Jangan Tersalah Pilih Sikat Rambut Untuk Bayi, Takut Luka Kulit Kepala. Ini Pilihan Yang Terbaik Untuk Bayi
Masih tercari-cari sikat rambut yang selamat dan tidak menyakitkan kepala si kecil? Ini antara pilihan sikat terbaik untuk anda!
Bila pertama kali bergelar seorang ibu, ada sahaja barangan bayi yang hendak dibeli. Mesti teruja untuk menyambut kelahiran bayi. Bayangkan, nak beli pakaian sahaja sudah rambang mata. Belum barangan yang lain lagi! Tapi apa pun sikat rambut adalah perlu jika bayi berambut lebat!
Bagi ibu ayah yang sudah start membeli barangan bayi, pastikan anda tidak tertinggal satu pun barang keperluan bayi yang penting. Turut tidak terkecuali, sikat rambut untuk si manja!
Isi Kandungan
Pemilihan Sikat Rambut Terbaik Untuk Kulit Bayi
Ramai ibu ayah terlepas pandang tentang pemilihan sisir rambut bayi. Ini kerana, ada yang menganggap bahawa sikat rambut dewasa juga sesuai dipakai untuk bayi. Ini tidak benar, ya.
Memandangkan kulit kepala bayi terdapat fontanella yang sangat lembut dan sensitif, parents perlu menggunakan sikat yang lembut dan sesuai supaya bayi lebih selesa.
Berikut adalah tips sebelum membeli sisir rambut bayi.
- Pilih reka bentuk yang selamat untuk kulit bayi. Perkara penting yang perlu diperhatikan adalah pilih pemegang yang berkualiti supaya boleh dipegang dengan selesa. Pilih jenis berus dengan hujung bergigi bulat supaya tidak menyakitkan kepala si kecil.
- Pilih bahan buatan sikat dan kelebihannya. Bahan berus terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan sintetik (biasanya nilon) dan bulu haiwan. Kelebihan berus nilon adalah lebih lembut dan mudah dibersihkan, manakala sikat bulu haiwan sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif dan harganya lebih mahal.
- Beli sikat rambut yang tersedia dalam set. Untuk meringankan beban ekonomi keluarga, ibu ayah boleh memilih produk penjagaan bayi yang dijual dalam bentuk set. Lengkap dengan barangan bayi lain seperti gunting, kepit kuku, dua jenis berus rambut bayi berbeza dan banyak lagi. Sangat mudah & lebih berbaloi!
8 Jenis Sikat Rambut Yang Terbaik dan Selesa Untuk Kulit Bayi
Tidak dinafikan terdapat banyak pilihan sikat rambut di pasaran, tetapi kami kongsikan senarai sikat rambut yang paling ‘best’ dan sesuai mengikut keselesaan si manja!
Tommee Tippee Brush And Comb Set
Terbaik untuk kulit sensitif
Tommee Tippee Brush And Comb Set direka khas untuk digunakan pada kulit bayi yang masih lembut. Bulu berusnya lembut untuk mengelakkan rambut tertarik dan kusut.
Jika bayi anda mempunyai kulit sensitif, sikat bayi ini boleh menjadi pilihan terbaik untuknya!
Hadir dengan dua pilihan berus yang berbeza. Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang berlainan usia, set berus ini cukup berbaloi!
Apa yang kami suka?
- Direka khas dengan bulu yang sangat lembut dan licin supaya ia selesa digunakan.
- Mempunyai pemegang yang tidak licin dan selamat semasa menyikat rambut bayi.
- Berus berbulu lembut untuk mengurangkan tarikan dan ketidakselesaan semasa menyikat.
- Sesuai digunakan untuk bayi baru lahir.
Snapkis Wooden Baby Hair Brush Set
Terbaik untuk kulit alahan
Adakah anda sedang mencari berus rambutyang lembut dan selamat untuk bayi anda? Jika ya, sudah tentu, sikat rambut jenis ini menepati citarasa anda.
Diperbuat daripada kayu dan bulu kambing yang asli, sikat rambut jenis ini sama sekali tahan lama dan tidak mudah tertanggal walaupun selepas mencuci. Menarik bukan?
Sikat rambut ini lebih selamat digunakan kerana ia tidak menyebabkan sebarang alahan tidak diingini terhadap bayi.
Tidak seperti plastik atau logam, sikat rambut jenis ini adalah bersifat antistatik iaitu tidak mudah patah. Ia bagi mengelakkan kerosakan pada rambut halus bayi. Selain menyikat, ia juga dapat memberikan urutan lembut pada kulit kepala dan menjadikan rambut bayi lebih halus.
Apa yang kami suka?
- Diperbuat daripada bahan semulajadi, sesuai digunakan untuk elak sebarang alahan pada bayi.
- Bersifat antistatik – tidak menjadikan rambut bayi rosak dan bercabang.
- Memberi sensasi yang menenangkan semasa menyikat rambut.
- Menjadikan rambut bayi lebih halus dan rapi.
Babyshop Juniors Printed Soft Grip Brush and Comb Set
Terbaik untuk keselamatan rambut bayi
Sikat rambut jenis ini mempunyai bentuk bulat tanpa bucu yang tajam, sesuai untuk digunakan dengan selamat pada rambut bayi semasa menyikatnya. Berbanding dengan berus rambut jenis ekor yang tirus dan tajam pada hujung pemegang tidak sesuai digunakan untuk bayi kerana boleh mengakibatkan kecederaan.
Apa yang kami suka?
- Direka khas dengan reka bentuk bergerigi kecil dan padat bagi memudahkan anda menyikat rambut bayi dengan kemas.
- Bersifat antibakteria, jadi ia tidak merengsakan kulit bayi.
- Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, lembut pada rambut dan kulit bayi baru lahir.
Dodo Brush And Comb
Terbaik untuk digunakan untuk jangka masa yang lama
Dodo Brush And Comb adalah pilihan sikat rambut yang boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Jika anda ingin menjimatkan perbelanjaan, ini adalah pilihan yang tepat!
Ia mempunyai dua jenis gigi sikat rambut. Gigi yang rapat boleh digunakan semasa rambut bayi masih halus dan nipis. Manakala, jenis gigi bergerigi boleh digunakan untuk menyikat rambut yang lebat dan tebal.
Apa yang kami suka?
- 2 in 1 –mempunyai dua jenis sikat rambut yang boleh disesuaikan mengikut ketebalan rambut bayi yang berbeza.
- Boleh digunakan sehingga anak kecil membesar.
Anakku Disney Baby Mickey & Minnie Hair Brush & Comb
Terbaik untuk menghilangkan kusut rambut
Anakku Disney Baby Mickey & Minnie Hair Brush & Comb memberikan keunikan yang berbeza berbanding sikat rambut yang lain. Ia selamat digunakan untuk kepala bayi yang lembut dalam masa yang sama merangsang minat si manja!
Ia hadir dengan warna yang menarik, sambil menyisir sambil merangsang penglihatan anak. Malah ia juga hadir dengan warna-warna menarik.
Dua jenis berus berbeza ini boleh memberi pilihan kepada ibu bapa. Jika anak sudah semakin besar bolehlah menggunakan sisir yang lebih keras.
Apa yang kami suka?
- Boleh didapati dengan pelbagai 2 variasi warna
- Menyikat rambut sambil merangsang penglihatan si manja.
Chicco Brush and Comb
Terbaik untuk merapikan rambut bayi
Set Chicco Brush and Comb membolehkan anda menyisir rambut bayi dengan lembut. Bulu berus semula jadi yang lembut dan gigi dengan hujungnya bulat sesuai untuk kepala bayi yang halus.
Kedua-duanya mempunyai pemegang besar yang boleh dipegang dengan mudah dan selamat. Memudahkan anda menyisir bayi tanpa perlu ‘grip’ dengan kuat.
Penggunaan sikat ini akan membuatkan rambut bayi lebih rapi dan kemas.
Apa yang kami suka?
- Setiap hujung sikat berbentuk bulat – selamat digunakan untuk bayi kulit sensitif
- Pemegang yang selesa – memudahkan tangan ibu untuk menyikat
- Diperbuat daripada bulu lembut, jadi mengurangkan risiko kecederaan pada kulit bayi.
- Sesuai untuk bayi baru lahir.
- 1 set mempunyai sikat biasa dan berus.
- Boleh didapati dalam variasi warna pink, biru & oren.
Comel Baby Care Set Kit 10 in 1
Terbaik sebagai kelengkapan penjagaan bayi
Sesetengah ibu bapa baru terlepas pandang untuk memilih satu persatu barang keperluan bayi baru lahir, selain berus rambut. Tak perlu kelam kabut, untuk memudahkan urusan anda kelak pilih sahaja set ini kerana sudah lengkap dengan penjagaan kulit bayi.
Set penjagaan ini termasuklah pengetip kuku, thermometer, penyedut hidung, sikat rambut, gunting dan berus gigi bayi.
Apa yang kami suka?
- Mempunyai variasi warna: Biru & Pink
- Diperbuat daripada bahan silicon dan plastik
- 10 in 1 – Lengkap dengan set penjagaan bayi
Autumnz Wooden Baby Hair Brush
Terbaik dengan berus lembut
Sikat kayu yang diperbuat daripada bulu kambing ini sangat lembut untuk digunakan pada kepala bayi yang baru lahir malah dapat menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat.
Mudah digunakan, ringan dan tidak merosakkan rambut, sikat rambut bayi Autumnz ini juga boleh menyisir rambut bayi dengan rapi dan boleh digunakan dalam keadaan kering atau basah
Apa yang kami suka?
- Diperbuat daripada kayu asli dan bulu kambing tanpa cat atau varnish
- Boleh digunakan untuk rambut basah dan kering
- Memberi sensasi yang menenangkan dan kelonggaran untuk bayi anda
- Mudah dan selesa untuk dipegang dan digunakan
Baby Kids Safety Soft Hair Brush
Terbaik dengan harga yang murah
Sikat dan berus bayi ini diperbuat daripada bahan bukan toksik. Pemegang produk dibuat dengan reka bentuk lengkung supaya mudah dipegang dan anti gelincir.
Ia diperbuat daripada bahan nilon berkualiti tinggi dan membantu mengurut kepala bayi apabila mandi dan tidak akan menyakiti kulit mereka. Sikat direka dengan manik bulat dan licin, memberikan bayi pengalaman yang selesa.
Apa yang kami suka?
- Lembut dan selesa
- Hujung sikat yang bulat
- Bulu lembut tidak menyakitkan kepala bayi
- Pemegang tidak licin
- Bebas BPA dan bahan bukan toksik
The First Year ComFort Care Comb & Brush
Terbaik diiktiraf Palang Merah Amerika
Adakah terdapat sesuatu yang lebih baik daripada rambut bayi yang lembut dan berbau harum? Dengan sikat dan berus penjagaan keselesaan yang diiktiraf Palang Merah Amerika, anda boleh merapikan rambut bayi dengan selamat dan penuh keselesaan.
Menampilkan pemegang Sure Grip, set sikat dan berus ergonomik ini direka untuk dandanan lembut, dengan berus bulu lembut dan sikat bebas kusut. Cara terbaik untuk menjaga rambut bayi!
Apa yang kami suka?
- Didatangkan dengan sikat dan berus rambut
- Mengelakkan rambut menjadi kusut
- Menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
Perbandingan Harga Sikat Rambut Yang Terbaik dan Selesa Untuk Kulit Bayi
Jenama | Harga |
Tommee Tippee Brush And Comb Set | RM15.90 |
Snapkis Wooden Baby Hair Brush Set | RM39.20 |
Babyshop Juniors Printed Soft Grip Brush and Comb Set | RM12.75 |
Dodo Brush And Comb | RM19.50 |
Anakku Disney Baby Mickey & Minnie Hair Brush & Comb | RM8.90 |
Chicco Brush and Comb | RM23.00 |
Comel Baby Care Set Kit 10 in 1 | RM16.72 |
Autumnz Wooden Baby Hair Brush | RM12.62 |
Baby Kids Safety Soft Hair Brush | RM3.40 |
The First Year ComFort Care Comb & Brush | RM13.93 |
Penting Sikat Rambut Untuk Penjagaan Rambut Bayi
Sikat rambut merupakan alat yang penting dalam penjagaan rambut bayi. Pemilihan sikat rambut yang betul amatlah penting dalam proses menyikat rambut bayi.
Ini kerana dapat melancarkan peredaran darah, menyihatkan kulit dan membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut bayi.
Cara Melebatkan Rambut Bayi
Tidak semua bayi dilahirkan dengan keadaan rambut hitam dan lebat kerana kadar pertumbuhannya terutama ketika bayi adalah berbeza.
Bagi masyarakat Melayu, kebiasaannya rambut bayi dicukur selepas dilahirkan bagi memastikan rambut baru yang tumbuh itu lebih lebat dan sihat.
Namun, terdapat juga bayi yang masih tidak tumbuh rambut selepas dicukur dan ia mungkin menimbulkan kebimbangan ibu bapa. Maka bermulalah usaha untuk merangsang pertumbuhan rambut si kecil walaupun ada kalanya ia lambat menampakkan hasil.
Jangan risau, di sini kami akan kongsikan lima tips untuk melebatkan kembali rambut anak anda dengan mudah dan cepat.
1. Syampu rambut
Anda digalakkan untuk syampu kepala bayi sekurang-kurangnya dua kali sehari dalam kuantiti kecil untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut mereka. Jangan lupa juga untuk mengurut kulit kepala mereka untuk merangsang folikel.
2. Minyak rambut
Selain dari syampu, minyak rambut yang sesuai juga dapat melebatkan lagi rambut bayi anda. Minyak rambut juga berfungsi untuk menghilangkan kelemumur dan kulit kering pada kepala bayi. Namun, pastikan anda tidak menggunakan minyak rambut yang mengandungi bahan kimia. Hal ini boleh menyebabkan kulit kepala bayi gatal.
3. Menyapu aloevera
Lidah buaya atau aloevera memang bukan lagi rahsia untuk membantu melebatkan rambut, bukan hanya bayi malah ramai orang dewasa yang menggunakan tanaman ini untuk menghitamkan dan melebatkan rambut.
Untuk bayi anda, boleh gunakan lidah buaya dengan mengambil isi dan lendirnya saja. Hancurkan isi sehingga berbentuk gel dan oleskan secara merata pada rambut dan kulit kepala bayi. Lakukan berulang setiap minggu, kerana lidah buaya bukan hanya melebatkan malah membantu menghitamkan rambut bayi.
4. Minyak kelapa
Sebaik-baiknya, hentikan penggunaan bahan tidak jelas dan berbahaya yang sering kali digunakan dalam minyak rambut. Sebenarnya, pada usia seawal itu, ibu bapa tidak digalakkan menggunakan produk rambut untuk melebatkan rambut bayi kerana dikhuatiri bahan yang terkandung di dalamnya membawa mudarat kepada mereka.
Sebaliknya, gunakan saja bahan semula jadi seperti minyak kelapa yang sudah jelas tidak akan membawa bahaya atau merosakkan rambut dan kulit kepala mereka.
5. Buah keras
Buah keras adalah tumbuhan yang bijinya boleh dimanfaatkan sebagai sumber minyak dan rempah. Minyak buah keras memiliki banyak khasiat untuk rambut, menyihatkan, menyuburkan, menguatkan, mencegah rambut rosak serta menghitamkannya secara semula jadi. Sapukan secara rutin minyak buah keras ke kepala anak anda hingga ke hujung rambut.
6. Madu dan minyak zaitun
Madu bukan saja baik diamalkan dalam diet seharian malah dapat membantu menyihatkan kulit, begitu juga dengan minyak zaitun yang membuat kulit lebih sihat kerana mengandung vitamin E. Kedua bahan semula jadi ini boleh dicampurkan dan dioleskan di bahagian kepala dan biarkan beberapa saat sebelum membilasnya. Disebabkan sifatnya yang semula jadi, selamat untuk mengoleskannya pada rambut atau kulit kepala bayi sekali sehari atau dua hari sekali.
Semoga artikel ini bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Barang Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Perlu Disediakan Parents!
Baca juga: Rambut Bayi Yang Tumbuh Selepas Dicukur Lebih Lebat? Ya Atau Tidak?
Baca juga: Rambut Bayi Lambat Tumbuh? Ketahui Punca & Cara Menangani