Surah & Doa Mudah Bersalin Buat Wanita Hamil Terbaik Untuk Amalan Setiap Hari

Surah untuk ibu mengandung bukan sahaja buat bayi dalam kandungan, malah ia dapat membantu memudahkan proses kelahiran kelak

Jangan tak tahu ya, antara minggu ke-23 dan ke-27 kehamilan, bayi anda sudah boleh mula mendengar. Disebabkan itu ibu hamil disaran melakukan amalan yang baik sahaja sepanjang tempoh kehamilan termasuklah mengamalkan doa dan surah untuk ibu mengandung.

Senarai Surah Untuk Ibu Mengandung

Surah & Doa Yang Boleh Diamalkan Ibu Hamil

Berikut beberapa surah ibu mengandung yang boleh anda amalkan selalu sehinggalah tibanya detik kelahiran bayi.

1. Surah Al-Fatihah

Surah al-Fatihah adalah surah utama dalam al-Quran. Seperti mana maksudnya iaitu pembukaan. Antara fadilat dan kebaikan mengamalkan surah ibu mengandung ini adalah untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

surah al fatihah

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih
 
Alhamdulillahi rabbil alamin
Seala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam
 
Arrahmanirrahim
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Maaliki yaumiddiin
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) 
 
Iyyaka na’budu waiyyaka nastaiin
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
 
Ihdinashirratal mustaqim
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
 
Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, buka (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat

2. Surah Maryam

Surah Maryam untuk ibu mengandung memang terkenal dan disebut-sebut sebagai surah ibu mengandung.  Antara kisah yang terdapat dalam surah ini adalah ketika Maryam melahirkan Nabi Isa di tengah padang pasir secara sendirian.

Surah mariam untuk ibu mengandung ini elok diamalkan untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

Berikut merupakan bacaan surah maryam rumi untuk ibu mengandung:

فَكُلِىۡ وَاشۡرَبِىۡ وَقَرِّىۡ عَيۡنًا‌ ۚ فَاِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الۡبَشَرِ اَحَدًا ۙ فَقُوۡلِىۡۤ اِنِّىۡ نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمٰنِ صَوۡمًا فَلَنۡ اُكَلِّمَ الۡيَوۡمَ اِنۡسِيًّا

 Fakulii washrabii wa qarrii ‘ainaa; fa immaa tarayinnna minal bashari ahadan faquuliii innii nazartu lir Rahmaani sawman falan ukallimal yawma insiyyaa

Maksudnya: Maka makan, minum dan bersenang hatilah engkau. Jika engkau melihat seseorang, maka katakanlah, “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pengasih, maka aku tidak akan berbicara dengan siapa pun pada hari ini.

3. Surah Luqman

Surah Luqman mengisahkan tentang nasihat-nasihat seorang bapa kepada anaknya. Antara fadilat amalkan surah ketika mengandung ini adalah untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

4. Surah Yusuf

Surah Yusuf pula menceritakan kisah hidup Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanan wajah. Harapannya, dengan mengamalkan surah ketika mengandung ini, anda dapat memperoleh anak yang bukan setakat cantik rupa tetapi juga cantik akhlak seperti Nabi Yusuf as.

Berikut merupakan cadangan surah yusuf untuk ibu mengandung dalam rumi:

Surah Yusuf (Ayat 4)

Sesiapa yang ingin dicintai dan disukai ramai orang, maka amalkan membaca surah yusuf ayat 4 sekurang-kurangnya tiga kali. 

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَٰٓأَبَ

Maksudnya: “Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan, aku melihat semuanya sujud kepadaku” 

Surah Yusuf (Ayat 68)

Amalkan membaca ayat 68 dari Surah Yusuf untuk ibu mengandung ayat secara istiqomah dan ikhlas setelah selesai solat fardhu untuk memperoleh anak yang soleh dan solehah.

Bacaan ayat tersebut ialah:

وَلَمَّا دَخَلُوا۟ مِنْ حَيْثُ أَمَرَهُمْ أَبُوهُم مَّا كَانَ يُغْنِى عَنْهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن شَىْءٍ إِلَّا حَاجَةً فِى نَفْسِ يَعْقُوبَ قَضَىٰهَا ۚ وَإِنَّهُۥ لَذُو عِلْمٍ لِّمَا عَلَّمْنَٰهُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Dan apabila mereka masuk menurut apa yang diperintahkan ayah mereka, maka (cara yang mereka lakukan itu) tidak melepaskan mereka sedikitpun dari takdir Allah, tetapi yang telah ditetapkannya pada Yaakub.

Dan sesungguhnya dia mempunyai ilmu, kerana Kami telah mengajarnya. Tetapi kebanyakan orang tidak tahu.” 

5. Surah Yaasin

Antara fadilat membaca Surah Yaasin adalah untuk mempermudahkan urusan. Disebabkan itu kita selalu baca Surah Yaasin buat orang yang sedang nazak dan mereka yang akan menduduki peperiksaan.

Tujuannya agar urusan mereka dipermudahkan dan diberi ketenangan hati. Begitu juga buat ibu yang mengandung. Antara tujuan surah ketika mengandung adalah untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

6. Surah at-Taubah

Surah amalan ibu mengandung dapat mengingatkan anda kepada Allah SWT dan sentiasa bertaubat kepadaNya. Mudah-mudahan ibu hamil dan bayi dalam kandungan dapat membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

7. Surah an-Nahl

Antara intipati Surah an-Nahl adalah berkenaan dengan lebah seperti mana nama surah ini yang bermaksud lebah. Terlalu banyak hikmah yang kitab oleh pelajari daripada seekor lebah.

Surah amalan ibu mengandung elok diamalkan selalu agar dapat membentuk keperibadian yang baik pada diri si manja. 

Malah, ayat 78 Surah an-Nahl sangat perlu diamalkan ketika hendak bersalin agar proses kelahiran bayi sentiasa dipermudahkan.

8. Surah Al-Hujurat

Doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan melahirkan anak yang bersifat berhati-hati.

9. Surah Al-Imran (Ayat 38)

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُۥ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةًۭ طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ

 

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

10. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)

Jika ingin mendapat hidup yang bahagia dan lebih tenang dengan redha dan rahmat Allah SWT, amalkan surah ini sebagai salah satu doa memperoleh rahmat-Nya. 

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ

Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

11. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)

Surah Al-Imran ini adalah surah untuk memohon keampunan daripada Allah S.W.T, sebaiknya diamalkan dalam kehidupan seharian.

رَبَّنَآ إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ ٱلنَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُۥ ۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنْ أَنصَارٍۢ ١٩٢

رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًۭا يُنَادِى لِلْإِيمَـٰنِ أَنْ ءَامِنُوا۟ بِرَبِّكُمْ فَـَٔامَنَّا ۚ رَبَّنَا فَٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلْأَبْرَارِ ١٩٣

رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ ۗ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ ٱلْمِيعَادَ ١٩٤

Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ‘, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”.

12. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)

Doa ini sangat elok diamalkan supaya zuriat yang bakal lahir nanti menunaikan solat dan tidak meninggalkannya.

رَبِّ اجْعَلْنِيْ مُقِيْمَ الصَّلٰوةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْۖ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاۤءِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku.” 

13. Surah Al-Baqarah (Ayat 286)

Bakal ibu boleh amalkan ayat terakhir dalam surah al-Baqarah supaya ibu sentiasa memohon keampunan dan anak dalam kandungan sentiasa dilindungi dengan baik. 

اٰمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَّبِّهٖ وَالْمُؤْمِنُوْنَۗ كُلٌّ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَمَلٰۤىِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖۗ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ اَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهٖ ۗ وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَاَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ

Aamanar-Rasoolu bimaaa unzila ilaihi mir-Rabbihee walmu’minoon; kullun aamana billaahi wa Malaaa’ikathihee wa Kutubhihee wa Rusulihee laa nufarriqu baina ahadim-mir-Rusulih wa qaaloo sami’naa wa ata’naa ghufraanaka Rabbanaa wa ilaikal-maseer

Maksudnya:

“Ya tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami telah lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya tuhan kami, janganlah Engkau berikan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

Ya tuhan kami, janganlah Engkau berikan kepada kami beban apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”

14. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)

لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌۭ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌۭ

laqod jaa-akum rasuulum min anfusikum aziizun alaihi maa anittum harii-shun alaikum bilmu’miniina rauufur rahiim.

Maksudnya: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri iaitu Nabi Muhammad s.a.w, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung, yang sangat tamak mahukan kebaikan bagi kamu, dan ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

15. Surah Al-Furqan (Ayat 74)

Surah ini baik diamalkan supaya mempunyai anak yang menyejukkan dan menenangkan hati ibu bapa. 

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa Wazurriiyatinaa qurrata a’yunin wa ja’alnaa Lilmuttaqiina imamaa
 
Maksudnya: Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa

16. Surah Al-Waqiah

Surah amalan ibu mengandung ini sangat digalakkan supaya rezeki semakin bertambah, tidak pernah berasa sempit dan melimpah ruah serta diberkati oleh-Nya. 

Kajian telah menunjukkan bahawa bayi dalam kandungan dapat mendengar serta memberi reaksi kepada persekitarannya. Oleh sebab itu, orang tua selalu berpesan kepada ibu hamil agar sentiasa menjaga perilaku dan tutur kata.

Doa Mudah Bersalin

Berikut adalah doa-doa yang boleh diamalkan oleh bakal ibu untuk menyambut kelahiran bayi dengan tenang dan mudah.

ﺤﻨﺎ ﻭﻟﺪﺖ ﻤﺭﻴﻡ ﻭﻤﺭﻴﻡ ﻭﻟﺪﺖ ﻋﻴﺴﻰ ﺍﺨﺮﺝ ﺍﻴﻬﺎ ﺍﻟﻤﻮﻟﻮﺪ ﺒﻗﺪﺮﺓ ﺍﻟﻤﻠﻚ ﺍﻟﻤﻌﺒﻮﺪ

“Hanna waladat maryam wa maryamu waladat ‘iisaa, ukhruj ayyuhal mauluud, biqudratil malikil ma’buud.”

Maksudnya: “Hanna melahirkan Maryam. Maryam melahirkan Isa AS. Keluarlah, wahai bayi, dengan kekuasaan Allah yang disembah.”

Selain itu, terdapat juga doa lain yang boleh diamalkan, yang diambil dari surah aL-Anbiya’, ayat ke-87.

لا إله إلا أنت سبحانك إِنِّي كنت من الظَّالِمِينَ

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Doa Selepas Bersalin

Setelah bersalin, ibu ayah digalakkan membaca doa ini sebaik sahaja selesai melaungkan azan atau iqamat di telinga bayi untuk melindungi dari gangguan syaitan.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَآمَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَآمَّةٍ

A’uudzu bikalimatillaahi at-taammati min kulli syaithaanin wa haammatin wamin kulli ‘ainin lâmmatin

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah dari segala syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.

Selai itu, boleh juga teruskan membaca doa syukur sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat yang diberikan oleh-Nya. Tuhan Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

اَللّٰهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَىٰ عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau. Engkaulah yang menciptakanku, dan aku adalah hamba-Mu. Aku berusaha memegang teguh janji dan ikatan dengan-Mu sekuat yang aku mampu.

Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat-Mu ke atasku dan aku juga mengakui dosa-dosaku.

Maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau.

Tips Mudah Bersalin

Selain mengamalkan doa-doa yang telah disenaraikan, penting bagi bakal ibu untuk meluangkan masa mempraktikkan tips berguna ini untuk memudahkan proses bersalin yang bakal tiba:

1. Berlatih Kawal Pernafasan

Latihan pernafasan dan teknik relaksasi seperti meditasi atau yoga boleh menenangkan fikiran dan tubuh. Tarik nafas selama dua saat, berhenti seketika dan lepaskan nafas selama dua saat. Kemudian, ulang semula langkah yang sama ketika sakit induce terasa.

2. Elakkan Makan Makanan Yang Berat

Mengalas perut sebelum bersalin memang bagus untuk memberikan tenaga buat si ibu. Tetapi jangan sampai keterlaluan dengan makan makanan yang terlalu berat seperti nasi dan lauk pauk. Sebaiknya, makan snek yang ringkas dan mudah dihadam iaitu buah-buahan seperti pisang, kurma dan epal.

3. Banyakkan Bergerak Dan Berjalan

Ibu yang lebih yang banyak bergerak dan berjalan serta melakukan senaman yang ringkas berpotensi tinggi untuk bersalin normal berbanding dengan mereka yang kurang aktif. Paling kurang, lakukan kerja-kerja di rumah lebih kerap pada hujung kehamilan mungkin dapat membantu.

Kesimpulannya bagi membentuk keperibadian yang baik pada si manja anda, ibu ayah kenalah sama-sama bacakan surah ibu hamil dan surah untuk bayi dalam kandungan. 

Selain melancarkan proses kelahiran, anda juga diberikan ganjaran pahala daripada Allah SWT. 

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Alunkan Surah Al-Mulk Sebelum Bayi Tidur, Barulah Tak Meragam

Baca juga: Selalu Amal Surah Yusuf Untuk Ibu Hamil, Anak Lahir Mudah & Cantik Rupa Paras

Baca juga: Belum Sempat Kena Induce Dah Bersalin, Ibu Ini Kongsi Rahsia Amal Surah Abasa Ayat 20

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!