X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

4 min bacaan
Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

Memang adat rumah tangga pasangan berselisih pendapat. Ini pula teknik berbincang yang pasangan perlu guna agar hubungan tidak lebih keruh.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”

Asam garam rumah tangga, bertegang urat, bertikam lidah ni memang perkara biasa. Kalau tak ada, tak berseri lah rumah tangga tanpa pujuk-memujuk. Bila wujudnya pertengkaran atau permasalahan, kita dapat lebih mengenali pasangan serta sama-sama cuba untuk perbaiki hubungan suami isteri.

Kajian dari BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (2022) menyatakan bahawa, kebahagiaan suami isteri terbentuk melalui pergaulan yang baik antara satu sama lain. Pergaulan baik akan memberi kesan positif kepada kualiti perkahwinan.

Namun jika sebaliknya, akan menyebabkan keluarga sentiasa dalam keadaan bermasalah. Ini dibuktikan dengan masalah rumah tangga yang pelbagai seperti peningkatan kes penceraian yang sangat membimbangkan, pembunuhan tragis antara suami dan isteri serta keganasan rumah tangga membuktikan bahawa tiadanya ketenangan, cinta dan kasih sayang dalam rumah tangga.

Oleh itu, sebagai pasangan suami isteri, anda perlu mengambil beberapa pendekatan untuk menyuarakan pendapat dan berbincang permasalahan dengan pasangan dan tidak dipengaruhi aura negatif supaya rumah tangga dapat dipelihara.

Jom lihat teknik-teknik yang anda boleh gunakan sebagai cara atau pendekatan yang anda boleh gunakan untuk berbincang dengan pasangan anda!

Teknik 1: Berbincang Untuk Setiap Perkara

Teknik berbincang dengan pasangan perlulah betul agar kedua-dua tidak mudah terasa hati

Advertisement

Lain orang, lain ragam. Begitulah hidup di alam perkahwinan. Betul, memang ada pasangan yang pantang buka mulut, ada saja bahan yang boleh dijadikan pergaduhan. Mesti anda tak mahukan hubungan yang sentiasa tegang dengan pasangan kan? Takkan 10 tahun kahwin, hari-hari nak gaduh? Jadi, berbincanglah dengan pasangan anda secara baik dan telus.

Bincangkan dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke perkara yang besar. Antara perkara kecil yang boleh dibincang seperti nak makan kat mana, mana nak hantar anak sekolah, apa lagi yang boleh diperbaiki dalam hubungan dan macam-macam lagi perkara yang boleh dibincangkan.

Bila adanya perbincangan atau komunikasi ini, maka pasangan tahu pendapat masing-masing. Pergaduhan pun dapat dielakkan bila sama-sama fikirkan solusi. Ingat, bahawa berbincang ni bukan untuk bergaduh. Berbincang untuk improve hubungan supaya rumahtangga lebih aman damai dan kekal sehingga ke akhirnya.

Teknik 2: Jangan terus ‘serang’ pasangan

Guna Teknik Burger Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

“Tau tak I ni penat?”

Dan bermulalah episod bertikam lidah antara suami isteri…Ini bukan caranya. Jangan serang pasangan anda dengan menembak mereka dengan statement penuh emosi. Walaupun anda penat baru balik kerja dan perlu berbincang hal penting dengan pasangan, jangan balas dengan emosi yang boleh menyebabkan pergaduhan besar.

Sebaliknya, minta masa untuk bertenang seketika dan balas dengan baik pada pasangan anda. Anda boleh membalas dengan berkata, “I penat sangat sekarang. Nak rehat dulu. Kita bincang nanti ok?”. Haa, kan manis tu. Pasangan pun sejuk hati nak berbincang bersama. Paling penting, pergaduhan pun tak tercetus.

Teknik 3: Teknik Burger

Guna Teknik Burger Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

Anda mesti tertanya-tanya, apa pulak teknik burger ni? Dalam kata lain, teknik burger ni sebenarnya teknik berlapik. Contohnya, anda dah lama simpan perasaan tentang pasangan anda, nak tegur depan-depan takut kena marah. Jadi, anda boleh gunakan teknik burger ini di mana anda memuji dulu pasangan anda.

Kemudian, anda selitkan teguran dan akhiri dengan pujian lagi. Contohnya begini, “Saya suka penampilan awak. Segak je. Nanti pakai lah deodarant hari-hari. Bila settle bau badan, confirm A+!”

Bila anda tegur berlapik macam ni, tak adalah terasa hati pasangan anda, mesej teguran pun sampai ke hati mereka. Kalau anda terus je tegur tak berlapik, get ready lah nak perang dunia ketiga!

Teknik 4: Beli Jiwa

Teknik berbincang dengan membeli jiwa antara cara terpantas untuk pulihkan hubungan keruh

Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya mempunyai cara atau teknik yang berbeza untuk ‘beli jiwa’ mereka. Wanita lebih cenderung untuk ditambat hati mereka melalui pujian, lelaki pula mudah untuk ditambat hati mereka dengan penghargaan.

Bila adanya sesi ‘beli jiwa’ sesama suami isteri begini, pergaduhan pun dapat dielakkan. Suami isteri pun kalau nak berbincang, sejuk je hati bila sebelum tu dah ditambat hati mereka, kan?

Suami Isteri perlu elakkan ‘3M’ ini ketika berbincang

  • Menyindir
  • Merendah-rendahkan
  • Meninggikan suara

Ingat bahawa tujuan anda berbincang adalah untuk aa. Jadi, elakkan ‘3M’ ini dalam perbincangan untuk capai kata sepakat. Semoga anda dan pasangan dapat amalkan cara yang sihat untuk selesaikan masalah dengan berbincang menggunakan teknik-teknik ini!

Artikel diterbitkan semula dengan kebenaran daripada Kiddocare

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Cara Berdepan Suami/Isteri Yang Kuat Berahsia, Elak Jadi Silent Killer Dalam Hubungan!

Baca juga: Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

Baca juga: Ramai Mertua & Menantu Perempuan Susah Nak Serasi, Tapi Ini Jarang Terjadi Pada Kaum Suami

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

kiddocare

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!
Kongsikan:
  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham