5 Resepi Snek Homemade Untuk Anak-Anak Yang Kerap Lapar Di Rumah, Ibu Jom Buat!

Snek segera dan berkhasiat boleh disediakan dari rumah menggunakan bahan-bahan mudah. Memandangkan kita berada dalam tempoh PKP, mesti anak-anak kerap lapar

Jadual harian si manja yang padat sering kali membuatkan membuatkan mereka kerap berasa lapar. Jika inginkan makanan yang mudah disediakan, apa kata ibu semak beberapa resepi snek segera dan sihat ini!

Tidak dinafikan bahawa air tangan ibu dapat menambat hati seisi sekeluarga. Meskipun tugas memasak agak penat, namun menjadi suatu kepuasan apabila anak-anak makan dengan penuh selera. 

Idea snek segera yang berkhasiat untuk anak-anak ketika PKP

Ibu ayah perlu kreatif dalam menyediakan snek segera untuk anak-anak bagi memenuhi keperluan mereka. Snek bukanlah junk food, tetapi ia boleh menjadi kudapan untuk makan petang atau malam yang membekalkan tenaga.

Sediakan sendiri snek untuk anak-anak supaya kita dapat pastikan ianya berkhasiat. Cubalah beberapa resepi snek mudah, ringkas dan sihat di bawah.

#1. Resepi snek segera untuk anak- Potato smiles

resepi potato smile

foto: yummy tummy

Bahan-bahan

  • 4 biji ubi kentang
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 4 sudu makan serbuk roti
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam

Cara memasak

  1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam sehingga empuk
  2. Kemudian lenyek kentang sehingga sebati. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk roti
  3. Perasakan dengan garam. Kemudian uli menjadi doh. Jika adunan sedikit lembik, anda boleh tambahkannya dengan sedikit tepung jagung
  4. Canai adunan (tidak terlalu tebal) dan tekap menjadi bentuk bulat
  5. Lubangkan mata guna straw dan buatkan mulut guna hujung sudu
  6. Goreng dalam minyak sederhana panas sehingga garing. Sedia dihidang bersama sos atau mayonis!

#2. Nugget nasi yang mengenyangkan

nugget nasi

Bahan-bahan

  • 5 senduk nasi sejuk
  • Sedikit isi ayam
  • Telur
  • Daun sup dipotong halus
  • Serbuk roti berwarna oren

Cara memasak

  1. Kisar isi ayam bersama nasi sehingga halus
  2. Kemudian tuang ke dalam bekas dan masukkan daun sup serta sedikit garam
  3. Gaul sehingga sebati
  4. Masukkan ke dalam loyang yang dikukus selama lebih kurang 20 hingga 30 minit
  5. Sementara itu, sediakan teluar yang siap dipukul dan serbuk roti ke dalam dua bekas berbeza
  6. Bentukkan adunan yang telah dikukus kepada bentuk yang menarik mengikut citarasa anda
  7. Celupkannya ke dalam telur dan serbuk roti. Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan

#3. Carrot chips– guna 3 bahan sahaja

carrot chips

foto: super healthy kids

Bahan-bahan

  • Lobak merah  (ikut suka banyak mana)
  • Sedikit minyak zaitun
  • Sedikit garam

Cara memasak

  1. Basuh lobak merah sehingga bersih. Gunakan peeler bagi memotong lobak dengan nipis dan tidak putus
  2. Kemudian, gaul bersama garam dan renjis sedikit dengan minyak zaitun
  3. Bakar pada suhu tinggi 250 darjah celsius selama 20 minit. Bila dah siap, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

#4. Snek segera berkhasiat- Bergedil ayam

bergedil ayam

foto: shiokman recipes

Bahan-bahan

  • Ubi kentang
  • Isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Telur ayam (untuk salut begedil)
  • Garam dan gula
  • Serbuk lada sulah

Cara memasak

  1. Goreng kentang agak-agak garing sedikit. Angkat dan toskan minyak
  2. Hancurkan kentang dan gaul dengan bahan-bahan lain kecuali telur. Perasakan dengan gula, garam, serbuk perasa dan lada sulah
  3. Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini
  4. Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil ke dalam telur dan goreng sekejap sahaja

#5. Twister ala KFC

twister kfc

foto: mrs culinary

Bahan-bahan

  • Roti tortilla- dibakar ssekejap dalam kuali non stick selama 2 hingga 3 minit
  • Isi ayam bahagian dada
  • Mayonis
  • Sos thousand island
  • Daun salada
  • Tomato
  • Lobak merah- disagat
  • Timun- disagat
  • Sedikit keju (ikut suka)

Bahan perap ayam

  • Tepung goreng serbaguna
  • Telur-dipukul
  • Bahan perasa

Cara memasak

  1. Perapkan isi ayam dengan sedikit perasa selama 15 hingga 30 minit. Kemudian celup dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna
  2. Sekali lagi celupkan ke dalam bancuhan telur dan diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam dan goreng dalam minyak sehingga garing
  3. Untuk menyediakan twitser, ambil roti tortilla dan bakar sekejap di atas kuali non stick.
  4. Sapukan mayonis ke seluruh roti tortilla. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian letak sos thousand island secukupnya
  5. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas
  6. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. Sedia untuk dinikmati!

Sumber: rasa.my

Kredit foto: Azrina Ien, Yatie Eimra

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Jajan Sedap & Rangup Berasaskan Makaroni, Guna Satu Bahan Boleh Jadi 5 Perisa!

Baca juga: Resepi Pizza Tanpa Oven Penuh Topping & Sangat Sedap, Wajib Cuba Di Rumah!

Baca juga: Resepi Cornflakes Coklat Rangup Tanpa Oven, Anak-Anak Mesti Makan Licin Sebelum Raya!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!