submission guidelines
 

Penyumbang Kami

Ini adalah ruang positif yang tidak mengadili ibu bapa seperti anda untuk berkongsi pengalaman dan perkembangan peribadi. Dengan cara ini anda boleh berinteraksi secara langsung dengan 35 juta+ komuniti keibubapaan kami, dan pada masa yang sama menjadi sebahagian penting dalam perjalanan keibubapaan orang lain.

Kami menggalakkan anda berkongsi cerita anda dengan tujuan untuk membantu ibu bapa yang lain. Artikel, imej atau video boleh membantu ibu bapa lain menambah pengetahuan mencukupi bagi mempraktikkan keibubapaan positif dengan anak-anak mereka dan berkongsi perbualan lebih bermakna dalam hubungan mereka. Sebagai seorang penyumbang, anda juga boleh berkongsi prinsip keibubapaan anda dan berbincang topik yang kebanyakan orang ramai enggan berbicara secara terbuka.

Anda juga boleh berkongsi bio pendek (dalam 60 patah perkataan) bersama penyertaan anda. Ini membolehkan kami memaparkan artikel anda bersama nama dan imej anda.

 

Audiens Kami

Audiens sasaran kami terdiri daripada ibu bapa Asia yang bercita-cita tinggi dan tujuan utama kami ialah untuk membantu ibu dan bapa membesarkan anak yang sihat, gembira dan berkeyakinan pada setiap peringkat perjalanan keibubapaan mereka dengan membekalkan: kandungan yang tepat, komprehensif dan relevan; rangkaian sokongan yang tidak menghakimi; dan produk berkualiti tinggi direka khas untuk memenuhi keperluan mereka.

Kami adalah komuniti keibubapaan #1 di Asia Tenggara dan kami ingin anda menyertai kami dalam misi kami untuk membantu 50 juta keluar agar mereka dapat meneruskan kehamilan yang sihat dan membesarkan anak-anak yang gembira, sihat dan berkeyakinan tinggi.


Garis Panduan Penulisan Kami

Di theAsianparent kami menggalakkan penyumbang dan penulis kami menulis dalam suara atau gaya yang sesuai dengan topik mereka. Sebagai seorang penyumbang, anda boleh menggunakan ton yang serius, menurut hujahan sendiri ataupun santai. Namun perlu ingat penulisan anda haruslah profesional dan penuh hormat agar semua ibu bapa theAsianparent dapat menikmati dan belajar daripada pengalaman anda.

Panjang purata penulisan anda ialah 3 minit, lebih kurang 550 patah perkataan. Namun, ini bukan peraturan yang ketat. Bergantung kepada topik pilihan dan gaya penulisan anda, peraturan 3-minit ini boleh diubah mengikut budi bicara theAsianparent. Penyertaan pendek dalam 1 hingga 2 minit turut diterima jika ia berkaitan dengan topik (sebagai contoh kisah kelahiran, kisah dan nasihat rumah tangga, dll.).

Sila serahkan penyertaan asal sahaja. Anda boleh memaut link rujukan atau karya yang dipetik sebagai pautan di bawah penyertaan anda.

 

Garis Panduan Imej

Kami amat menggalakkan anda menggunakan imej bagi menggambarkan cerita anda dengan lebih baik mengikut pembaca digital dan berorentasikan visual. Sekurang-kurangnya, kami perlukan satu (1) imej berkualiti tinggi digunakan dalam penulisan/penyertaan anda. Paling banyak, hanya empat. Jika anda tidak dapat mencari imej yang bersesuaian, kami akan memilih satu untuk anda.

Dimensi untuk mana-mana imej yang dimuatnaik ialah: 670x445 atau nisbah 1:3, dengan saiz kurang daripada 500kb.

Sila patuhi undang-undang hak cipta berkenaan visual tersebut.

 

Garis Panduan Video

Anda juga boleh memuatnaik video original beserta penyertaan/penulisan anda. Hadir juga kemudahan buat anda memuatnaik link URL YouTube.

Karya anda juga boleh memaut muzik atau video yang lain selagi ia tidak melanggar hak cipta pemilik asal.

 

Syarat Penerbitan Kami

Kami galakkan anda untuk membaca garis panduan penerbitan kami. Dengan menghantar penyertaan anda kepada theAsianparent, anda memperakui perkara berikut:

Penyertaan/penulisan anda mengandungi karya asal anda. Jika sebahagian daripada penulisan, seperti imej dan/atau video, bukan milik anda, anda mengesahkan bahawa anda telah:

  • - Mendapat kebenaran bertulis daripada pencipta asal, dan anda akan memberikan mereka kredit sewajarnya, dan pada masa yang sama menghantar salinan kebenaran kepada kami.
  • - Sebagai alternatif, anda boleh mengesahkan karya tersebut bukan milik sendiri sama ada di domain awam, diedarkan di bawah lesen Creative Commons atau lesen lain yang serupa, dan memberikan kredit sepatutnya dan menghantar bukti pengesahan kepada kami.

Anda bersetuju untuk memberikan lesen bebas eksklusif, di seluruh dunia, tanpa had dan bebas royalti kepada pihak theAsianparent bagi menggunakan penyertaan anda untuk sebarang tujuan, termasuk penciptaan karya kreatif terbitan. Ini, tanpa jangkaan pampasan kepada anda. Anda kekal hak cipta karya asal anda.

Anda juga memperakui bahawa theAsiaparent akan mempertimbangkan penyertaan/penulisan anda namun mungkin atau tidak mungkin menerbitkannya. Anda juga bersetuju bahawa editor theAsianparent dapat menyunting penyertaan anda mengikut panduan gaya editorial kami. Ini termasuk penyuntingan teks atau imej tambahan baru yang lebih sesuai, terutamanya jika imej tersebut bukan milik anda.

Kecuali sepertimana yang dipersetujui, anda bersedia untuk berkongsi kisah anda dengan tujuan untuk membantu ibu bapa lain, namun tidak mengharapkan sebarang pampasan. Dan dengan pengetahuan bahawa karya asal anda akan dikreditkan dengan betul.