Menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini pastinya menguji kerajinan para ibu kerana seisi keluarga akan kerap berasa lapar. Namun tahukah anda bahawa hidangan berat boleh diganti dengan menu snek sihat berasaskan protein?
Jika anak terlebih karbohidrat atau makanan manis, ia akan menganggu masalah kesihatan mereka. Lebih-lebih lagi sekiranya anak-anak hanya duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Menu snek sihat untuk si manja
Antara salah satu idea untuk menyediakan snek sihat adalah jejari ayam garing (Crispy Chicken Finger). Ia dikenali sebagai tender atau jalur ayam yang menggunakan beberapa potongan daging ayam pada bahagian isi.
Kebiasaannya, jejari ayam rangup ini disediakan menggunakan serbuk roti sebelum digoreng secara deep fry. Jangan tidak tahu, ia adalah makanan yang populor di negara Amerika Syarikat.
Dalam membesarkan anak-anak, ibu ayah jangan terlalu gembira sekiranya melihat si manja anda semakin sihat sehingga berat badannya naik.
Tidak dinafikan kanak-kanak kelihatan comel dengan tubuh gempal dan kerap mencuri perhatian orang ramai. Namun, berat badan yang berlebihan sejak kecil kadangkala boleh menjadi masalah apabila mereka menginjak dewasa.
Hal ini kerana berat anak-anak mungkin akan kekal sekiranya anda tidak mengawalnya dengan cara yang betul.
Kajian terbaharu juga menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai masalah berat badan berlebihan akan mengalami obesiti apabila mencecah usia 35 tahun.
Pengarang Majalah Kesihatan Harvard, Dr Claire Mccarthy, berkata obesiti adalah masalah yang bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang dewasa, malah turut dialami oleh kanak-kanak.
“Masalah ini berlaku dalam kalangan keluarga yang mempunyai kaitan dengan kestabilan pendapatan dan tidak mengamalkan pemakanan yang sihat,” katanya.
Sebagai ibu ayah bertanggungjawab, anda haruslah berusaha untuk menyediakan makanan serta snek sihat dan bertenaga yang diperlukan untuk proses perkembangan mereka.
Perkara utama yang harus anda beri perhatian adalah saiz hidangan dan fokus kepada bahan-bahan berkhasiat. Elak memberikan mereka makanan segera seperti burger, minuman berkarbonat dan sebagainya.
Justeru, untuk mengekalkan tabiat pemakanan sihat ini, adalah lebih baik untuk anda sendiri memasaknya kerana ibu memiliki kuasa untuk menggunakan bahan yang terbaik sahaja buat seisi keluarga.
Resepi Crispy Chicken Finger tanpa perlu serbuk roti
Bahan-Bahan:
- Bawang putih 2 ulas
- Telur 2 biji ( 1 untuk celup /1 untuk blend)
- Biskut cream cracker 5-6 keping dihancurkan
- Serbuk lada hitam /lada hitam 12biji
- Garam secukup rasa
- Isi ayam tanpa tulang
Cara penyediaan:
#1. Ambil pengisar dan masukkan lada hitam, bawang putih dan isi ayam. Kisar sehingga lumat.
#2. Kemudian, masukkannya ke dalam sebuah bekas plastik. Kukus sehingga kenyal.
#3. Apabila adunan kelihatan sedikit kenyal dan hampir masak, sejukkannya dan potong mengikut bentuk jejari kesukaan anda. Kemudian, celupkan ke dalam telur.
#4. Seterusnya, gelekkan jejari tadi di atas serbuk biskut yang sudah dihancurkan.
#5. Panaskan kuali dan goreng untuk beberapa minit. Nah! rasanya sedap seperti nugget! Tidak perlu masukkan bahan perasa, hanya gula dan garam sahaja sudah cukup. Selamat mencuba!
Bila bayi dibolehkan makan ayam
Seorang bayi boleh diberikan hidangan ayam ketika usianya enam bulan, iaitu waktu yang ideal untuk ibu ayah memperkenalkan makanan pejal.
Cara permulaannya adalah dengan hidangan lembut seprti bubur ayam mengikut selera si manja. Kemudian, sekiranya bayi anda sudah terbiasa dan dapat menerima, barulah anda boleh mencuba pelbagai resepi berasaskan ayam ini. Antara khasiat ayam untuk perkembangan bayi ialah:
- Pertumbuhan otot yang sihat: 100 gram ayam mengandungi 18.6 gram protein. Ia sangat penting untuk perkembangan otot bayi menjadi lebih kuat dan aktif.
- Memperbaiki sistem peredaran darah: Ayam mengandungi zat besi yang diperlukan untuk pertumbuhan sel darah merah. Hal ini kerana ia kaya dengan manfaat potassium, yang menjaga pembuluh darah dalam keadaan yang baik.
- Baik untuk kesihatan tulang: 100 gram ayam mengandungi 15 mg kalsium dan 182 mg fosforus. Kedua-dua mineral ini berperanan penting dalam pembentukan tulang yang kuat.
- Vitamin mencukupi untuk perkembangan otak: Ayam kaya dengan vitamin seperti C dan A. Bukan itu sahaja, ia turut mengandungi vitamin B12 atau cobalamin, yang penting untuk perkembangan otak anak.
- Nutrisi untuk kekebalan tubuh: Ayam mengandungi zat gizi mikro seperti zinc dan magnesium, yang berperanan penting dalam mengekalkan sistem kekebalan tubuh.
Sumber: Cheyah Saripuddin , Hijab & Heels
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comresepi-viral
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!