Kemaruk Makan Kapur & Jilat Simen, Pelik Sungguh Mengidam Ibu Hamil Ini!
Mengidam makanan yang pelik-pelik semasa hamil memang lumrah sebagai ibu yang sedang sarat mengandung. Jom baca perkongsian dari pengguna aplikasi theAsianparent ini.
Selalu sangat orang kata, mengada-ngada betul perempuan hamil ini. Ada saja simptom mengandung mereka yang pelik-pelik contohnya mengidam makanan yang susah nak cari pada masa yang tidak menentu.
Tapi, janganlah salahkah mereka sebab wanita hamil ini memang secara lumrahnya akan mengalami perubahan hormon dan mood yang sangat ketara hingga mempengaruhi rasa mengidam. Jadi tak salahkan jika suami tunjukkan sikit effort dengan memenuhi selera mereka ini?
Seperti soalan poll dari aplikasi theAsianparent yang bertanyakan soalan pernah tak ibu mengidam pelik-pelik tak masa mengandung?
Poll ini mendapat 1749 respon dari pengguna aplikasi theAsianparent iaitu 42% ada mengalami mengidam yang pelik-pelik. Sementara 58% lagi tidak mengalami mengidam semasa hamil.
Poll ini juga mendapat 12 komen dari pengguna aplikasi theAsianparent disusuli dengan 16 likes.
Simptom mengandung dengan mengidam yang pelik-pelik
Menurut pengguna aplikasi theAsianparent bernama Shazana Filzah Isahak mengatakan semasa mengandung, dia mengidam makan bubur ayam mcd dan kari laksa.
Sementara Kina Miera pula mengidam makanan yang manis sahaja semasa second trimester seperti donut. Rasanya seperti nak makan berhari-hari!
Berbeza pula dengan pengguna seorang ini yang menggunakan nama samaran I Need R3HAB mengatakan semasa mengandung, suaminya yang mengidam tomyam selama sebulan. Wow, lain benar ya!
Manakala Diana Dina pula mengidam macam-macam makanan seperti nasi lemak, roti canai, mee goreng dan suka minuman cola. Jika tak dapat rasa nak menangis dan marah.
Mengidam pelik nak makan kapur
Melalui perkongsian berita dari mStar, ada seorang wanita yang berumur 35 tahun mengidam nak makan kapur yang ketika itu dalam fasa trimester ketiga dan hamil anak kedua.
Menurut wanita tersebut, dia cuba makan ais kacang, epal tapi tetap teringin nak makan kapur. Selain itu, dia juga gemar menghidu produk pencuci.
Penulisan wanita itu mendapat respon dari kaum ibu yang lain dan turut berkongsi mengidam pelik mereka ketika hamil. Seorang wanita ini mengidam belon semasa hamil tapi mujur tidak rasa untuk makan.
Ada juga yang suka bau kedai kasut, bau plastik dan lebih teruk ada yang berkeinginan untuk menjilat batu dan simen yang baru dibancuh.
Mengidam itu mitos atau fakta?
#1. Mengidam biasanya berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Dalam kamus perubatan, mengidam ini bukan disebabkan oleh perubahan hormon bakal ibu.
#2. Masyarakat dahulu selalu sebut jika tidak penuhi mengidam ibu hamil, anak yang bakal lahir akan mengeluarkan air liur. Pada hakikatnya, tiada bukti perubatan yang dapat menyokong mitos ini.
#3. Sebenarnya, rasa mengidam itu disebabkan oleh hormon yang aktif sepanjang kehamilan iaitu hormon progesteron.
#4. Peningkatan hormon tersebut dikaitkan dengan fungsi metabolisma tubuh badan dan salah satunya pada organ pencernaan serta pengeluaran air liur.
Jika rasa mengidam ini tidak dapat dipenuhi oleh suami maka isteri boleh mengalihkan perasaan tersebut dengan perkara lain seperti memasak, menonton tv, melayari internet, sibuk dengan kerja dan lain-lain.
Anda pula bagaimana ada mengidam yang pelik-pelik semasa hamil? Kongsikan dengan kami di ruang komen.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: