Pentingnya Dapatkan Suntikan Rubela, Jika Ibu Hamil Terkena Jangkitan, Bayi Berisiko Buta!

undefined

Rubela adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Rubela. Penyakit ini dianggap ringan tetapi kesannya pada ibu mengandung amat besar. Jadi pentingnya untuk dapatkan suntikan rubela!

Bagi ibu mengandung yang tidak perna menerima imunisasi rubela, ia akan menjadi serius terutama sekali pada kandungan trimester pertama yang boleh mengakibatkan kecacatan bayi yang dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.

Ini termasuk katarak, buta, pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal.

Baca juga: 12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa

Suntikan rubela elak kecacatan pada bayi dalam kandungan

Suntikan Rubela

Imunisasi adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal penyakit-penyakit berjangkit seperti difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), polio, tibi, hepatitis B, measles, mumps termasuklah rubela.

Imunisasi Rubela diberi kepada kanak-kanak perempuan semasa Tahun 6 persekolahan. Rubela akan diberhentikan setelah kanak-kanak yang mendapat imunisasi MMR dos pertama dan tambahan mencapai Tahun 6.

Apakah imunisasi MMR?

MMR adalah singkatan untuk imunisasi measles, mumps dan rubela. Ia adalah kombinasi tiga vaksin dalam satu suntikan bagi memberi perlindungan daripada penyakit measles (campak), mumps (beguk) dan rubela.

Imunisasi MMR adalah selamat. Kesan sampingan yang berlaku adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding jika mendapat penyakit measles, mumps, rubela atau komplikasinya.

Walau bagaimanapun, ruam, bengkak kelenjar air liur, demam dan rasa mengantuk mungkin berlaku dari 7 hingga 10 hari selepas imunisasi.

Tanda diserang rubela

Suntikan Rubela

Rubella adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Rubela. Tanda-tandanya adalah ruam dan demam ringan selama 2 hingga 3 hari.

Biasanya rubela adalah penyakit ringan di kalangan kanak-kanak dan dewasa. Walau bagaimanapun, wanita yang tidak mendapat imunisasi, jika terkena jangkitan rubela sewaktu mengandung boleh menyebabkan bayi dilahirkan cacat yang dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.

Ini termasuk pekak, katarak (menyebabkan buta), jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. 

Bagaimana rubela boleh berjangkit?

Penyakit ini berbahaya kerana ia mudah berjangkit di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa, mudah merebak dari seorang ke seorang yang lain dan boleh menyebabkan komplikasi yang teruk.

Ia boleh berjangkit apabila orang yang dijangkiti batuk atau bersin. Rubela mudah berjangkit pada 7 hari sebelum dan selepas kehadiran ruam pada badan. Masa inkubasinya adalah 14 hingga 21 hari.

Tidak semua orang yang dijangkiti Rubela mempunyai simtom dan dianggarkan 50-75% mempunyai simtom. Di antara simptom-simptomnya adalah demam,ruam ,sakit sendi dan bengkak kelenjar limfatik.

Diagnosisnya memerlukan ujian darah serologi berpasangan. Ini bermakna ujian pertama dilakukan semasa penyakit ini akut/mempunyai ruam dan simptom-simptom lain dan ujian keduanya 3 hingga 4 minggu selepas itu. 

Risiko pada bayi jika ibu hamil terkena rubela

Suntikan Rubela

  1. Kandungan < 13 minggu,risiko transmisi kepada bayi adalah 80% dan hampir semua bayi dijangkiti akan mengalami kecacatan kongenital.
  2. Kandungan 13 hingga 16 minggu, risiko transmisi kepada bayi adalah 50% dan 35% yang dijangkiti akan mengalami kecacatan kongenital. Kebanyakannya adalah kecacatan pendengaran.
  3. Kandungan >16 minggu,mempunyai risiko transmisi 25% dan amat jarang bayi mengalami kecacatan kongenital. Kandungan ini boleh diteruskan.
  4. Selain itu, pekak sensorineural boleh berlaku kepada bayi anda. Ia adalah pekak disebabkan oleh kerosakan pada saraf pendengaran.
  5. Bayi anda juga berisiko mengalami kecacatan jantung seperti VSD dan PDA.
  6. Bayi juga berisiko mendapat mata-katarak kongenital, mikrooftalmia dan glikoma
  7. Rubela boleh menyebabkan cicrocephaly dan mental retardatio kepada bayi. 

Cara pencegahan rubela

Bagi mencegah diserang rubela, pelalian semasa kanak dengan vaksin MMR amat perlu. Program pemberian vaksin Rubela semasa di sekolah telah lama dijalankan oleh kerajaan.

Adalah disyorkan supaya anda buat ujian darah untuk mengetahui status immuniti anda terhadap Rubela. Jika tidak mempunyai immuniti, anda perlu ambil pelalian Rubela selepas bersalin.

Suntikan Rubella tidak boleh diambil semasa hamil dan setelah suntikan anda perlu tunggu selama 12 minggu sebelum cuba mengandung.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: infosihat, obgyndrsuhaimi

Baca juga: Jangan Lalai Vaksin Anak! Kanak-Kanak Ini Maut Akibat Difteria Kerana TAK Divaksin!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!