Pentingnya Tanggungjawab Isteri Kepada Suami, Auranya Memberikan Kebahagiaan Rumah Tangga

undefined

Tanggungjawab isteri terhadap suami amat penting bagi mengekalkan hubungan rumah tangga yang bahagia dan harmoni

Apabila bercakap tentang tanggungjawab isteri kepada suami dalam perkahwinan, pasti ramai yang memikirkan keseluruhan kerja di rumah perlu dilakukan oleh isteri sahaja, sementara suami keluar mencari rezeki.

Menjadi suri rumah, mengemas rumah, menjaga anak-anak dan memasak untuk suami, semuanya itu dianggap sebagai tanggungjawab seorang wanita selepas berkahwin.

Tapi, adakah itu tanggungjawab isteri yang sebenar menurut pandangan Islam?

Maksud tanggungjawab adalah kewajipan yang dipikul oleh seseorang atau segala yang wajib ditanggung.

tanggungjawab isteri

Dalam hal ini, ramai kaum suami yang salah faham mengenai maksud tanggungjawab isteri dalam Islam sehingga mudah menjatuhkan hukum kepada mereka.

Menurut pandangan Islam, tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang wanita selepas berkahwin juga turut menjurus kepada memenuhi hak-hak seorang suami.

Apabila kita tahu apakah hak suami ke atas diri kita dan seterusnya berusaha untuk memenuhi hak si suami, kita sudah pun menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah.

Hak suami ke atas isteri yang perlu dipenuhi oleh setiap wanita berkahwin

#1 Taat sepenuhnya kepada suami

tanggungjawab isteri, tanggungjawab isteri dalam islam

Selepas kita bernikah, antara tanggungjawab isteri kepada suami adalah memberikan ketaatan yang sepenuhnya selagi mana ia berlandaskan hukum Islam.

Menurut ‘Ali ibn Abi Talhah diriwayatkan oleh Ibn Abbas dalam Tafsir Ibn Katheer:

“Lelaki adalah pelindung dan penjaga wanita, ini bermakna suami berkuasa ke atas isteri. Dalam erti kata lain, isteri perlu patuh pada suami, melayan keluarganya dengan baik dan menjaga hartanya.”

#2 Isteri memenuhi keperluan batin suami

tanggungjawab isteri

Antara hak suami ke atas isteri adalah berkaitan dengan hak kebatinan. Seorang isteri yang solehah perlu memenuhi keperluan seks seorang suami.

Jika anda gagal memenuhi tanggungjawab isteri ini tanpa sebarang sebab yang munasabah (contohnya tidak sihat, uzur, puasa wajib), maka ia sudahpun dikira derhaka dan berdosa.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (ra) dalam Al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah (saw) ada bersabda:

“Apabila seorang lelaki memanggil isterinya ke bilik tidur dan dia ingkar, jika suami tidur dalam keadaan marah terhadap isterinya, malaikat akan menyumpah si isteri sehingga pagi.”

#3 Isteri tidak boleh bawa masuk sesiapa yang tidak disukai suami ke dalam rumah

Pentingnya Tanggungjawab Isteri Kepada Suami, Auranya Memberikan Kebahagiaan Rumah Tangga

Tanggungjawab isteri dalam Islam yang lain adalah tidak mengizinkan sesiapa yang tidak disukai oleh suami masuk ke dalam rumah kita.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah (ra) dalam Al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah (saw) ada bersabda:

“Tidak boleh seseorang wanita berpuasa tanpa izin suami, membenarkan sesiapa masuk ke dalam rumah tanpa izin suami, dan membelanjakan harta suami sebagai sedekah tanpa izinnya.”

#4 Isteri tidak keluar rumah tanpa kebenaran suami

Selepas berkahwin, isteri hendaklah memberitahu dan mendapatkan keizinan terlebih dahulu daripada suami sekiranya ingin keluar rumah.

Malah menurut mazhab Shafie dan Hanbali, tanggungjawab seorang isteri juga perlu meminta izin suami untuk keluar rumah walaupun untuk pergi melawat ibu ayah sendiri yang sedang sakit.

#5 Memberi layanan yang baik kepada suami

Hal ini barulah meliputi tentang urusan-urusan rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah dan menjaga anak-anak.

Menurut Syakh Al-Islam Ibn Taymiyah:

Seorang isteri perlu melayani suami mengikut cara yang diterima oleh adat dan budaya masyarakat tempatan selagi mana ia munasabah.

Layanan yang baik ini turut meliputi kedua-dua layanan fizikal dan kata-kata yang lembut dan sopan.

#6. Menjaga penampilan diri

Islam ialah agama yang‬ mementingkan kebersihan dan penampilan diri. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat,
dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

Tidak dinafikan bahawa setiap orang amat suka melihat sesiapa sahaja yang kelihatan kemas dan cantik. Dalam hal ini, meskipun isteri hanya duduk di rumah, anda tetap perlu menjaga penampilan setiap hari bagi menjaga pandangan suami.

Sentiasa mengenakan pakaian kemas dan wangi, solekan nipis sudah cukup membuatkan anda kelihatan menawan di mata pasangan tercinta.

#7. Menjaga ruang tidur suami isteri

Tanggungjawab isteri dalam islam yang seterusnya adalah dengan memastikan suami mendapat tidur yang mencukupi untuk memastikan emosinya kekal terjaga. Belajar untuk baca emosi suami terutamanya ketika dia sedang penat.

Berikan masa untuk suami anda berehat. Bila suami anda mendapat rehat yang mencukupi, maka mudahlah untuk anda meminta apa sahaja dengan mereka.

Selain itu, bilik tidur adalah ruang privasi suami isteri. Jangan beri orang lain masuk sesuka hati supaya tidak hilang serinya nanti.

Di dalam Islam, ada masa-masa yang dilarang untuk sesiapa masuk ke dalam bilik  suami isteri kerana waktu ini biasanya aurat terdedah. Antaranya:

  • Sebelum subuh
  • Tengah hari
  • Selepas isyak

Adat dan budaya masyarakat moden di Malaysia tentang tanggungjawab isteri

Pentingnya Tanggungjawab Isteri Kepada Suami, Auranya Memberikan Kebahagiaan Rumah Tangga

Setelah mengetahui serba sedikit tentang tanggungjawab isteri dalam Islam, maka jom kita lihat pula perspektif masyarakat moden pada hari ini.

Ya, urusan rumah tangga sememangnya dianggap dalam masyarakat kita dahulu bahawa ia jatuh di bawah tanggungjawab seorang isteri.

Namun, pada zaman moden ini, ramai kaum isteri telah keluar membantu suami mencari rezeki dan membayar segala keperluan rumah, maka kami merasakan urusan rumah tangga juga perlu dipikul bersama.

Tidak seharusnya seorang isteri itu dibebankan dengan hal rumah tangga seorang diri dan pada masa yang sama, dia turut keluar untuk bekerja dan mencari pendapatan keluarga.

Hukum isteri tidak melayan suami

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang meriwayatkan sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:

“Jika seorang suami mengajak isterinya untuk bersetubuh, tetapi isterinya tidak mengendahkannya, maka malam itu suaminya tidur dalam keadaan marah terhadapnya. dia. Isteri dilaknat oleh malaikat hingga terbit fajar.”

Adalah tidak adil bagi suami menggunakan hadis ini kepada wanita, sedangkan keadaan bagi wanita itu berbeza.

Laknat yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah apabila seorang isteri menolak keinginan suaminya untuk bersama tanpa alasan yang kukuh, manakala dalam sesetengah situasi, ada isteri tidak melayan suami kerana terlalu penat bekerja.

Menurut ustaz Rohidzir Rais, mustahil Allah dan para malaikat melaknat isteri yang bekerja siang malam membantu suaminya membina keluarga yang sempurna. 

Selain itu ada beberapa situasi lain yang tidak membenarkan suami bersama isteri. Antaranya:

  • Sebab haid
  • Nifas
  • Sakit hingga tiada kudrat fizikal untuk melayan suami
  • Boleh membawa mudarat. Jika sabitkan persetubuhan membawa kemudaratan pada isteri, maka harus baginya tidak menyahut ajakan suami
  • Isteri sedang melaksanakan kewajiban syarak seperti sedang solat atau puasa fardhu

Hukum isteri tidak hormat suami

Dalam Islam telah dinyatakan yang isteri taat dan mendengar kata adalah ciri seorang isteri solehah yang layak untuk membau syurga. Namun sayang masih ada dikalangan para isteri zaman ini yang tidak mempedulikan itu semua.

Hukum isteri tidak hormat suami atau menyakitkan hatinya adalah berdosa besar dan telah melakukan perbuatan nusyuz.

Antara perkara yang menyakiti suami ialah:

  • Menghina dan mengumpat hal suami pada orang lain
  • Keluar rumah tanpa keizinan suami kecuali pada perkara yang hak pada isteri
  • Tidak melayan suami dan bergaul dengannya
  • Melakukan perbuatan curang terhadap suami
  • Mendoakan perkara yang buruk kepada suami

Punca isteri hilang hormat pada suami

Melalui liku-liku kehidupan rumah tangga di akhir zaman ini sememangnya banyak menguji kesabaran anda dan pasangan.

Namun ada beberapa punca isteri hilang hormat pada suami. Antaranya:

#1. Tidak pandai urus duit

Macam mana isteri nak ada rasa hormat kalau tiap-tiap bulan isteri yang kena tanggung beli beras, sayur, daging, ayam, ikan susu anak dengan baju anak.

Gaji habis bayar hutang tu bukan alasan tuan tuan. Nafkah tu wajib di beri bukan ikut mampu tak mampu. Lagipun duit untuk di urus bukan untuk di habiskan.

#2. Tak pandai urus emosi

Isteri bukan tempat untuk melempias api kemarahan. Isteri layak di beri rasa cahaya kegembiraan. Macam mana nak ada rasa hormat jika suami sendiri tak hormat perasaan isteri.

Suami tak kaya boleh diterima lagi tapi suami yang tak boleh urus emosi ni sangat di benci kerana setiap hari isteri akan alami penderaan emosi yang teruk.

#3. Tidak pandai urus masa

24 jam dengan telefon. Mula dengan wasap group lepas tu games, sampai ke sudah berkepit dengan telefon. Masa di rumah bazir macam tu je.

Susah isteri nak hormat suami kalau suami lebih suka berkepit dengan telefon daripada berkepit dengan isteri.

Ada masa boleh main games, ada masa kena utamakan keluarga juga. Ingatlah bila susah nanti bukan telefon yang akan bantu tapi isteri juga yang membantu.

#4. Tidak membantu urusan rumah

Suami patut jadi tempat isteri mengadu, tempat untuk bergantung harap bila ada masalah bukan sebaliknya. Suami fikir balik rumah nak berehat, nak dengar berita yang indah indah je, tak nak serabut kepala dengan masalah rumah. Salah!

Isteri harapkan suami balik ke rumah boleh membantu. Harap suami ada dapat la berehat sejam daripada menjadi suri rumah tangga.

Tapi kecewa apabila kerja di rumah menjadi bertambah. Kena layan suami macam raja, sehingga makan dan minum pun perlu sedia terhidang di hadapannya.

#5. Tak peduli tentang anak dan isteri

Isteri boleh jadi hormat pada suami kalau anak sendiri pun tak ambil peduli. Baju anak, makan anak, sekolah anak malah anak sakit pun dia tak peduli. Semua isteri yang urus sendiri.

Tidak cukup dengan itu, keperluan dan kehendak isteri juga tidak pernah dipedulikan. Semua perkara dianggap remeh termasuklah nafkah isteri. Lagi boleh isteri berdikari, lagi hebat suami mengambil kesempatan.

Berapa nafkah isteri sebulan yang perlu dihulurkan? Jawapannya adalah mengikut kemampuan suami.

Namun suami wajib memberi nafkah kepada isteri dalam tiga perkara iaitu:

  • Makan dan minum dua kali sehari sehingga isteri kenyang
  • Pakaian wajib diberi pada isteri adalah dua pasang setahun
  • Tempat tinggal

Selain itu, katanya, barang-barang keperluan juga termasuk dalam nafkah yang perlu diberikan oleh suami seperti:

– Alat berhias

– Alat bersuci

– Ubat-ubatan atau suplemen jika suami menginginkan isterinya sihat dan cantik untuk suami.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Konflik Dalam Perkahwinan Itu Biasa, Anda Hanya Perlu Bijak ‘Tackle’ Pasangan

Baca juga: 11 Pantang Larang Ketika Bergaduh Suami Isteri, Jangan Naik Tangan & Biarkan Lebih Tiga Hari!

Baca juga:  Suami Isteri Yang Muka Seiras Dikatakan Jodoh Kuat & Lebih Bahagia, Ini 5 Sebabnya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!