X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu lebih tertekan dengan tanggungjawab berbanding ayah, menurut kajian

3 min bacaan
Ibu lebih tertekan dengan tanggungjawab berbanding ayah, menurut kajian

Isu ibu tertekan disebabkan hal tugasan rumah dan penjagaan anak ada dikaji dan ia ternyata benar. Ayah, adakah anda membantu isteri dalam hal rumah tangga?

Isu ibu tertekan mungkin sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita sehinggakan kita tidak perlukan kajian untuk membuktikannya.

Namun, demi menunjukkan keseriusan isu ini, kami masih ingin berkongsi dengan anda tentang satu kajian yang ada dilakukan oleh para pengkaji dari Cornell University, University of Minnesota dan Minnesota Population Center.

Tugasan rumah dan penjagaan anak buat ibu tertekan

Mengikut kajian ini, mereka mendapati para ibu tertekan dan kurang gembira dengan tugasan keibubapaan berbanding ayah.

Laporan Science Daily menyatakan ia disebabkan oleh tugasan berbeza yang digalas oleh si ibu berbanding ayah. 

Golongan ibu dikatakan kurang menikmati tugasan mereka kerana mereka perlu melakukan lebih kerja dan menangani hal keibubapaan yang kurang menyeronokkan.

Ia berbeza dengan si ayah yang kebanyakkannya hanya membantu tugasan sampingan dan apabila ia membabitkan anak-anak, mereka lebih menjadi “good police“.

ibu tertekan dengan tugasan

Kredit: Slate.com

Ayah membantu secara sampingan dan lebih banyak bermain dengan anak

Pengkaji, Ann Meier, memberitahu:

“Berita baik daripada kajian kami ini adalah kebanyakkan ibu ayah gembira apabila dapat meluangkan masa dengan anak-anak. Tetapi, berita buruknya adalah para ibu tertekan dan kurang gembira kerana mereka melakukan lebih banyak tugas.”

Memasak, menguruskan hal penjagaan anak dari asas dan mengemas rumah adalah menjadi tugasan utama para ibu.

Si ayah pula membantu apabila diperlukan seperti meluangkan masa dengan anak dan bermain dengan mereka.

“Ini bukanlah bermakna semua ibu tertekan dan tidak gembira, tetapi apabila kami membuat perbandingan antara perasaan ibu dan ayah tentang hal rumah tangga, ternyata bebanan lebih besar ditanggung oleh golongan ibu.”

Itu penerangan penulis kajian tersebut, Kelly Musick, kepada Cornell Chronicle.

Baca artikel berkaitan: Para suami buatkan ibu stress dua kali ganda berbanding anak

ibu tertekan di rumah berbanding ayah

Kredit: Thespruce.com

Apabila ibu menjaga anak, mereka bersendirian melakukannya

Kajian bukan sahaja mendapati yang ibu dan ayah melakukan aktiviti penjagaan anak-anak yang berbeza, malah melakukannya dalam keadaan yang berbeza.

“Apabila ibu menjaga anak, mereka selalunya melakukannya secara bersendirian. Untuk ayah pula, si ibu selalu ada bersama ketika dia meluangkan masa dengan anak.”

Ini merupakan antara penyumbang mengapa ayah lebih kurang tertekan berbanding ibu.

Selain itu, keletihan juga membuatkan kadar kegembiraan ibu tidak setinggi kadar kegembiraan ayah.

Meier berkata:

“Anak-anak lebih gemar memanggil ibunya dan mahu ibunya melakukan sesuatu untuk mereka. Anak-anak jarang memanggil si ayah.”

Menurutnya lagi, tidur si ayah jarang terganggu berbanding ibu. Ini adalah sebab mengapa ayah lebih kurang penat berbanding ibu apabila ia melibatkan hal penjagaan anak-anak.

ibu tertekan di rumah

Kredit: Communityhost.ru

Ibu memerlukan lebih sokongan emosi daripada ayah

Ya, apabila anak lebih menginginkan ibu, ia bukanlah salah si ayah. Ada juga golongan ayah yang ingin membantu, cumanya anak tetap mahukan ibunya sendiri.

Jadi, apa yang ayah boleh lakukan untuk menangani isu ini? Meier menyarankan supaya ayah mencuba untuk menawarkan diri dalam hal urusan rumah.

Jika si anak lebih inginkan ibunya, maka si ayah perlu memberikan lebih sokongan emosi kepada si ibu supaya mereka berasa gembira ketika menguruskan anak-anak.

Suami isteri perlu berkerjasama dan bantu-membantu dalam hal rumah tangga. Barulah, kedua-duanya gembira dalam perkahwinan mereka. Ibu bahagia, suami dan anak-anak pun gembira! Kan?

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kajian: Ibu Yang Stress Ketika Hamil Punca Bayi Kurang Berat Badan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ibu lebih tertekan dengan tanggungjawab berbanding ayah, menurut kajian
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham