Ini Cara Bagaimana Pesakit Covid-19 Boleh Sembuh, Walaupun Belum Ada Vaksin!

undefined

Walaupun vaksin belum ada, namun pesakit corona virus boleh sembuh dengan keupayaan sistem pertahanan badan. Ini penjelasan lanjutnya.

Dalam menangani wabak corona virus, sistem imunisasi badan memainkan peranan yang sangat penting dan setiap daripada kita digalakkan untuk mengambil makanan yang dapat membantu meningkatkan imun badan ke paras
yang baik.

Makanan yang digalakkan sudah tentulah sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi nutrisi penting untuk meningkatkan sistem imunisasi badan sekaligus dapat mencegah jangkitan.

Hal ini kerana, penularan wabak corona virus seolah-olah tidak tahu bila ia akan berakhir. Malah seluruh dunia juga masih bertungkus lumus mencipta vaksin dan mencari ubat yang sesuai untuk merawat coronavirus.

Walaubagaimanapun, meskipun belum ada vaksin dan ubat namun pesakit yang mengalami gejala ringan dapat sembuh dengan sendiri selepas beberapa hari menunjukkan gejala tertentu seperti demam, sakit tekak, batuk dan sebagainya.

Hal ini berkait rapat dengan sistem imunisasi mereka yang kuat sekaligus dapat melawan sebarang jangkitan virus berkenaan.

Sistem imunisasi badan penting bagi membantu pesakit covid-19 untuk sembuh

sistem imunisasi

Tak dinafikan memang ada sebahagian daripada pesakit covid 19 memerlukan bantuan alat pernafasan untuk hidup dan rata-ratanya mereka yang turut mempunyai komplikasi penyakit yang lain juga.

Walaubagaimanapun jika secara majoriti, kebanyakan daripada mereka lebih memerlukan sistem imunisasi yang kuat bagi melawan jangkitan ini sekaligus sembuh dengan lebih cepat.

Sebab itu, pesakit yang mengalami masalah dengan sistem pertahanan badan akan lebih berisiko.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr Oanh Nguyen terhadap seorang wanita yang dipercayai positif covid 19.

Wanita tersebut berumur dalam linkungan 40 tahun tanpa penyakit kronik yang lain.

Setelah itu, Dr Nguyen mengambil sampel darah pada 4 waktu yang berbeza bagi melihat proses sistem imun bagi melawan jangkitan virus.

Selepas tiga hari di hospital, wanita berkenaan melakukan pemeriksaan darah dan menunjukkan peningkatan terhadap populasi sel imun.

Lantas dengan pemerhatian tersebut, Dr Nguyen meramalkan pesakit yang dijangkiti coronavirus boleh sembuh selepas tiga hari.

Apatah lagi, pandemik covid-19 ini merupakan virus baru yang telah mengejutkan seluruh dunia tapi badan masih mampu melawan sekiranya sistem imun badan dalam keadaan yang baik.

Apa itu sitokin?

sistem imunisasi

Untuk cepat sembuh dari corona virus, badan seseorang pesakit itu bergantung sepenuhnya kepada sistem pertahanan badan dan sel imun yang dikenali sebagai sitokin.

Sitokin ini adalah molekul pengisyaratan yang dirembeskan oleh badan bagi membasmi jangkitan bakteria dan aktifkan proses keradangan.

Dalam sesetengah kes, tubuh kita juga boleh menghantar lebih banyak sel imun bagi membasmi wabak ini dan ia bukan hanya membunuh virus tersebut tapi sel sihat juga.

Ia dikenali sebagai ribut sitokin. Perkara ini membabitkan penggunaan agen bagi menurunkan fungsi sistem ketahanan badan. Tapi kalau dah turunkan sistem ini, bagaimana pesakit boleh sembuh sendiri?

Walaubagaimanapun, setakat ini, saintis masih mencari jalan yang berkesan bagi membasmi masalah yang berkaitan dengan ini.

Antara ujian klinikal yang dilakukan adalah yang melibatkan ubat prostat yang dikenali sebagai tamsulosin.

Ubat ini, boleh menghalang rembesan hormon dopamin dan adrenalin yang dicetuskan daripada sitokin.

Dengan cara ini dapat membantu pesakit yang mengalami gejala yang lebih teruk untuk sembuh kembali.

sistem imunisasi badan

Bagaimanapun, satu ujian klinikal perlu dilakukan bagi memberi perhatian terhadap proses untuk menghalang fungsi sitokin ini. Sasaran utama pada interleukin-6 yang dikaitkan dengan kegagalan sistem pernafasan.

Sekiranya boleh mencipta ubat yang mampu menghalang interleukin-6 ini, maka sitokin yang lain tidak akan terganggu.

Meskipun itu, ujian klinikal masih dijalankan dan memerlukan masa yang agak panjang untuk mengetahui keberhasilannya.

Justeru, sistem imunisasi adalah sangat penting bagi membantu mencegah coronavirus tapi ubat dan vaksin juga terbukti berkesan untuk membasmi wabak terburuk ini.

Sekiranya pesakit yang dijangkiti memiliki imunisasi yang kuat, maka mereka lebih berisiko untuk mendapat covid 19 yang tidak terlalu teruk berbanding pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang lemah.

Apapun, sentiasa patuh dengan kebersihan dan kawalan pergerakan meskipun pada hari ini ramai warga kota yang sudah boleh memulakan pekerjaan mereka.

Sentiasa ingat untuk selalu mematuhi penjarakan sosial dan mengamalkan langkah-langkah kebersihan seperti mencuci tangan, pakai mask dan hand sanitizer agar anda dilindungi dari wabak berbahaya ini.Ini Cara Bagaimana Pesakit Covid-19 Boleh Sembuh, Walaupun Belum Ada Vaksin!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Science Daily 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comvirus-baru

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!