10 Snack Bayi Untuk Tambah Berat, Senang Dan Mudah Untuk Disediakan! Para Ibu, Simpan Resepi Ini Untuk Anak

Snacking bayi tambah berat penting lagi-lagi jika anak itu mengalami masalah kekurangan berat badan. Ini senarai snack mudah disediakan.

Semua ibu bapa pasti mahu anak membesar dengan baik dan sihat. Paling merisaukan apabila anak menunjukkan tanda-tanda kurang berat badan. Ini kerana ia boleh menyebabkan pembesaran anak terbantut sekaligus menjejaskan perkembangan mereka. Kali ini, kami kongsi 10 snacking bayi tambah berat yang mudah disediakan!

10 Snacking Bayi Tambah Berat Badan

1. Cheeskut Versi Bayi

Bahan:

  • Setengah cawan cream cheese
  • Satu cawan susu full cream
  • 6-7 keping biskut homemade baby

Cara penyediaan:

1. Hancurkan biskut homemade baby

2. Panaskan cream cheese bersama susu full cream menggunaka api perlahan. Kacau dan pastikan ia tidak berketul.

3. Tutup api dan lapiskan cream chees yang dipanaskan bersama susu full cream tadi dengan biskut baby yang dah dihancurkan. Simpan dalam peti sejuk dan siap!

2. Burnt Cheesecake Dengan Lobak Dan Kurma

Bahan:

  • 1 sudu besar unbleached flour
  • 4 biji kurma yang dilenyek
  • 4 sudu lobak yang telah diparut
  • 1 biji telur
  • 100 g cream cheese
  • 50ml susu full cream

Cara penyediaan:

Kisar semua bersama-sama dan bakar pada suhu 200°c. Pastikan ketuhar berada dalam tetapan api atas bawah. Bakar selama 30 minit. Tukar tetapan ketuhar kepada api atas dan bakar selama 10 minit dan siap!

3. Homemade Cheese Cracker

Bahan:

  • 227 gram keju parut
  • 1 cawan unbleached flout
  • 4 sudu unsalted butter
  • 2 sudu air sejuk

Cara penyediaan:

1. Masukkan keju parut ke dalam mangkuk kemudian tambahkan satu gelas unbleached flour dan gaul. 

2. Kemudian masukkan 4 sudu unsalted butter dan gaul sehingga menjadi doh.

3. Masukkan 2 sudu air sejuk dan gaul. Kemudian periksa, sekiranya doh dah okay tak perlu tambah air sejuk. Kalau terlalu lembik, tambah tepung sedikit demi sedikit.

4. Masukkan dalam peti sejuk untuk keraskannya. Balutkan dengan cling film tau. Takde, guna plastik biasa je pun takpee.

5. Lepas setengah jam, keluarkan do dari peti sejuk dan dengan menggunakan rolling pin lenyekkan sampai jadi nipis supaya lebih rangup.

6. Potong bentuk petak kecil dan buat lubang kecil menggunakan lidi pada doh itu. Kemudian Bakar di ketuhar selama 10-15 minit dengan suhu 170 degree.

7. Pastikan anda membuat pemeriksaan semasa doh sedang dibakar supaya tak jadi hitam. Selepas siap, sejukkan dan hidang!

4. Muffin Buah Naga

Bahan:

  • 1/2 cawan buah naga dipotong dadu
  •  1/2 cup tepung gandum unbleach
  • 60 ml minyak masak atau unsalted butter
  • 1 biji telur
  •  1 sudu kecil baking powder
  •  secubit soda bikarbonat
  • 2 biji kurma cincang halus/puree kurma
  • sedikit kismis dan kacang

Cara penyediaan:

Semua bahan digaul sebati kemudian dibakar. Guna airfryer pun boleh. Bakar selama 20 minit dengan suhu 150 c. Tak perlu tambah air sebab buah naga memang dah berair.

5. Bebola Nasi Bersama Ubi Keledek

Bahan:

  • Ubi keledek
  • Brokoli atau sayur pilihan anda
  • Ayam cincang
  • Bawang putih dan bawang merah yang dicincang
  • Nasi putih yang baru dimasak
  • Mirepoix (optional)
  • Telur (ikut keperluan anda)

Cara penyediaan:

1. Rebus ubi keledek dan brokoli. Lenyekkan ubi keledek itu.

2. Tumis bawang putih, bawang merah, ayam dan mirepoix.

3. Masukkan nasi, ubi keledek yang sudah dilenyek dan brokoli ke dalam bahan yang ditumis.

4. Basahkan tangan dan kepal nasi tu jadi bentuk bulatan. Hati-hati sebab campuran itu mungkin panas.

5. Celup ke dalam telur dan goreng kemudian siap!

6. Sup Cendawan Berkrim

Bahan:

  • Bawang Holland, dicincang
  • 3-4 biji cendawan butang, dicincang
  • 1 sudu kecil unsalted butter
  • 1 kecil unbleached flour
  • 1 cawan susu full cream1 sudu besar krim keju
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk ayam
  • Sedikit serbuk bawang putih

Cara penyediaan:

1. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang holland dan cendawan yang telah dipotong dadu

2. Apabila cendawan dan bawang menjadi layu, masukkan tepung. Kacau sentiasa.

3. Tuang susu full cream dan kacau-kacau. Masukkan krim keju dan biarkan ia mendidih selama beberapa minit lagi.

4. Akhir sekali masukkan serbuk ayam dan serbuk bawang putih

5. Adunan sup cendawan boleh kisar hingga halus atau dihidangkan begitu sahaja.

Anda boleh hidangkan sup ini mengikut kesukaan anda sama ada hanya dengan sup atau bersama pasta, roti bakar atau roti leper.

7. Sagu Berbuah

Bahan:

  • Sagu
  • Susu full ceram
  • Daun pandan
  • Puree buah-buahan

Cara penyediaan:

1. Panaskan air dalam periuk kemudian masukkan sagu dan daun pandan. Kacau sehingga sagu kembang.

2. Tapis sagu, letak sagu dalam mangkuk dan gaul dengan puree buah-buahan.

3. Masukkan ke dalam bekas bertutup dan sejukkan di dalam peti sejuk.

4. Hidangkan bersama susu full cream.

8. Jagung Sagu Berkrim

Bahan:

  • Sagy
  • Labu
  • Jagung
  • Susu full cream
  • Cream cheese

Cara penyediaan:

1. Rebus sagu selama 10-15 minit kemudian angkat dan toskan.

2. Rebus labu dan jagung sehingga empuk kemudian lenyekkan di dalam mangkuk.

3. Masukkan susu full cream dan cream cheese ke dalam adunan itu dan kacau sehingga sekata.

5. Masukkan sagu yang telah ditoskan dan kacau kemudian hidangkan.

6. Jika ada lebihan, masukkan ke dalam peti sejuk dan hidangkan semula pada esok hari.

9. Bubur Sumsum

Bahan:

  • 2 sudu tepung beras
  • 1/2 cawan susu full cream
  • 2 kiub santan
  • 1/8 cawan air
  • Topping buah-buahan (buah naga/manga/kiwi)

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan kecuali buah naga ke dalam sebuah kuali

2. Kacau semua bahan sehingga sebati kemudian buka api perlahan. Pastikan anda sentiasa mengacau campuran itu tanpa henti bagi mengelakkannya daripada berketul. Kacau sehingga likat.

3. Setelah menjadi likat, masukkan ke dalam bekas dan letakkan topping buah-buahan.

10. Mentega Kacang

Ibu bapa jangan risau, mentega kacang sesuai dimakan tapi jangan berlebihan. Tapi ibu bapa jangan terus suapkan satu sudu mentega kacang ke dalam mulut anak. Tetapi jadikannya sebagai bahan celupan untuk makanan lain contohnya biskut bayi, roti atau raw corn.

Ibu bapa boleh simpan resepi ini dan sediakan sendiri di rumah untuk memastikan pertambahan berat badan anak yang baik. Lepas ni, tak perlu risau dah anak mengalami masalah berat badan yang kurang. Tapi untuk peringatan, jangan berikan snacking bayi tambah berat ini secar berlebihan.

Berilah mereka secara berpada-pada kerana anda pasti tak mahu anak mempunyai berat badan berlebihan, betul? Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 15 Jenis Makanan Yang Mengandungi Magnesium, Baik Untuk Kesihatan Dan Mudah Didapati

Baca juga: Resepi Soft Cookies Azlina Ina, ‘Dip’ Dengan Susu Memang Sedap! Sesuai Dijadikan Hidangan Minum Petang

Baca juga: Resepi Cencaru Sumbat Kelapa Dan Air Asam Kerisik Ikut Resepi Che Nom, Memang Mudah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!