Semak 7 Tanda Rahim Lemah & Tak Sihat, Ia Boleh Membawa Penyakit Berbahaya Pada Wanita

undefined

Jangan takut berjumpa doktor untuk memeriksa organ reproduktif anda terutamanya rahim. Jagalah ia seperti nyawa sendiri.

Sistem reproduktif wanita seperti vagina, ovarium dan tiub follopian perlu dijaga dengan sebaiknya kerana jika tidak diperhatikan ia boleh mengeluarkan beberapa tanda rahim lemah yang mendatangkan kemudaratan di kemudian hari. 

Rahim wanita memiliki struktur sama seakan buah pir ia akan membesar apabila terjadinya kehamilan kemudian kembali bentuk asalnya seusai ibu selamat melahirkan bayi dalam beberapa minggu. 

Berikut tanda rahim lemah dan rosak yang harus dipandang serius. 

Tanda rahim lemah 

tanda rahim lemah, tanda rahim jatuh, tanda rahim tidak sihat, tanda rahim kurang subur, tanda rahim tidak sihat dan sakit, tanda rahim rosak, tanda rahim kurang sihat, tanda rahim tidak ada kesuburan, gejala rahim rosak, gejala rahim lemah

  • Ketidakselesaan di bahagian punggung 
  • Haid yang tidak teratur 
  • Masalah keputihan
  • Sukar mengandung 
  • Perut yang membesar
  • Sakit di bawah punggung 
  • Kesulitan membuang air kecil 

Gejala di atas mungkin kelihatan biasa dan tidak terlalu teruk namun ia akan muncul dengan gejala lain yang lebih merumitkan sekaligus mendatangkan beberapa penyakit rahim. Sebaiknya ibu lebih berjaga-jaga dari sekarang. 

Penyakit dan tanda rahim lemah

Sebahagian besar penyakit ini boleh ditangani dengan makan ubat namun ada juga yang memerlukan pembedahan dan terpaksa membuang rahim tersebut. 

#1. Prolaps Uterus 

Risiko prolaps uterus ini meningkat kepada wanita yang berusia lebih tua. Ia terjadi apabila otot dan ligamen yang menjadi penampung uterus jadi lemah dan kemungkinan ia boleh turun ke bahagian pundi kencing. 

Risikonya, pesakit tersebut akan mengalami keadaan seperti kebocoran air kencing dan sakit semasa/selepas melakukan hubungan seksual.

#2. Menorrhagia

tanda rahim lemah, tanda rahim jatuh, tanda rahim tidak sihat, tanda rahim kurang subur, tanda rahim tidak sihat dan sakit, tanda rahim rosak, tanda rahim kurang sihat, tanda rahim tidak ada kesuburan, gejala rahim rosak, gejala rahim lemah

Menorrhagia adalah keadaan di mana pendarahan haid yang terlalu panjang. Biasanya terjadi apabila wanita berkenaan mengalami hormon hipofisis sekaligus menyebabkan anemia iaitu jumlah sel darah merah yang rendah.

Adalah lebih baik anda berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

#3. Penyakit radang panggul

Pelvic Inflammatory Disease (PID) atau penyakit radang panggul disebabkan infeksi bakteria atau orgasme yang masuk ke dalam serviks lalu menyebarkan jangkitan ke bahagian organ yang lain seperti rahim, dinding rahim dan tiub follopian. 

Tanda-tandanya seperti ketidakselesaan, keputihan, bau busuk dan sukar membuang urin serta jangkitan di saluran kencing. 

Apa yang anda boleh lakukan adalah segera berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan setimpal agar keadaan itu tidak bertambah buruk. 

#4. kanser rahim 

Kanser rahim atau disebut sebagai kanser endometrium sering menjadi ketakutan buat para wanita kerana bilangan pesakit itu kian bertambah dari masa ke semasa. 

Ciri-ciri utama penyakit ini adalah pendarahan vagina yang tidak normal. Sudah pasti jika melihat gejala ini dapatkan rawatan segera di hospital supaya dapat mencegah kanser dari terjadi.

Semoga kita sentiasa menjaga dan sayangkan rahim dengan sebaiknya. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Tribunnews

Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga 

https://my.theasianparent.comcara-menjaga-rahim/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!