9 Sikap Suami Ini Ternyata Menyakiti Hati Istri & Merosakkan Hubungan Rumah Tangga
Kehidupan rumah tangga ada pahit dan manisnya. Tidak selalu bahagia, pelbagai ujian perlu diharungi termasuklah berdepan sikap suami menyakiti hati isteri
Menjalani kehidupan suami isteri pastinya dipenuhi dengan warna-warni. Terkadang rasa bahagia bagaikan dunia ini milik kita dan ada kalanya berselisihan faham seperti meletusnya perang dunia kedua. Biasanya lelaki tidak peka akan kesalahan kecil sehingga suami menyakiti hati istri.
Bagi mereka, ia hanyalah perkara remeh dan kemudian hari hubungan anda dengannya akan baik-baik sahaja. Namun ternyata bukanlah mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi jika kesilapan sama diulang banyak kali.
Baca juga: Bila Isteri Mengungkit, Bukan Tidak Ikhlas Berkorban Tapi Sekadar Mengingatkan Suami
Sikap suami menyakiti hati istri secara sengaja atau tidak sengaja
#1. Suka menipu isteri
Sesetengah suami sanggup berbohong demi kesenangan peribadi, menutup kesalahan dan tidak mahu menunjukkan dirinya yang sebenar.
Tentu sahaja jika ‘terkantoi’, isteri dan anak-anaklah insan paling kecewa kerana mereka menghormati anda sebagai ketua keluarga, namun sanggup menghancurkan kepercayaan dengan perkara tidak sepatutnya.
#2. Suami tidak mengutamakan keluarga
Jika suami keluar rumah atas urusan kerja, mungkin isteri masih boleh bertolak ansur. Namun ini berbeza jika suami mengutamakan orang lain berbanding keluarga.
Misalnya anda minta suami temankan beli barang dapur, namun dia lebih memilih untuk lepak dan berseronok bersama kawan-kawan.
#3. Tidak penyabar
Suami yang tidak penyabar akan sentiasa marah meskipun kesalahan kecil sahaja seperti keinginannya tidak dapat dipenuhi atau anda tidak menjawab panggilannya.
Sekiranya berdepan situasi ini, ajaklah suami berbincang dengan baik agar anak-anak tidak berasa takut untuk mendekati ayah mereka.
#4. Kasar dan kaki pukul
Suami yang sering tertekan dengan masalah di tempat kerja atau kewangan cenderung untuk melepaskan perasaan kepada orang lain. Balik sahaja ke rumah, anda dan anak-anak mungkin perlu menjauhkan diri terlebih dahulu daripadanya agar suami dapat rehat, mandi dan menenangkan diri.
Jika tersilap cakap, ia boleh mencetuskan pergaduhan dan sekaligus menyebabkan suami naik tangan.
#5. Suami ada perempuan lain
Masalah yang paling besar dalam rumah tangga adalah kehadiran orang ketiga. Kecurangan ini boleh merosakkan sebuah keluarga bahagia. Mana tidaknya suami akan selalu balik lambat, menghabiskan masa dan duit dengan teman wanita yang diinginkan.
Tidak seorang isteri pun di atas dunia ini sanggup berkongsi lelaki yang disayanginya. Sudah pasti tindakan suami menyakiti hati istri ini memberi kesan terhadap masa depan anda dan anak-anak.
#6. Suami tidak mahu mendengar pendapat isteri
Pastinya agak sukar untuk mencapai kata sepakat jika ketua keluarga hanya ingin mengikuti pendapatnya sahaja. Hal ini kerana isteri adalah orang yang mengetahui baik, buruk dan kemampuan suaminya terhadap sesuatu perkara.
Sebagai lelaki, ada baiknya juga untuk mengurangkan ego. Tiada istilah ‘takut bini’ jika anda mengambil kira pendapat wanita yang sudah hidup bertahun-tahun bersama ini.
#7. Selalu boros sehingga tidak beri nafkah kepada keluarga
Kebanyakan suami bersikap boros kerana dia hanya membeli keperluannya sahaja tanpa mengambil tahu keperluan isteri dan anak-anak di rumah.
Lebih menyakitkan hati, pendapatan bulanan banyak dihabiskan untuk menambah aksesori atau sport rim kerana. Seorang isteri sebenarnya tertekan untuk berdepan situasi sebegini.
Jika bertegas tentang nafkah bulanan, tentu sahaja akan berakhir dengan pergaduhan besar. Sebab itulah kebanyakan isteri kini lebih berani, berdikari dan pandai cari duit!
#8. Mudah memarahi anak
Seorang ibu akan menghabiskan banyak masa untuk melayan anak-anak di rumah. Kesibukan kerja seharian membuatkan waktu ayah dan anak agak terbatas.
Namun itu bukanlah alasan yang munasabah. Anak yang masih kecil memerlukan kasih sayang dari kedua-dua ibu bapanya, suami tidak penyabar akan berasa rimas dan naik angin apabila si manja berlari mendekatinya atau merosakkan barang kesayangan tanpa sengaja.
#9. Suka melihat perempuan lain di depan isteri
Sengaja ataupun tidak, sikap suami seperti ini boleh dianggap menjengkelkan bagi sebahagian wanita dan membuatkan isteri berasa hati.
Menurut ahli terapi di Los Angeles, Dr Nancy Irwin percayaa bahawa keutamaan manusia di dunia ini adalah untuk membiak dan memastikan generasinya terus berkembang.
Ini yang membuatkan para lelaki secara automatiknya menyukai wanita cantik dan memiliki bentuk tubuh yang seksi. Walaupun sudah bernikah serta mempunyai ramai anak, anda mungkin tidak dapat menghalang suami dari melihat wanita lain di sekelilingnya.
Namun jika suami anda lelaki yang baik, dia akan sentiasa menjaga pandangan dan hanya menghargai sepenuhnya jodoh yang diberikan oleh Allah.
Sumber: Popmama
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia