Apabila berkahwin, kita bukan sahaja memperoleh pasangan hidup tetapi perlu menerima seluruh ahli keluarganya. Namun antara masalah biasa terjadi adalah hubungan mertua menantu yang dikatakan sukar mendapat keserasian.
Tidak dinafikan bahawa pada permulaan perkahwinan, segalanya akan menjadi agak janggal. Sebagai menantu, anda perlulah bersedia untuk mengenali hati budi ibu dan ayah mentua dengan lebih dekat.
Hubungan mertua menantu perempuan dikatakan rumit
Perkongsian Farizal Radzali di laman Facebook telah membuka mata ramai. Dia menjelaskan sebab kenapa hubungan mertua menantu perempuan lebih banyak isu berbanding lelaki.
Saya pernah dapat klien kes cerai disebabkan oleh mertua menantu perempuan bergaduh. Disebabkan tidak tahan, si suami bertindak menceraikan isterinya. Iyalah, sebab nak ceraikan ibu kandung memang tak boleh dan nanti dapat status anak derhaka pula.
Bila kena memilih satu, maka dia buanglah isterinya. Mereka sudah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun dan dikurniakan tiga orang anak.
Sejak kahwin lagi mereka tinggal sebumbungan dengan ibu ayah suami sebab dia merupakan anak tunggal. Masa ingin pulang, si suami sempat lagi bertanya:
”Kenapa lelaki boleh hidup dalam keluarga mertua dengan baik, tetapi perempuan tidak boleh? Sebab ramai wanita cerewet dan semua nak menang!” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan kami.
Terfikir juga dan memang betul apa yang dikatakan. Amat jarang sekali kita dengar ibu mertua atau bapa mertua berselisih faham bila tinggal bersama.
Selalunya kita dengar pelbagai masalah yang timbul antara ibu mertua dengan menantu perempuan sehingga ipar duai pun terlibat sama.
Tapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dengan bapa mertua atau ibu mertua mengenai apa? Potong bawang salah? Masak nasi lembik sgt? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai lipat kain? Tak pandai jaga anak?
Tak pandai jaga isteri? Tak pandai kemas rumah? Tak pandai itu? Tak pandai ini? Tiada satu pun menantu lelaki terlibat dalam hal ini. Cukuplah andai dia boleh bekerja dan menyara hidup anak isteri.
Sikap sesetengah mak mertua yang suka pertikai hal remeh
Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yang nak dipertikaikan. Itu tak betul, ini tak betul.
Sesetenga mak mertua terlalu mahukan menantu perempuannya mengikuti cara keluarga suami sedangkan dia dibesarkan dalam keluarga yang lain, yang mungkin cara hidup tak sama.
Nak pula ada ipar duai dalam diam ada simpan perasaan cemburu kerana ada perempuan lain masuk dlm keluarga mak mertua.
Manakala suami pula, bila isteri mengadu tentang mak mertua atau bapa mertua. Terus marahkan dia. Dikatanya isteri tidak mahu bertolak ansur. Sudah 12 tahun hidup bersama masih tiada tolak ansur?
Kemudian mengungkit pula dengan beritahu ”Dulu masa sebelum kahwin,, saya dah kata kita akan tinggal dengan mak mertua dan bapa mertua. Awak pun setuju. Tapi kenapa sekarang tak boleh pula?”
Dalam hal ini suami juga mungkin lupa bahawa ketika sebelum kahwin dia juga pernah berjanji tidak akan abaikan isteri meskipun tinggal sebumbung dengan ibu ayahnya.
Curahan hati menantu untuk mertua
Sesetengah ibu mertua dan menantu perempuan mempunyai hubungan yang baik, tetapi kebanyakannya tidak begitu. Walaupun ibu mertua kita berniat baik, mereka kadang-kadang boleh menjadi sebagai sedikit bossy dan boleh dinilai dengan cara yang salah.
Dalam meneruskan hidup sebagai orang baru dalam keluarga suami, mungkin ada banyak perkara lebih baik dipendam berbanding diluahkan.
Curahan hati menantu untuk mertua kebanyakannya adalah disebabkan oleh lidah mertua yang dikatakan begitu tajam hingga menyinggung perasaan dalam tidak sedar. Antara perkara tersebut adalah:
#1. Dah berisi ke belum?
Apabila pulang ke kampung, antara soalan yang paling populor ditanya mestilah mengenai anak. Lebih menyedihkan lagi bila dibandingkan dengan orang lain yang cepat dikurniakan cahaya mata.
Keputusan untuk mempunyai anak adalah keputusan yang dibuat antara pasangan suami isteri. Kerap kali bertanya mengenai zuriat di hadapan ahli keluarga yang lain boleh membuatkan kebanyakan orang perempuan tidak selesa dan makan hati meskipun wajahnya masih boleh tersenyum.
#2. Kena ikut cara mak mertua
Cara orang yang terlebih dahulu ‘makan garam’ daripada kita pastinya tidak akan sama. Mereka juga ada banyak pantang larang yang perlu diikuti.
Misalnya tentang orang perempuan zaman kini menguruskan hal rumah tangga dan anak. Sesetengah mak mertua mungkin lebih tegas berbanding bapa mertua.
#3. Tegur cara menantu didik anak
Cucu mungkin insan kesayangan kebanyakan ibu mertua atau bapa mertua. Dalam hal mendidik anak, menantu perempuan biasanya terpaksa menadah telinga dan hadam pelbagai nasihat berbanding lelaki.
Lidah mertua yang suka mengkritik menantu pastinya boleh membuatkan anda berasa tidak selesa. Hal ini kerana setiap orang perempuan memiliki gaya keibubapaan yang berbeza apabila soal mengurus dan mendidik anak.
#4. Suka membebel dan ada sahaja tidak kena
Selain itu, curahan hati menantu untuk mertua adalah disebabkan lidah mertua yang suka membebel dan ada sahaja perkara tidak kena di mata mereka.
Dalam hal ini lidah mertua sebenarnya boleh menjatuhkan maruah orang perempuan sekiranya didengari oleh anak-anaknya yang lain. Sikap sebegini turut meninggalkan kesan yang amat dalam pada benak fikiran dan meresap ke fikiran cucu.
#5. Terlalu menjaga anak lelakinya biarpun sudah berkahwin
Menantu adalah pilihan anak, bukannya pilihan mertua namun ia hadir disebabkan oleh ketentuan jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Sebagai orang perempuan, sudah tentu anda sudah tahu perkara yang suami suka dan tidak suka. Namun curahan hati menantu untuk mertua sering kali dikaitkan dengan sikap ingin bersaing.
Sesetengah mak mertua atau bapa mertua akan sentiasa berpesan dan memberitahu menantu perempuan tentang setiap perkara mengenai anak lelakinya. Ini sekaligus membuatkan anda berasa terganggu dalam mengharungi hidup berumah tangga.
Suami lebihkan keluarga dari isteri
Meskipun sudah berkahwin, rata-rata suami akan meletakkan ibunya sebagai wanita pertama kerana syurga mereka masih ada di telapak kaki ibu.
Walau bagaimanapun banyak kes suami lebihkan keluarga dari isteri. Hingga setiap kali cuti, pasti akan pulang ke kampungnya. Bila gaji masuk, terus dihabiskan untuk ibu ayah dan adik beradiknya di kampung.
Justeru apakah hukum suami lebihkan keluarga dari isteri? Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami lebihkan keluarga dari isteri dianggap derhaka pada Allah SWT.
“Hukumnya, dianggap derhaka pada Allah kerana tiada istilah lelaki derhaka kepada isteri.
“Kalau suami, dia wajib menjaga anak dan isterinya, tiba-tiba dia lebih keluarga dari isteri dan mengabaikan tanggungjawabnya, dengan itu dia dianggap melanggar perintah Allah,” katanya.
Hukum suami tidak menghormati mertua
Ketika seseorang berkahwin, dia akan memiliki ibu bapa yang baru iaitu mertua atau mentua. Mertua adalah orang paling dekat dengan kita selain keluarga.
Mertua adalah insan yang mengasuh dan merawat pasangan kita dari kecil sehingga dewasa.
Berkat redha dan doa restu mertua atau mentua jugalah, perkahwinan anda dapat dilaksanakan dengan penuh keberkatan. Bezanya, mereka tidak mewarisi atau diwarisi serta tidak ada ikatan perwalian antara mertua atau mentua.
Hukum suami tidak menghormati mertua adalah berdosa, kerana posisi mereka adalah seperti ibu bapa kandung.
Bila ziarah, bawalah buah tangan untuk mertua
Apabila menziarahi ibu atau bapa mentua di kampung, janganlah pulang dengan tangan kosong. Sebaliknya bawalah sedikit buah tangan untuk mertua. Tanda anda menghormati tuan rumah.
Antara cadangan buah tangan untuk mertua yang sesuai adalah:
- Buah-buahan
- Barangan dapur
- Buah tangan untuk mertua: Keperluan harian
- Makanan atau kuih yang digemari mertua
- Pakaian baru
- Buah tangan untuk mertua: Jambangan bunga
Untuk mengambil hati mertua, anda juga boleh pertimbangkan beri hadiah untuk mak mertua. Namun sebaiknya, selidik terlebih dahulu perkara yang dia minat.
Biasanya orang perempuan amat sukakan hadiah untuk mak mertua seperti:
- bekas plastik Tupperware
- Hadiah untuk mak mertua: set pinggan
- periuk
- tudung baru
- Hadiah untuk mak mertua: alat penjagaan diri
Tanggungjawab isteri terhadap mak mertua
Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua.
Jika tanggungjawab itu diabaikan, sudah tentu pasangan kita akan menjadi kurang selesa disebabkan oleh ibu bapanya sendiri diabaikan insan yang kita cintai.
Antara tanggungjawab isteri terhadap mak mertua ialah:
- Menghormati mereka seperti ibu bapa sendiri
- Tanggungjawab isteri: Menjaga perasaan mentua
- Menelefon dan bertanyakan khabar
- Memberikan bantuan kewangan sekiranya mampu
- Tanggungjawab isteri terhadap mertua: Tidak menarik muka apabila ditegur
- Mendengar pendapat mentua meskipun tidak sehaluan
- Membantu suami menjaga kebajikan mertua
Apakah mertua termasuk mahram?
Bagi anda yang tidak tahu apakah mertua termasuk mahram (orang yang haram dinikahi), jawapannya adalah ya.
Mak mertua termasuk mahram dan hubungan mahram dengan mertua ini adalah untuk selamanya (mu’abbad). Maksudnya, sekalipun seorang suami sudah mentalak istrinya, maka mertua tetap mahram menantu.
Persoalan apakah mertua termasuk mahram telah terjawab di dalam al-quran iaitu:
“(Diharamkan atas kamu mengawini) ibu-ibu isterimu (mertua).” (QS. An-Nisaa’: 23)
“…(dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu)” (QS. An-Nisaa’: 23)
Punca isteri hilang hormat pada suami
Tiada rumah tangga yang sunyi tanpa ujian. Bukan mudah untuk mengharungi perjalanan suami isteri, pelbagai dugaan perlu hadapi sehingga ramai isteri mengeluh dan menangis di dalam hati.
Ada beberapa punca isteri hilang hormat pada suami iaitu:
- Ambil mudah tentang tanggungjawab terhadap isteri dan anak
- Suami tidak menjaga perasaan isteri
- Suami gagal dalam pengurusan kewangan atau boros
- Punca isteri hilang hormat pada suami: Malas dan tidak mahu bekerja
- Sering menipu dan curangi isteri
- Suami hanya harapkan isteri semata-mata dalam bab rumah tangga
- Punca isteri hilang hormat pada suami: Bersikap panas baran
- Suka memburukkan kelemahan isteri
- Ego dan tidak mengaku salah
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bila Isteri Minta Duduk Asing Dengan Mentua, Fahamlah Dia Sebenarnya Perlukan Privasi
Baca juga: Ibu Kecewa Mentua Suap Bayi 3 Hari Makan Solid Food, Dada Jadi Bengkak & Naik Ruam
Baca juga: Berpantang Rumah Mak Sendiri Atau Rumah Mak Mentua, Anda Pilih Yang Mana?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!