Skill Helicopter Suami Isteri Buat Hubungan Lebih Menarik, Berikut Cara Untuk Lakukan Posisi Ini

Skill helicopter suami isteri boleh puaskan anda berdua kerana ia bukan sahaja sesuatu yang mendebarkan, ia turut memuaskan kehendak anda.

Skill helicopter suami isteri merupakan salah satu daripada posisi yang boleh dilakukan ketika sedang berhubungan seks. Jika anda mahukan sesuatu yang baru ketika seks, anda boleh mencuba posisi ini. Kali ini, kami akan kongsikan beberapa teknik untuk untuk meningkat skill helicopter untuk suami isteri.

Apa Itu Skill Helicopter Suami Isteri?

Ini merupakan salah satu posisi seks untuk suami isteri namun ia bukan posisi untuk individu yang lemah kerana ia memerlukan kekuatan bahagian atas tubuh agar lebih mudah memasuki pasangan anda.

Posisi seks helikopter, juga dikenali sebagai “posisi bumper cars,” dinamakan demikian kerana ia membuatkan pasangan kelihatan seperti helikopter semasa berhubungan intim. 

Kelihatan memang agak sukar, jadi jika anda mencari posisi seks yang atletik dan liar untuk dicuba, posisi ini adalah untuk anda.

Cara Melakukan Posisi Helikopter

Untuk melakukan posisi ini, ia boleh menjadi sukar jadi latihan dan kesabaran adalah kunci. Anda mungkin perlu mencuba posisi ini dengan menggunakan pakaian terlebih dahulu untuk memastikan keadaan yang anda selesa sebelum memasuki vagina isteri anda.

Langkah Melakukan Skill Helicopter Suami Isteri

1. Untuk isteri, bayangkan anda sedang berada dalam posisi plank namun lutut anda menyentuh lantai. Kemudian, pada bahagian tangan pula, anda menyokong badan anda menggunakan siku.

2. Suami pula berdiri di sebelah isteri dan selarikan punggung anda sama ada di sebelah kiri atau kanan dengan kepala anda menghadap ke arah kaki pasangan.

3. Suami perlu letakkan tangan di atas katil atau lantai jauh daripada isteri dan angkat kaki anda ke atas punggung isteri untuk memasukkan kemaluan anda ke  dalam vagina, sementara kaki anda terus berada di udara.

4. Dalam posisi ini, suami akan meletakkan pelvik mereka di atas punggung isteri dan tangan anda akan berada dalam posisi push up bagi menyokong berat badan.

Menurut pakar Doktor Seksualiti Manusia, Emily Morse, anda boleh membayangkan diri anda seperti katak yang sedang melompat ke hadapan dan perut suami menghadap ke bawah.

Posisi ini merangsang secara mental kerana ia baru, mendebarkan, dan mencabar, dan ia sangat bagus jika anda dan pasangan ingin keluar dari zon selesa untuk mencuba sesuatu yang agak gila.

Menurut Morse, suami akan merasa lebih puas dengan posisi ini kerana penis suami lebih sensitif pada bahagian atas walaupun tidak memasukkannya secara penuh ke dalam vagina isteri.

Tip Untuk Lebih Puas Semasa Posisi Helikopter

Sudah pasti, suami juga mahu isteri turut berasa puas dengan posisi ini. Berikut adalah empat tips untuk memaksimumkan kepuasan anda dan pasangan ketika berada dalam posisi ini.

1. Lakukan Perlahan-lahan

Disebabkan posisi ini jarang dilakukan dan mempunyai tahap kesukaran yang tinggi, ia penting untuk anda memulakannya dengan perlahan-lahan bagi mengelakkan kecederaan terhadap diri anda dan isteri.

Suami juga perlu ingat, penis yang tegak atau keras selalunya akan mengarah ke atas dan bukannya ke bawah. Ketika melakukan posisi ini, penis anda perlu menghadap kebawah, jadi jika anda menolak dengan terlalu cepat, ia boleh menyebabkan ketegangan terhadap ligamen suspensori yang menyokong penis ketika keras.

2. Gunakan Pelincir (Lube) Untuk Seks

Menggunakan lube boleh membantu memudahkan tolakan ke dalam vagina isteri. Ia juga memastikan isteri tidak mengalami iritasi atau kesakitan semasa melakukan hubungan seks.

3. Lakukan Pemanasan Terlebih Dahulu

Posisi ini tidak ideal untuk anda terus lakukan, sebaliknya anda disarankan untuk melakukan pemanasan terlebih dahulu dengan melakukan posisi seks lain yang lebih mudah untuk meregangkan ligamen penyokong penis, contohnya posisi cowgirl terbalik. Anda juga boleh memulakan dengan variasi helikopter yang lebih mudah, yang disebut helikopter berbaring.

4. Rangsangkan Kelentit (Clitoris) Isteri

Anda boleh meningkatkan kepuasan isteri dengan menggunakan salah satu tangan anda untuk merangsang klitoris mereka, atau gunakan mainan seks seperti vibrator kecil.

skill helicopter suami isteri, posisi seks

Variasi Posisi Helikopter

Dengan posisi yang mempunyai tahap kesukaran tinggi ini, variasa perlu bagi mereka yang tidak mempunyai kekuatan atau fleksibiliti untuk melakukan posisi asal. Berikut adalah beberapa pilihan sebelum mencuba posisi helikopter atau sebagai alternatif posisi ini.

1. Helikopter Berbaring

Posisi ini hampir sama dengan posisi helikopter yang asal, namun ia tidak memerlukan kekuatan tangan atau akrobatik. Berikut adalah langkah-langkahnya.

1. Isteri berbaring dengan perut mereka dengan kaki terbuka dan punggung ditinggikan bagi memudahkan suami untuk memasukkan penis.

2. Suami berbaring atas perut di atas isteri dan kepala menghadap kaki pasangan anda.

3. Kemudian bengkokkan penis anda ke belakang dan ke bawah untuk memasuki vagina isteri.

2. Pesawat Terbang

Asalnya posisi ini bukan posisi helikopter, namun ia merupakan posisi yang ditemui dahulu sebelum helikopter. Disamping itu, ia juga melibatkan penatrasi yang tidak konvensional. Berikut adalah langkah-langkahnya.

1. Suami berbaring berhampiran hujung katil dengan lutut dibengkokkan dan biarkan betis tergantung di hujung katil.

2. Isteri pula berada di atas suami, perut ke bawah menghadap kaki suami anda. Kaki isteri pula berada di sisi badan dan pelvik anda sejajar dengan suami. Isteri boleh menyokong badan dengan memegang peha suami atau katil.

3. Penis suami perlu dibengkokkan ke bawah untuk memasuki vagina isteri.

Posisi ini memang sukar, tapi ia boleh menjadi menghairahkan dan memuaskan. Walau bagaimanapun, mencuba posisi ini mungkin akan menjadi pengalaman seksual yang tidak akan anda lupakan.

Jika posisi ini terlalu sukar buat anda dan pasangan, anda mungkin boleh mencuba posisi yang mudah terlebih dahulu. Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tips Malam Pertama Pengantin Menurut Islam

Baca juga: Cara Hubungan Suami Isteri: Kena Cium Kening Isteri Dan Suami Cium Tangan Suami Untuk Berkat

Baca juga: Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!