Bukti Visual : Susu Ibu Boleh Melawan Pelbagai Bakteria!

undefined

Seorang pakar telah membuktikan secara visual yang susu ibu boleh melawan pelbagai bakteria dan mampu melindungi anak-anak! Jom semak bukti ini.

Bukti susu ibu boleh melawan bakteria

Pernah kami kongsikan artikel bertajuk Seorang Ibu Meletakkan ASI di Bawah Mikroskop, Hasilnya Mengejutkan [Video].

Ia menunjukkan apa yang susu ibu ada tapi tiada pada susu lain, iaitu antibodi.

Jika itu sudah membuatkan anda kagum, lihat perkongsian oleh Vicky Greene ini pula. Beliau menunjukkan bukti yang susu ibu boleh melawan bakteria!

Ibu kepada tiga orang anak ini juga merupakan pelajar tahun pertama di dalam biosains di Kolej South Devon di Paignton, England.

Beliau telah menjalankan satu eksperimen membandingkan susu antara ibu-ibu menyusu dengan anak yang berlainan umur.

Beliau telah berkongsikan dalam akaun media sosialnya, gambar sembilan piring petri yang mengandungi bakteria micrococcus luteus (m.luteus).

Vicky menerangkan yang tompok putih di tengah spiring petri ialah susu ibu. 

Dalam eksperimen tersebut, salah satu piring petri kelihatan bersih. Bahagian yang ‘bersih’ disekeliling susu ibu itu menunjukkan bakteria telah hilang selepas dia menitiskan susu ibu.

Ya, protein dari susu ibu membunuh bakteria itu!

Susu ibu melawan pelbagai bakteria, termasuklah e.coli!

Ibu ini tak dapat membendung rasa teruja apabila melihat hasil eksperimen itu yang juga berkesan terhadap bakteria escheriachia coli (e.coli) dan berkesan secukupnya pada bakteria methicilin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA).

Dia telah menulis “Masa depan sungguh cerah, susu ibu adalah masa depan terkini” dalam perkongsiannya itu.

Misteri kehebatan susu badan seorang ibu

Sementara ramai yang berkongsi keterujaan dengan penemuan ini terutamanya tentang eksperimen yang bakal dijalankan menggunakan kolostrum, tapi ada juga yang menegaskan bakteria yang digunakan adalah bakteria yang ada dalam badan manusia

Kemudian ramai yang membalas mengatakan susu badan mempertahankan antibodi manuasia dengan membunuh dan menyerang bakteria berlebihan atau berada bukan di tempat yang sepatutnya. 

Sebenarnya terdapat banyak kajian yang membongkar misteri kehebatan susu ibu ini.

Antaranya ialah memulihkan kanser dan bertindak sebagai antibiotik

Pada tahun 2010, para pengkaji di Universiti Gothenburg, Sweden cuba mengasingkan komposisi dalam susu badan yang dikenali sebagai HAMLET (Human Alpha-lactalbumin Made Lethal to Tumor cells) untuk mencipta ubat untuk kanser.

Bulan lalu, sebuah kajian oleh National Physical Laboratory (NPL) dan University College London (UCL) telah membuat penemuan tentang protein dalam susu ibu

Protein tersebut iaitu lactoferrin mempunyai potensi untuk menghapuskan bakteria, fungi dan virus tahan antibiotik. 

Sama ada kajian-kajian tersebut berkesan, ia masih belum dibuktikan.

Tapi satu perkara yang pasti, susu badan mengandungi antibodi yang melindungi anak-anak kita. Ianya memang pilihan yang terbaik namun bukanlah bererti satu-satunya pilihan yang ada.

Semoga perkongsian dari Vicky ini dapat memberi inspirasi, semangat dan menguatkan niat anda untuk teruskan perjalanan penyusuan anda.

Anda juga mungkin berminat dengan:

Sumber : Smart Parenting 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtips-untuk-ibu-yang-menyusu/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!