Elak Buat 5 Perkara BAHAYA Ini Semasa Menjaga Tali Pusat Bayi Baru Lahir, Alert Ya Ibu!

Tali pusat bayi yang baru dilahirkan perlu dijaga dengan betul bagi mengelak jangkitan. Jangan tarik atau sapu krim di atasnya.

Tali pusat atau umbilical cord merupakan saluran kehidupan bagi janin ketika masih berada dalam kandungan. Biasanya bayi yang baru lahir memiliki tali pusat berwarna putih kebiru-biruan.

Setelah bayi keluar dari rahim ibu, doktor akan potong dan sepit tali pusat ini meninggalkan baki atau tunggul sepanjang 2 hingga 3 sentimeter.

Ayuh ketahui beberapa perkara penting mengenai tali pusat bayi menerusi artikel ini.

Apa itu Tali Pusat Bayi?

Tali pusat merupakan satu struktur seperti tiub. Fungsi tali pusat adalah untuk membawa makanan dan oksigen daripada ibu kepada bayi semasa hamil. Ia juga membawa bahan buangan daripada bayi supaya badan ibu boleh menyingkirkannya.

Sebaik sahaja anda bersalin, doktor akan mengepit dan memotong tali pusat pada bayi anda. Ia tidak mempunyai saraf, jadi anda dan bayi anda tidak akan merasakan apa-apa kesakitan. Tunggul kecil akan ditinggalkan di perut anak anda dan panjangnya adalah antara setengah inci hingga satu inci sahaja.

Pada mulanya, tunggul itu mungkin kelihatan berkilat dan kuning. Tetapi apabila kering, ia mungkin bertukar menjadi coklat atau kelabu, bahkan mungkin juga keunguan atau biru. Ia akan layu dan menjadi hitam sebelum ia jatuh dengan sendirinya.

Bilakah Tali Pusat Jatuh?

Biasanya, tali pusat bayi akan tertanggal dengan sendirinya di antara 10 dan 14 hari selepas kelahiran bayi. Namun dalam kes tertentu, ada juga yang mengambil masa sehingga selama 21 hari untuk tertanggal. 

Ibu ayah dinasihatkan untuk tidak memaksa menanggalkan umbilical cord bayi anda bagi mengelakkan berlakunya pendarahan pada bahagian ini.

Kesilapan Dalam Menjaga Tali Pusat Bayi Baru Lahir

tali pusat, fungsi tali pusat, tali pusat bayi, pusat bayi,tali pusat bayi tanggal, ubat pusat bayi, pusat bayi timbul, tali pusat bayi bernanah

Menurut perkongsian salah seorang doktor di media sosial, Ahmad Luqman Bukhari, meskipun ibu ayah mempunyai pengalaman mengurus bayi sebelum ini, ada juga yang terlepas pandang sehingga melakukan perkara bahaya dan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan si manja.

Antara kesilapan tersebut adalah seperti:

#1. Tutup tali pusat

Semasa ingin memakaikan lampin pada bayi, ibu ayah tersilap sehingga menutup bahagian tunggul pusatnya sekali. Disebabkan itu, apabila si manja kencing atau berak, najis berkenaan akan merebak ke bahagian pusat.

Kesannya, akan berlaku jangkitan kuman yang boleh juga menyebabkan tali pusat bayi bernanah. 

#2. Lupa bersihkan/keringkan

Ibu ayah yang sibuk dengan jadual seharian mungkin akan mengalami masalah terlupa untuk membersih dan mengeringkan terlebih dahulu bahagian ini selepas mandi atau menukar lampin.

Justeru, ibu ayah jangan pelik sekiranya bayi tiba-tiba jatuh sakit dan mengalami demam kerana kuman suka membiak pada tempat basah serta lembab.

#3. Tidak mencuci tangan terlebih dahulu

Sekali pandang dengan mata kasar, anda mungkin melihat jari dan tapak tangan cukup bersih. Namun rupa-rupanya bahagian tangan inilah yang menjadi tempat kuman berkumpul.

Justeru, ibu ayah dinasihatkan untuk membasuh kedua-dua anggota tangan ini sebelum menyentuh bayi. Kuman mungkin tidak boleh membahayakan anda, tetapi memberikan ancaman sangat bahaya untuk si kecil yang memiliki sistem ketahanan tubuh masih lemah.

#4. Menyapu pelbagai produk

tali pusat, fungsi tali pusat, tali pusat bayi, pusat bayi,tali pusat bayi tanggal, ubat pusat bayi, pusat bayi timbul, tali pusat bayi bernanah

Ibu ayah tidak usah gatal tangan untuk menyapu produk seperti bedak, minyak gamat, losen atau apa-apa jenis ubat pusat bayi pada kawasan pusat kecuali yang dibekalkan oleh pihak hospital.

Adalah sudah memadai sebenarnya bila anda gunakan kapas bersih atau cotton bud. Kemudian bersihkan sedikit dengan air bersih atau cecair yang dibekalkan oleh hospital ketika ingin mencuci keliling kawasan tali pusat.

Kini ada juga hospital yang ingin memudahkan ibu ayah mereka membekalkan alcohol swab untuk ibu ayah cuci tali pusat bayi. Jika habis mudah saja untuk dapatkannya di farmasi berdekatan anda. 

#5. Tarik supaya cepat tanggal

Akhir sekali, ibu ayah janganlah melakukan pemaksaan dengan menarik tali pusat yang kononnya nak paksa untuk ia segera tanggal. Perbuatan sebegini akan menyebabkan anda menyesal tidak sudah sekiranya tiba-tiba berlaku pendarahan pada bahagian ini. 

Apa yang ibu ayah perlu lakukan adalah kekal bertenang. Biasanya dalam tempoh tiga hingga 10 hari, ia akan secara automatik tercabut dengan sendiri.

Tanda-Tanda Berlakunya Jangkitan 

tali pusat, fungsi tali pusat, tali pusat bayi, pusat bayi,tali pusat bayi tanggal, ubat pusat bayi, pusat bayi timbul, tali pusat bayi bernanah

Bagi kes-kes yang tertentu, ada juga bayi memerlukan masa sehingga 21 hari sebelum ia tertanggal. Paling membimbangkan bila yang melekat antara tali dan pusat hanya tinggal sehalus rambut.

Ibu ayah perlu memerhatikan umbilical cord anak sekiranya berlaku sebarang jangkitan. Ia memang jarang berlaku, tetapi boleh merebak dengan cepat dan mendatangkan masalah kesihatan terhadap bayi. Antaranya ialah:

  • Bahagian perut dan bahagian tunggul pusat memiliki bau busuk
  • Keluar cecair kuning seperti nanah
  • Bahagian pusat bayi kelihatan kemerahan dan kelilingnya lebih lembut dari biasa
  • Bayi diserang demam panas
  • Bayi kelihatan lesu dan enggan menyusu

Justeru bagi mengelakkan berlakunya masalah ini, anda perlu membersihkan bahagian pusat setiap kali selepas mandi atau menukar lampin bagi mengekalkan kebersihannya.

Bukan itu sahaja, gunakan beberapa kapas yang bersih dan dibasahkan sedikit dengan air bersih atau cecair dibekalkan oleh hospital.

Disebabkan oleh pusat bayi mengambil masa seminggu untuk luruh, maka sepanjang tempoh ini, ibu ayah hendaklah mengelakkan daripada memandikan si manja dengan cara merendam keseluruhan badannya di dalam air.

Gunakan sahaja kaedah mengelap atau mengalirkan air sahaja supaya ia tidak menjejaskan bahagian pusat bayi. Hal ini adalah amat penting bagi mengekalkan keadaan kering pada bahagian ini.

Apa Perlu Dilakukan Bila Tali Pusat Berdarah

Kebanyakan tali pusat yang tertinggal akan kering dengan sepenuhnya dan tertanggal sendiri. Selepas tali pusat bayi tanggal, anda mungkin melihat bintik kecil atau sedikit cecair berwarna merah darah meleleh keluar. Jangan risau, ia adalah perkara biasa. Bersihkan sahaja mengggunakan kapas atau kain bersih pada bahagian itu. 

Namun jika pendarahannya terlalu banyak, ia mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan. Oleh itu, ibu ayah dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor bagi merawatnya dengan cepat dan mengelakkan tali pusat bayi bernanah. 

Komplikasi Tali Pusat

Meskipun jarang berlaku, tetapi terdapat beberapa keadaan kesihatan dikaitkan dengan tunggul atau baki tali pusat. Ia termasuklah:

  1. Omphalitis: Merujuk kepada keadaan yang mana kawasan sekitar tunggul pusat dijangkiti. Gejalanya termasuklah pendarahan atau cecair bocor dari pusar, kegatalan, dan demam. Ia memerlukan rawatan dengan antibiotik.
  2. Hernia umbilical: Dalam keadaan ini, sebahagian daripada usus bayi mencucuk melalui otot berhampiran pusar mereka. Ia biasanya tidak serius dan akan pulih dengan sendirinya pada usia 2 tahun.
  3. Granuloma umbilical: Merupakan ketulan kecil berwarna merah jambu yang tidak tanggal apabila seluruh tali pusat hilang. Ia tidak menyakitkan dan doktor bayi anda boleh mengeluarkannya dengan mengikatnya dengan benang atau membekukannya dengan nitrogen cecair.

Sila pastikan umbilical cord bayi anda dijaga dengan baik bagi mengelakkan sebarang jangkitan atau komplikasi. Semoga artikel kali ini bermanfaat.

Sumber

  1. What to Expect. (July 14, 2021). When Your Baby’s Umbilical Cord Will Fall Off and What to Do. www.whattoexpect.com/baby-growth/umbilical-cord-care.aspx
  2. Grow by WebMD. (auG 24, 2020). Umbilical Cord Care. www.webmd.com/parenting/baby/baby-umbilical-cord

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Penjagaan Tali Pusat Bayi, Elakkan Memakai Lampin Menutupi Tali Pusat Kalau Nak Cepat Gugur

Baca juga: Berapa Lama Sebelum Baki Tali Pusat Bayi Akan Tertanggal? Ini Ibu Baru Perlu Tahu!

Baca juga: Nampak Seperti Seekor Ular, Tapi Sebenarnya Ia Tali Pusat Yang Membelit Leher Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!