Keliru Diri Mengandung @ Tidak? Ibu, Sila Semak Dahulu Tanda Tanda Awal Hamil Ini!

Tanda tanda awal hamil kadang kala membuatkan para ibu sedikit keliru. Namun ada beberapa perkara boleh menjadi petunjuk sebenarnya anda sudah berbadan dua!

Tidak dinafikan, tanda tanda awal hamil sering menimbulkan kekeliruan bagi kebanyakan wanita yang baru pertama kali bergelar ibu. Bukan itu sahaja, hasil negatif ditunjukkan pada alat penguji kehamilan sebenarnya belum sepenuhnya membuktikan bahawa anda tidak hamil.

Antara cara terbaik adalah dengan mengulanginya dalam jarak beberapa hari kemudian. Untuk lebih yakin, kami kongsikan beberapa tanda tanda awal hamil ini ya!

Tanda tanda awal hamil tidak sama pada setiap wanita

tanda awal kehamilan

credit to sources

Setiap diri wanita adalah berbeza dan pengalaman berbadan dua ini juga tidak akan sama. Ada yang menyedari dirinya berbadan dua setelah beberapa minggu dan ada juga mengetahuinya setelah kandungan memasuki 3 bulan.

Biasanya, tanda tanda awal hamil menyerupai tanda yang terjadi pada beberapa waktu sebelum datang bulan dan semasa pendarahan. Oleh sebab inilah kadang-kadang ia sukar untuk dikenalpasti.

Antara tanda-tanda awal mengandung ialah:

#1. Kekejangan dan keluar darah

Beberapa hari setelah persenyawaan, telur akan meluncur dengan sendirinya ke dinding rahim. Porses ini menyebabkan pada awalnya akan akan merasai kekejangan pada bahagian bawah perut (seperti datang bulan) dan keluar darah. Biasanya ini terjadi 6 hingga 12 hari setelah telur disenyawakan.

#2. Keluar cecair putih dari vagina

Sesetengah bakal ibu akan mengalami pengeluaran cecair putih seperti susu dari vagina. Hal ini kerana dinding vagina menjadi semakin menebal setelah persenyawaan dan pertumbuhan sel di dalamnya mendorong pengeluaran cairan tersebut.

Namun anda tidak peru risau kerana ia tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan. Jika mendapati ia mengeluarkan bau tidak menyenangkan, rasa gatal dan panas, sebaiknya segera berjumpa doktor.

#3. Perubahan payudara

tanda awal mengandung

credit to sources

Hormon wanita akan mengalami perubahan dengan cepat setelah berlaku persenyawaan. Justeru, anda akan mendapati payudara menjadi besar, sakit dan mudah geli dalam 1-2 minggu. Payudara juga akan rasa lebih penuh dan melembut, warna puting juga akan lebih gelap.

#4. Cepat penat

Wanita hamil cenderung untuk berasa cepat penat. Ia biasanya dirasai seminggu setelah persenyawaan. Hal ini juga berkaitan dengan hormon progesteron, kadar gula darah rendah serta kekurangan darah. Justeru, kami nasihatkan untuk anda berehat dan amalkan pemakanan kaya protein serta zat besi.

#5. Mual dan mengidam

Tanda yang kelima ini tidak dialami oleh kesemua wanita hamil. Ia terjadi disebabkan oleh hormon ibu yang lambat sehingga mengosongkan perut dan menyebabkan rasa mual.

Anda juga mungkin dilanda rasa mengidam untuk mencuba pelbagai makanan sehingga tidak dapat menahan diri bagi mendapatkannya. Jika rasa mual atau tidak dapat menelan makanan, ambil makanan ringan seperti biskut atau roti.

Biasanya tanda tanda awal hamil ini akan berkurang dengan sendirinya saat usia kandungan memasuki 13 hingga 14 minggu.

#6. Lambat datang period

Tanda kehamilan yang paling umum adalah lewat datang bulan. Namun jangan terlalu gembira kerana ia juga boleh disebabkan kenaikan atau penurunan berat badan yang cepat, masalah hormon, keletihan, tertekan dan lain-lain.

#7. Kerap buang air kecil

tanda-tanda hamil

credit to sources

Bagi sesetengah wanita, ini merupakan tanda kehamilan pada minggu ke-6 atau ke-8 setelah persenyawaan berlaku. Tanda ini bukan hanya disebabkan oleh mengandung sahaja, ia juga kerana diabetes, penggunaan ubat atau jangkitan pada saluran kencing.

Jika terlalu kerap buang air ketika kehamilan, ia disebabkan oleh hormon sahaja.

#8. Mood dan deria menjadi sensitif

Anda mungkin mudah naik angin, tiba-tiba rasa sedih atau risau ketika diri berada dalam trimester pertama kehamilan. Jangan risau, ini adalah kerana perubahan hormon dan ia normal bagi ibu mengandung.

Selain itu, anda juga akan menyedari bahawa deria bau menjadi cukup sensitif. Misalnya tidak boleh bau menumis, wangi, bahkan bau badan suami pun dah rasa nak muntah!

#9. Sesak nafas

Pernah berasa sesak nafas ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau banyak berjalan kaki? Ia kemungkinan penyebab stres, asma atau kehamilan. Sekiranya berbadan dua, penyebab terjadinya situasi ini adalah bayi sedang membesar memerlukan oksigen mencukupi.

Pertambahan usia kehamilan akan menyebabkan janin menekan paru-paru dan diafragma ibu sehingga sesak nafas sering terjadi. Justeru, disarankan untuk ibu menjaga kesihatan secukupnya dengan melakukan senaman, berehat dan makan makanan sihat.

Sumber: Penulis asal Putri Fitria. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comrahim-wanita-2

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!