Tertekan Masalah Kewangan & Suami Malas Kerja, Ibu Muda Sanggup Tikam Bayi 3 Bulan

undefined

Suami malas kerja dan sibuk bermain game di rumah memberikan kesan teruk terhadap emosi isteri. Siapa sangka ia akhirnya menjadi tragedi seperti kes ini!

Bagi mana-mana wanita yang bergelar ibu, pastinya akan berada dalam dilema apabila suami malas kerja dan gagal menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Mana tidaknya, dunia pada hari ini segalanya memerlukan wang.

Lebih-lebih lagi jika anda dan pasangan memiliki anak yang masih kecil. Pelbagai keperluan harian perlu disediakan seperti susu, lampin pakai buang dan makanan. Tugas membesarkan anak-anak bukanlah mudah, ditambah pula terpaksa berdepan sikap suami yang lepas tangan.

Suami malas kerja penyebab isteri hilang sabar

isteri tertekan suami malas kerja

credit to sources

Seorang ibu muda yang baru berusia 21 tahun dilaporkan telah tergamak membunuh bayinya yang berumur 3 bulan. Difahamkan, suspek bertindak sedemikian dengan hanya menggunakan pisau di dapur.

Kejadian berkenaan berlaku di kediaman pasangan terbabit iaitu daerah Ende, Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada 18 Oktober Ahad lalu bersamaan pukul 2 pagi. Hasil siasatan mendapati dia sanggup membunuh bayinya kerana menghadapi tekanan kewangan dan suami pula selalu menghabiskan masa bermain daun terup.

Menurut jurucakap Polis Ende, Laurensius, bayi malang tersebut telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ende. Tambahnya ketika kejadian, mangsa sedang lena tidur dan suami suspek pula masih bermain daun terup.

Setelah menyedari perkara ini, dia segera membawa bayinya untuk mendapatkan rawatan di hospital. Namun, mangsa telah menghembuskan nafas terakhir ketika masih dalam perjalanan.

Difahamkan, suami suspek bekerja sebagai penunggang ojek. Dia sememangnya jarang bekerja, menghabiskan masa di rumah dengan bermain game dan daun terup. Polis telah berjaya menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Punca lelaki malas mencari nafkah

Suami memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan perlu menyediakan keperluan isteri dan anak-anak dengan baik. Namun ada sesetengahnya tanpa rasa bersalah melepaskan amanah ini dan hanya duduk goyang kaki di rumah.

suami malas bekerja

credit to sources

Apabila disuruh untuk mencari pekerjaan, pelbagai alasan diberikan. Sehinggalah isteri terpaksa bersusah payah keluar mencari sesuap nasi untuk anak-anak. Antara sebab kebanyakan suami malas bekerja ialah:

#1. Memang seorang yang pemalas sejak dari dulu

#2. Terbiasa dimanjakan dengan kemewahan ibu ayah

#3. Isteri mudah menghulurkan duit apabila diminta

#4. Tidak mahu dirinya susah

#5. Suka duduk di rumah sahaja dari keluarkan tenaga

Tips untuk mengubah sikap suami yang malas bekerja

Meskipun terpaksa berdepan pelbagai sikap suami, jauh di dalam hati seorang isteri dia masih sayang dan mengharapkan lelaki yang dicintainya ini akan segera berubah. Bila rasa hilang sabar, ia hanya anda risau akan masa depan anak-anak sekiranya ayah mereka tetap dengan sikap sebegini.

Justeru untuk anda yang ingin beri peluang kepada suami, cuba tips ini sebagai usaha membantu dirinya untuk segera berubah:

#1. Mengenal pasti punca utama

Sebagai pasangan yang tidur sebantal dengannya, anda hendaklah mengenal pasti punca suami malas bekerja dengan segera. Sekiranya dia tiba-tiba malas, mungkin ada sesuatu masalah yang menimpa dirinya di tempat kerja seperti tekanan dari boss atau rakan sekerja.

Jadi, ambil sedikit masa untuk bersemuka. Tanyakan apakah sebab dia malas untuk pergi kerja dalam keadaan yang tenang dan penuh hormat padanya. Elak naik angin tanpa usul periksa, mungkin dalam hatinya ada seribu satu masalah yang dipendam seorang diri.

#2. Berbincang dan cari jalan penyelesaian bersama

kesan suami malas bekerja

credit to sources

Jika hasil bersemuka tersebut anda mendapati suami sedang dalam masalah, maka ajak dia untuk berbincang dengan baik. Hal ini untuk membuatkannya berasa tidak keseorangan. Anda juga boleh meluahkan rasa kecewa dan sedih atas apa yang berlaku.

Luahkan secara berterus-terang bahawa sikap malas bekerja ini hanya akan menambahkan lagi masalah dan mungkin menghancurkan hubungan rumah tangga. Anak-anak juga akan berasa kecewa dengan sikap ayahnya.

#3. Bantu suami untuk mencari pekerjaan yang baharu

Semakin hari suami menunjukkan rasa tidak bersemangat untuk ke tempat kerja. Mungkin sahaja dia sudah bosan dengan persekitaran yang sama. Jika benar, apa kata anda cuba membantunya mencari kerja baru sesuai dengan pengalaman dan kelayakannya.

Pada hari ini segalanya berada di hujung jari sahaja. Anda boleh membuat carian di Google, iklan di website jawatan kosong ataupun media sosial.

Sumber: The Reporter, Bidadari

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-bunuh-bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!