Tanda-Tanda HIV Pada Wanita, Anda Mungkin Rasa Sakit Semasa Melakukan Hubungan Seks

Tanda-tanda HIV pada wanita boleh berbeza-beza bergantung kepada peringkat penyakit. Rawatan awal merendahkan risiko jangkitan penyakit lain

Penyakit HIV sinonim dengan lelaki, tetapi ramai yang tidak tahu bahawa wanita juga boleh dijangkiti HIV. Malah, penularannya boleh berlaku dua kali lebih cepat melalui hubungan seksual, ini antara tanda-tanda HIV pada wanita yang boleh dikesan awal.

Apa itu HIV dan AIDS?

HIV adalah virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia, menyebabkan seseorang terdedah kepada AIDS. Dijangkiti HIV tidak semestinya membawa kepada AIDS.

AIDS adalah kumpulan gejala penyakit yang menyerang sistem pertahanan badan manusia selepas seseorang dijangkiti HIV pada peringkat terakhir, di mana sistem imun telah rosak teruk dan tidak dapat melawan penyakit dengan berkesan.

HIV di Malaysia

HIV adalah isu kesihatan yang serius di Malaysia. Sejak kes pertama dilaporkan pada tahun 1986, jumlah kes telah meningkat.

Walau bagaimanapun, dengan usaha pencegahan, pendidikan, dan rawatan, kadar jangkitan HIV telah menunjukkan penurunan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Program kesedaran dan akses kepada rawatan antiretroviral telah membantu meningkatkan kualiti hidup penghidap HIV di Malaysia.

Kesihatan Sebelum Diagnosis HIV

Sebelum diagnosis HIV, seseorang mungkin kelihatan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom.

Tempoh ini dikenali sebagai tempoh jendela. Walaupun virus sudah ada dalam tubuh, sistem imun masih mampu mengawal jangkitan dan individu tersebut mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit selama beberapa tahun.

Tanda-Tanda HIV Pada Lelaki

Antara tanda-tanda awal jangkitan HIV pada lelaki ialah:

1. Tidak Tertarik Dengan Seks

Kurang minat terhadap aktiviti seksual atau libido rendah, boleh menjadi tanda awal jangkitan HIV pada lelaki.

Perubahan ini mungkin disebabkan oleh kesihatan fizikal atau emosi yang terjejas oleh HIV.

2. Prostatitis

Prostatitis adalah radang pada prostat, biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus seperti HIV dan boleh menjadi kronik jika tidak dirawat.

Ujian HIV adalah penting bagi individu yang mengalami prostatitis dan mempunyai faktor risiko HIV.

3. Jangkitan Seksual (STI)

Jangkitan seksual (STI) seperti sifilis, gonorea, klamidia, dan herpes adalah tanda awal HIV pada lelaki dan meningkatkan risiko jangkitan HIV dengan menyebabkan keradangan dan luka pada alat kelamin.

Individu dengan STI harus segera menjalani ujian HIV dan rawatan. Pencegahan STI termasuk penggunaan kondom dan ujian kesihatan berkala.

4. Proktitis

Keradangan di kawasan dubur dan rektum yang boleh dialami oleh lelaki dengan HIV. Gejalanya termasuk sakit semasa membuang air besar, ketidakselesaan pada dubur, dan pelepasan dubur.

5. Kanser Zakar

Kanser zakar sangat jarang, tetapi lelaki dengan HIV mempunyai risiko lebih tinggi. Tanda-tandanya termasuk ketulan pada zakar, kesakitan, dan ketidakselesaan ketika membuang air kecil.

Dapatkan rawatan segera dengan menjalani ujian HIV. Pencegahan termasuk pemeriksaan kesihatan berkala dan menjaga kebersihan diri.

Tanda-Tanda HIV Pada Wanita

tanda-tanda hiv pada wanita

Wanita mungkin mengalami tanda-tanda yang sedikit berbeza dengan lelaki yang dijangkiti HIV seperti:

1. Sakit Perut Atau Kembung Perut

Kesakitan atau kembung perut di bahagian atas dan bawah perut boleh menjadi tanda awal HIV. Wanita sering mengalami sakit di bahagian bawah perut akibat jangkitan pada rahim atau serviks, manakala sakit di bahagian atas perut mungkin menunjukkan masalah dengan hati atau pankreas.

2. Perubahan Dalam Kitaran Haid

Wanita yang dijangkiti HIV biasanya akan mengalami perubahan dalam kitaran haid. Mereka mungkin akan mengalami haid tidak teratur dengan pendarahan yang lebih berat atau ringan. tidak seperti selalu.

3. Jangkitan Yis

Jangkitan yis yang kerap berulang boleh berlaku disebabkan keputihan luar biasa seperti perubahan dari segi warna, bau dan jumlah keputihan perlu dinilai oleh dokto untuk diagnosis dan rawatan yang tepat.

4. Rasa Sakit Semasa Melakukan Seks

Rasa sakit semasa melakukan hubungan seks (dispareunia) boleh disebabkan oleh jangkitan, kekeringan faraj, endometriosis, masalah anatomi faraj atau serviks, serta stres dan masalah psikologi.

Penting untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan penyebab dan rawatan yang sesuai.

Gejala Umum HIV

Gejala umum HIV boleh termasuk:

  • Demam
  • Keletihan
  • Bengkak kelenjar limfa
  • Sakit otot dan sendi
  • Sakit kepala
  • Ruam kulit
  • Penurunan berat badan yang tidak dijelaskan
  • Berpeluh malam

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Anda perlu berjumpa doktor jika anda mempunyai risiko yang tinggi untuk terdedah dengan HIV seperti:

  • Mempunyai sejarah penyakit kelamin (STD)
  • Mempunyai pasangan yang HIV positif atau telah diuji positif HIV
  • Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan
  • Berkongsi jarum suntikan
  • Mengalami simptom yang dinyatakan di atas

Pengesanan awal dan rawatan awal adalah penting untuk mencegah HIV menjadi lebih parah sehingga membawa kepada AIDS.

doctoroncall MyHealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hati-Hati Ini 15 Tanda Kanser Pada Kanak-Kanak Yang Sering Diabaikan

Baca juga: Tanda Tanda Kanser Ini Kerap Disalah Erti Dengan Petanda Awal Kehamilan, Cepat Buat Pemeriksaan Doktor!

Baca juga: Jauhi Diri Dari Risiko HIV, Virus Ini Perlahan-Lahan Boleh Membunuh Semua Organ Badan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!