7 Tanda Hamil Ketika Masih Menyusu Anak, Anda Pernah Alami Salah Satunya Tak?
Ini tanda hamil anak kedua meskipun masih menyusukan bayi pertama. Ia tetap boleh berlaku dan simptom sedikit berbeza dengan kehamilan sebelumnya.
Tahukah anda tentang tanda hamil anak kedua yang biasanya disertai dengan perubahan pada badan wanita dan tidak terkecuali bagi ibu yang masih menyusukan bayi?
Sememangnya, frekuensi semasa menyusu memegang peranan penting dalam menekan hormon reproduksi namun respon tubuh yang akan memberi signal tentang keberhasilannya. Berikut tanda hamil anak kedua bagi ibu yang masih menyusukan anak.
7 Tanda Hamil Anak Kedua Bagi Ibu Yang Menyusu Anak
#1. Tanda hamil anak kedua bagi ibu menyusu – Tak datang haid
Walaupun menyusu, anda masih boleh datang haid dan hamil. Hormon prolaktin yang keluar semasa menyusu sering kali membantu menekan ovulasi sehingga ibu tidak mengalami haid dalam beberapa bulan selepas melahirkan anak.
Namun, tidak datang haid juga boleh memicu kehamilan jika anda mengalami tanda seperti mual, muntah, pening kepala dan lain-lain. Adalah lebih baik jika anda segera berjumpa doktor.
#2. Tanda mengandung semasa menyusu – Tubuh cepat penat
Semasa menyusu, tubuh anda lebih mudah penat dari biasanya. Namun, rasa penat kerana menyusu tentunya berbeza dengan rasa lelah semasa mengandung kerana ia lebih berlaku secara terus-menerus.
#3. Penghasilan susu badan menurun
Apabila tubuh penat, produksi susu badan juga akan menurun kerana bayi tidak puas semasa menyusu badan. Ia sekaligus menyebabkan bayi merengek dan membuatnya sering bertukar-tukar payudara.
#4. Warna susu badan berubah
Selain susu badan menurun, warna dan rasa susu juga akan berubah.
#5. Cepat rasa kenyang
Walaupun belum makan, badan sering kali menolak untuk menyerap makanan kerana tubuh rasa cepat kenyang dari biasanya.
Rasa mengah seperti perut kenyang ini juga kerana janin dalam kandungan mula berkembang sehingga membuatkan anda malas makan atau tiada selera.
#6. Payudara rasa nyeri masa menyusu
Menyusukan bayi semasa hamil boleh menyebabkan puting rasa nyeri yang berlaku kerana munculnya hormon kehamilan.
#7. Rahim membesar
Selepas dua minggu melahirkan anak, ukuran rahim akan kembali pada bentuk asal namun jika anda merasakan rahim kembali membesar atau adanya kontrasi semasa menyusu sebaiknya rujuk perkara ini pada doktor.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Kumparan
Baca juga: