TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Wanita Ini Tidak Keluar Rumah Selama 3 Minggu, Tapi Disahkan Positif Covid-19!

15 Apr, 2020
Wanita Ini Tidak Keluar Rumah Selama 3 Minggu, Tapi Disahkan Positif Covid-19!

Betapa penatnya duduk di rumah selama tiga minggu tapi tetap boleh dijangkiti corona virus atas sebab kecuaian diri sendiri. Inilah yang berlaku kepada wanita ini. Baca lanjut kisahnya.

Mengejutkan berita tentang pesakit hospital ini yang dikatakan sudah berada di rumah sejak tiga minggu namun dia disahkan dijangkiti positif corona virus atau covid-19. Bagaimana ia boleh berlaku? Ikuti kisahnya dengan lebih lanjut.

Inilah yang menjadi persoalan bagaimana seorang wanita yang langsung tidak keluar rumah tapi masih boleh dijangkiti dengan wabak berbahaya ini.

Pesakit hospital ini tidak keluar rumah tapi positif covid-19

pesakit hospital

Wanita berkenaan bernama Rachel Brummert mengakui bahawa sistem ketahanan badannya lemah kerana dia mengalami gangguan autoimun.

Atas sebab itulah, dia bertindak untuk tidak keluar rumah selama lebih dari tiga minggu supaya dapat memastikan tubuhnya tidak dijangkiti oleh wabak berbahaya covid-19.

“Saya sangat takut. Ini adalah penyakit yang paling takut saya pernah dengar dan berharap boleh sembuh dari penyakit ini dengan berada di rumah,” katanya.

Menurut Brummert, selain ahli farmasi dan suaminya, dia langsung tidak berinteraksi dengan mana-mana orang pun.

Namun, satu-satunya orang lain yang ada berinteraksi dengannya adalah seorang wanita yang menjadi sukarela untuk membeli barang runcit di kedai dan sekadar meletakkan barang tersebut di luar pintu rumah.

” Paling mengejutkan selang beberapa hari, wanita itu diuji positif covid-19. Kemudian saya pula dijangkiti walaupun langsung tidak menyentuhnya,” ujarnya lagi. 

Pesakit hospital, selalu pakai sarung tangan

corona virus

Brummert berkata, hampir setiap hari dia akan sentiasa memakai sarung tangan supaya dapat mengelak dari dijangkiti corona virus.

Namun, disebabkan terlupa dan tidak terfikir untuk memakainya semasa mengambil barangan runcit yang dibeli oleh wanita berkenaan, akhirnya Brummert mengalami beberapa gejala Covid-19 termasuklah batuk, demam, sakit kepala dan kesukaran bernafas.

Namun begitu, dia mengambil masa beberapa hari untuk diuji dengan Covid-19. Sampai dirinya betul-betul bersedia.

Menurut beliau, itu adalah kesakitan terburuk yang pernah dialami olehnya dan berkata ia merupakan pengalaman terburuk dari selesema biasa. 

Ikut nasihat pakar

Brummert menegaskan yang dirinya sentiasa mengikut nasihat pakar kesihatan dengan berlatih jarak jauh (social distancing) dan menjaga kebersihan dengan sebaiknya.

Dia bahkan tidak langsung berinteraksi secara terus dengan wanita yang membawa bahan makanan mereka ke rumah tetapi satu saja kesalahannya iaitu tidak membersihkan dahulu plastik barangan tersebut sampailah dirinya dijangkiti.

Oleh kerana Brummert mempunyai penyakit yang ada kaitan dengan sistem ketahanan badan yang lemah, maka dia mudah untuk dijangkiti covid-19.

Sebab itu, orang ramai disarankan untuk sentiasa menguatkan sistem imun bagi mengelak penyakit berjangkit ini.

Sekiranya ada penyakit seperti kelemahan autoimun dan paru-paru. Maka anda disarankan untuk lebih berhati-hati kerana covid-19 lebih mudah menyerang anda yang menghidap salah satu penyakit ini.

Gejala Covid-19

gejala covid-19

Apakah gejala yang harus dipantau bagi menentukan sama ada anda dijangkiti atau tidak dengan corona virus ini?

  • Sekiranya anda mengalami selesema dan hilang deria bau serta rasa
  • Gejala yang lain juga boleh menyebabkan demam dan kegelisahan
  • Sering batuk dan tidak dapat bernafas dengan betul
  • Boleh menyebabkan kesakitan fizikal

Walaupun Malaysia berada di tahap terkawal, namun seluruh rakyat Malaysia digesa untuk terus duduk di rumah dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Malah, anda juga perlu sentiasa beringat untuk memakai hand sanitizer, mencuci tangan dan pakai mask semasa keluar membeli barang keperluan dapur.

Sekiranya anda berasa tidak selesa dengan badan dan rasa tak sihat, segera ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan covid-19 ini.

Cara yang boleh dijangkiti Covid-19

Menurut CDC atau Pusat Penyakit dan Pencegahan, Covid-19 boleh disebarkan melalui titisan udara dari orang yang mempunyai virus tersebut.

Titisan ini dilepaskan dari badan pesakit corona virus dengan cara batuk dan bersin.

Kemudian, wabak ini dipindahkan kepada orang lain atau benda yang berhampiran mereka.

Di sinilah penyebaran virus itu dapat memasuki tubuh melalui mata, hidung dan mulut orang lain.

Oleh itu, sangat penting untuk sentiasa membersihkan barang runcit dari luar atau barang yang diambil daripada orang lain.

Selain jangan menyentuh muka atau mulut terutama jika belum mencuci tangan.

Juga mandi dengan kerap dan menukar pakaian selepas berada di luar.

Wanita Ini Tidak Keluar Rumah Selama 3 Minggu, Tapi Disahkan Positif Covid-19!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: WCNC.com 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comvirus-paling-berbahaya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Wanita Ini Tidak Keluar Rumah Selama 3 Minggu, Tapi Disahkan Positif Covid-19!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham