rahim, pundi kencing, usus kecil dan rektum. Otot ini juga memainkan peranan yang penting untuk rangsangan dan orgasme wanita. Jadi sekiranya anda kehilangan kekuatan otot pelvis anda selepas bersalin, ini akan menyebabkan kekurangan kepuasan seksual berlaku. Anda boleh melakukan senaman Kegel untuk menguatkan semula otot lantai pelvis anda.
2,Aspek Mental/Emosi
Selepas bersalin ibu mungkin rasa overhelmed dan keletihan yang menyebabkan seks bukan lagi senarai keutamaan mereka. Dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin, sekitar 80% ibu mengalami 'baby blues'. Ini termasuklah perubahan mood, kerengsaan, kebimbangan dan merasa tidak mencukupi.
Pasangan juga bergelut dengan perasaan mereka beberapa minggu atau bulan pertama selepas kehadiran bayi. Perubahan dalam menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi yang baru lahir, perubahan hormon selepas bersalin dan sebagainya.
Bagi kedua ibu dan ayah, kebanyakkan gejala emosi ini adalah normal dan akan bertambah baik selepas beberapa bulan. Jadi sekiranya hubungan seks adalah benda yang terakhir yang anda minati, masa dan kesabaran boleh membantu untuk anda merasa seronok semula.
Apa Yang Perlu Buat Jika Tidak Berminat Untuk Bersama Pasangan Selepas Bersalin?
Terdapat banyak jenis keintiman lain bersama pasangan selain daripada melakukan hubungan seks selepas berpantang terutamanya apabila anda dan pasangan sedang menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi baru. Jika anda merasakan tidak seksi lagi atau seks selepas berpantang itu menyakitkan, luahkan apa yang anda rasa kepada pasangan. Sehingga anda benar-benar besedia melakukan semula hubungan seks selepas bersalin, kekalkan keintiman dengan cara yang lain bersama pasangan. Luangkan masa bersama tanpa bayi, walaupun untuk beberapa minit pada waktu pagi atau selepas bayi tidur. Mencuba lakukan perkara lain untuk menunjukkan rasa sayang kepada pasangan.
Sekiranya anda masih bergelut dengan masalah ini, berjaga-jaga sekiranya terdapat gejala atau simpton kemurungan selepas bersalin seperti perubahan dalam mood, hilang selera makan, overhelmed atau rasa tidak gembira dengan hidup. Jika anda rasa anda mengalami kemurungan selepas bersalin, dapatkan rawatan segera dengan berjumpa doktor atau terapi. Rawatan yang berkesan dapat menyembuhkan masalah ini dengan cepat.
Ingat, sentiasa menjaga diri anda boleh meningkatkan semangat anda untuk terus hidup.
Sumber:
https://www.goodtherapy.org/blog/sexual-intimacy-after-childbirth-when-it-isnt-like-before-0211144
https://www.marriage.com/advice/intimacy/low-sex-drive-after-childbirth/
https://www.healthline.com/health/pregnancy/sex-after-birthhttps://www.health.com/condition/sexual-health/sex-after-birth
https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/labor-and-delivery/in-depth/sex-after-pregnancy/art-20045669https://flo.health/being-a-mom/adjusting-to-motherhood/relationships-and-sex/reasons-sex-hurt-after-deliveryhttps://femfirsthealth.com/painful-sex-after-giving-birth/
https://www.sheknows.com/parenting/pregnancy-baby/articles/836895/7-ways-to-feel-sexy-after-having-a-baby/
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Berapa Kerap Hubungan Intim Suami Isteri Yang Normal? Ini Jawapan Doktor
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!